Penulis Mengendalikan Bengkel yang Menerangkan Ilmu dalam Buku-buku Terkenal
Tuan Zamri Mohamad (kanan) dan Tuan Izwan Wahab (kiri) adalah dua orang penulis PTS yang juga mengendalikan bengkel-bengkel latihan profesional.
Saya peribadi pernah ikut serta belajar teknik menulis copy iklan dalam bengkel bimbingan mereka di Learning Station, studio latihan mereka di Wangsa Melawati, dan saya dapati mereka memang bagus.
PTS sendiri pernah mengambil khidmat mereka bagi melatih pegawai-pegawai PTS dalam bidang copy-writing bagi meningkatkan mutu blurp buku-buku PTS dan copy pada kit marketing PTS.
Bagi orang yang sibuk macam saya, dan tidak mempunyai banyak waktu mahu membaca pelbagai buku, masuk bengkel mereka sangat berbaloi. Malah ia lebih murah daripada membeli buku-buku itu!
Apa yang mereka lakukan, mereka memilih buku-buku bisnes dan pengurusan yang sedang ngetop dalam pasaran, lalu membacanya, dan kemudian mengajarkan ilmu dalam buku itu kepada peserta bengkel.
Buku-buku itu tidak ada yang lebih murah daripada RM60.00 manakala yuran bengkel mereka cuma RM50.00.
Mereka bukan mengajarkan isi kandungan buku-buku itu dengan cara memberi kuliah. Tidak. Mereka menggunakan prinsip dan teknik-teknik training, oleh itu apa yang mereka terangkan itu melekat dalam kepala saya.
Nota: Regu Tuan Zamri (pengamal media) dan Tuan Izwan (jurutera dan konsultan sekuriti komputer) sekarang sedang menyusun jadual kursus bagi period sepanjang tahun 2010.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya kagum dengan Tuan Zamri. Sudah beberapa kali bersua dengan beliau. Ada bisikan ke telingan saya mengenai beberapa perkara. Memang beliau banyak idea
Saya nampak foto ini dalam akhbar Berita Harian semalam. Tahniah pada dua orang penulis PTS. Bengkel Puan Ainon tak sekadar hasilkan penulis, tapi peniaga dan pemikir. Sangat berani buat benda baru. Idea mereka ini mesti tahap antarabangsa. Saya terjumpa video-video .(JavaScript must be enabled to view this email address). Bayangkan kalaulah Google yang besar syarikat berjuta itu jemput penulis-penulis untuk cerita tentang buku mereka kepada staf. Yang dua orang ini pula terbalik. Tapi idea ini memang menarik. Saya akan pergi. Macam mana nak hubungi mereka?
Post a comment