Monday, December 25, 2006

Penulis Naik Pentas

Adakah saudara penulis buku motivasi? Jika ya, entri ini ditulis khusus bagi saudara.


Empat nama pengarang PTS yang masuk carta TOP 10 dan paling keras jualan buku-buku motivasinya adalah Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, Ahmad Fadzli Yusof dan Ann Wan Seng. Dua nama baru PTS yang sedang meningkat naik adalah Jeniri Amir dan Mansur Arrazi.


Angka jualan buku-buku mereka yang tinggi itu adalah amat dipengaruhi oleh seringnya mereka muncul di khalayak dan menyampaikan sesi ceramah motivasi.


Justeru, apabila saudara menulis buku motivasi, promosi terbaik yang dapat membantu angka jualan adalah dengan naik ke pentas dan menyampaikan ceramah motivasi.


Pada masa ini nampaknya masyarakat Melayu sudah mula sedar mereka perlu meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan selok-belok perniagaan. Ini tercermin dalam angka jualan buku-buku bisnes PTS yang sudah mengatasi angka jualan buku motivasi kejayaan am.


Jika penulis-penulis buku bisnes itu mencontohi Ann Wan Seng yang sering memenuhi undangan berceramah, jualan buku-buku mereka akan naik dengan lebih tinggi lagi.


Trend penulis buku bisnes naik ke pentas menyampaikan motivasi bisnes berdasarkan isi kandungan buku yang mereka tulis adalah trend global. Di semua negara, inilah trendnya.


Nota: Kepada Penulis Mansur Arrazi, diminta tuan kembali naik ke pentas!




.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana PTS akan Memasarkan Novel Jibunsyi ke TV Previous entry: PTS Millennia Sdn Bhd Mencari Penulis Berbakat Bagi Topik Wanita dan Kekeluargaan
Tun Dr. Kang  on  12/26  at  03:33 AM

Errkkk…

Pada pendapat saya yang daif ini, di dalam industri MLM agak berbeza. Mereka mahu yang telah berjaya di dalam MLM naik ke pentas untuk memberikan ucapan dan kononnya latihan.

Faktor yang menyebabkan buku saya dikenali (kalau betul) adalah kerana disebut-sebut oleh mereka yang memberi ceramah, seperti, “Menurut Razzi Armansur….” atau “Dalam buku Razzi Armansur…”

Baru-baru ini Nazrul meminta saya bercakap sikit pada Pesta buku Popular, saya syorkan Cikgu Rozani sebab Cikgu Rozani lebih mahir bercakap. Saya pula mahir bercakap tetapi melalui jari-jemari…
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.