Ada-ada Sahaja: Penulis Melayu Mendengar Lagu-lagu Tamil
Baru-baru ini Sifu duduk minum kopi di kedai Mamak dengan beberapa orang editor, penulis dan pelukis buku-buku PTS ONE. Sebagaimana biasa, lagu-lagu Tamil berkumandang.
Tuan Alif Firdaus memberitahu saya, katanya, "Puan, apabila saya sedang memandu kereta, sesekali saya suka membuka radio channel Tamil."
Saya kehairanan mendengar kata-katanya itu, "Channel Tamil? Mengapa?"
Katanya, "Apabila saya mendengar lagu-lagu Tamil, saya berasa tenang. Saya berasa bagaikan saya sedang berada dalam kedai gunting India, ataupun saya sedang minum teh tarik dengan kawan-kawan di kedai Mamak."
Hmm...
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Tuan Alif Firdaus suka lagu Tamil versi rock atau yang mendayu-dayu?
Salam Naga, Tuan Alif!
Tuan Alif Firdaus selamat menyertai kelab peminat lagu lagu Tamil
Saya juga suka, terutamanya lagu tamil yang mendayu-dayu beralun-alun.
Rupa-rupanya saya tidak keseorangan dalam kes ini.
:O)
Post a comment