Thursday, August 11, 2011

PTS akan Terus Mempromosi Buku-Bukunya kepada Pembeli Cina

Sejak 5 tahun yang lalu, PTS mula mengambil langkah strategik bagi menembusi pasaran kaum Cina bagi meningkatkan jualan buku-buku remaja dan kanak-kanak terbitannya.

Langkah pertama adalah dengan mengambil bahagian dalam pameran buku Read Malaysia di pusat konvensyen The Mines, yang 90% mempamerkan buku-buku dalama bahasa Cina.

Meskipun jualan sangat rendah, namun PTS terus melabur, kerana tujuan utama PTS membuka booth di situ adalah memperkenalkan brand PTS kepada pengunjung Cina yang datang.

Bermula pada tahun 2010 PTS mula membeli ruang dalam akhbar Cina Sin Chiew bagi mengiklankan buku-buku novel remaja terbitannya kepada pembaca Cina.

Tahun ini strategi membeli ruang iklan dalam akhbar Cina akan diteruskan dalam kempen promosi 'Back To School' semasa musim cuti sekolah pada hujung ini.

Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 April lalu, PTS menggunakan tulisan Cina sebagai hiasan boothnya.

Nota: Foto menunjukkan penulis novel sains PTS, Puan Umi Danial bersama peminat-peminat Cinanya di pesta buku Read Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Lebih Agresif Menerbitkan Buku Agama Premium untuk Kanak-Kanak Previous entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 8) - Berapa Nama Baru Patut Diperkenalkan
resha hamzah  on  08/11  at  08:13 AM

Assalamualaikum. Adakah pts mempunyai penulis berbangsa Cina? Wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: