Friday, February 26, 2010

Penulis Menghantar Manuskrip Karya Orang Lain

Dalam zaman teknologi canggih hari ini, risiko penerbit menerbitkan manuskrip yang mengandungi bahagian-bahagian yang dicuri daripada buku-buku pengarang lain adalah lebih tinggi. Ini disebabkan adanya teknologi scanning yang dapat terus mengubah imej menjadi teks dalam format WORD.

Saya pernah menerima daripada seorang pengirim emel, 10 manuskrip buku yang dia mengaku adalah hasil tulisannya sendiri. Ya, 10!

Dalam emelnya itu dia juga memberikan fotonya dan CVnya, yang menceritakan hasil tulisannya pernah disiarkan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah, termasuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam kes seperti ini, adalah mudah bagi kita mengesyaki ada sesuatu yang tidak betul. Mana mungkin seseorang penulis itu menunggu sehingga selesai menulis 10 buah buku sebelum menghantarkan semua 10 manuskripnya itu serentak kepada penerbit.

Apabila saya buka manuskrip-manuskripnya itu, saya dapati ciri-ciri berikut:

(i) Setiap satu manuskripnya mempunyai tema yang berlainan. Ini tentu luar biasa. Tidak masuk akal seseorang itu mempunyai pengetahuan yang begitu luas dalam pelbagai bidang sehingga bagi setiap bidang itu dia mampu menulis buku mengenainya.

(ii) Gaya bahasa bagi setiap manuskrip itu sangat berbeza.

(iii) Dalam setiap manuskrip itu masih terdapat perkataan daripada Bahasa Indonesia, yang barangkali dia terlepas pandang, lalu tidak digantikan dengan perkataan Melayu Malaysia.

Ada pula penulis yang menghantar satu manuskrip, tetapi dalam manuskrip itu terdapat bahagian-bahagian yang diambil bulat-bulat daripada buku-buku orang lain. Saya juga pernah menerima manuskrip seperti itu. Setiap bab menunjukkan gaya bahasa yang berbeza.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat: Anugerah PTS Previous entry: Terbaru dari Tere-Liye
Web Sutera  on  02/26  at  11:04 PM

10, Sifu? Itu jumlah yang besar dan agak pelik. Memang mudah untuk memplagiat karya orang lain dengan menggunakan teknologi. Aduhai!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.