Friday, October 29, 2010

Penulis Melukis Ilustrasi Bukunya Sendiri

Ada penulis yang memiliki 2 bakat, yakni bakat menulis dan juga bakat melukis. Oleh sebab itu mereka dapat melakukan kedua-dua kerja kreatif itu bagi buku-buku mereka sendiri.

Di PTS, penulis Alif Firdaus Azis dan Maslina Ngadiman adalah contoh penulis yang melukis sendiri ilustrasi buku mereka.

Jika tuan berminat melukis sendiri ilustrasi buku tuan, hal itu wajib disetujui oleh editor. Justeru hantar contoh lukisan tuan kepada beliau supaya dapat dinilai terlkebih dahulu.

Hak memilih ilustrator dan ilustrasi bagi buku-buku terbitan PTS adalah hak penerbit, bukan hak penulis. Namun penulis boleh mengemukakan idea, cadangan dan pandangan bagaimana bukunya itu sebaiknya diilustrasi.

Penulis juga boleh mencadangkan artis yang digemarinya, yang sesuai menjadi ilustrator bukunya.

Apabila penulis sendiri yang melukis islustrasi bukunya, maka 100% royalti buku itu dibayar kepadanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gosip Hujung Minggu: Godaan Cinta dari Gadis-Gadis yang Sanggup Jadi Isteri Kedua Pengarang PTS Previous entry: Siri IMPIANA Dijadikan Siri Televisyen

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.