Penulis Novel Cinta dan Red Ocean
Buku strategi bisnes BLUE OCEAN STRATEGY berguna bagi para penulis dan penerbit. Buku ini memberitahu kita tentang salah satu kesilapan yang sering kali dilakukan oleh orang bisnes.
Kesilapan itu adalah jenis strategi 'ikut-ikutan'. Kesilapan jenis ini sering kali dilakukan oleh pemain-pemain baru.
Ambil sebagai contoh kes novel cinta. Sektor novel cinta sudah bertaraf Red Ocean. Ada dua jerung besar di dalamnya, iaitu ALAF dan CREATIVE.
Apabila Creative dan ALAF21 berjaya membuka pasaran novel cinta, maka banyaklah pemain baru ikut terjun ke dalam sektor novel cinta.
Antara pemain baru itu adalah penerbit lama seperti Utusan, Times dan Rythm! Jangan sebutlah nama-nama penerbit novel cinta yang baru muncul yang lebih banyak jumlahnya.
Macam belum cukup, ada pula pengedar novel cinta yang gagah perkasa pun ikut masuk menjadi penerbit halimunan. Pengedar bertaraf jerung itu membayar kos percetakan novel-novel cinta yang ditulis oleh novelis cinta yang sudah senior dan diterbitkan oleh syarikat baru muncul milik penulis itu.
Demikian juga halnya dengan kesilapan ramai penulis baru. Beratus-ratusan penulis baru, majoritinya perempuan, ikut menulis novel-novel cinta dan menghantarkan manuskrip mereka ke Alaf21 dan Creative. 99% manuskrip mereka ditolak dengan sebelah mata disebabkan tidak bermutu.
Seperti yang dikatakan dalam buku Blue Ocean Strategy, ada 2 wilayah lautan, yakni wilayah pasaran.
Lautan Red Ocean dikatakan 'red' sebab air lautan itu sudah merah oleh darah akibat para jerung yang penuh sesak di dalamnya luka-luka cuba memakan satu sama lain.
Dalam bahasa bisnes, banyak penerbit novel cinta ikut-ikutan yang 'terbakar tangannya'. Dalam mengejar untung besar, langsung kerugian yang dialami.
Justeru buku BOS ini mengajar kita supaya jangan masuk ke dalam wilayah Red Ocean, sebaliknya masuklah wilayah Blue Ocean, yakni kita menjadi jerung yang berenang dalam lautan yang airnya masih biru.
Biarlah ALAF21 dan Creative menjadi jerung novel cinta. Times, Utusan dan Rythm yang cuba masuk lautan itu pun gagal memakan Alaf21 dan Creative. Punca kegagalan mereka adalah persepsi.
Peminat novel cinta percaya novel-novel cinta yang diterbitkan oleh Times, Utusan dan Rythm tentu sudah ditolak oleh Alaf21 dan Creative!
Dalam kategori buku motivasi, perkara yang serupa berlaku. PTS menerima banyak proposal daripada penulis baru yang hendak menulis buku motivasi, khususnya motivasi pandai belajar dan pandai menjawab kertas peperiksaan.
Pasaran buku motivasi pelajar cemerlang sudah bertaraf Red Ocean. Sudahlah! Air laut di situ sudah merah!
Tulislah buku motivasi bisnes. Di situ airnya masih biru!
.
.
Kesilapan itu adalah jenis strategi 'ikut-ikutan'. Kesilapan jenis ini sering kali dilakukan oleh pemain-pemain baru.
Ambil sebagai contoh kes novel cinta. Sektor novel cinta sudah bertaraf Red Ocean. Ada dua jerung besar di dalamnya, iaitu ALAF dan CREATIVE.
Apabila Creative dan ALAF21 berjaya membuka pasaran novel cinta, maka banyaklah pemain baru ikut terjun ke dalam sektor novel cinta.
Antara pemain baru itu adalah penerbit lama seperti Utusan, Times dan Rythm! Jangan sebutlah nama-nama penerbit novel cinta yang baru muncul yang lebih banyak jumlahnya.
Macam belum cukup, ada pula pengedar novel cinta yang gagah perkasa pun ikut masuk menjadi penerbit halimunan. Pengedar bertaraf jerung itu membayar kos percetakan novel-novel cinta yang ditulis oleh novelis cinta yang sudah senior dan diterbitkan oleh syarikat baru muncul milik penulis itu.
Demikian juga halnya dengan kesilapan ramai penulis baru. Beratus-ratusan penulis baru, majoritinya perempuan, ikut menulis novel-novel cinta dan menghantarkan manuskrip mereka ke Alaf21 dan Creative. 99% manuskrip mereka ditolak dengan sebelah mata disebabkan tidak bermutu.
Seperti yang dikatakan dalam buku Blue Ocean Strategy, ada 2 wilayah lautan, yakni wilayah pasaran.
Lautan Red Ocean dikatakan 'red' sebab air lautan itu sudah merah oleh darah akibat para jerung yang penuh sesak di dalamnya luka-luka cuba memakan satu sama lain.
Dalam bahasa bisnes, banyak penerbit novel cinta ikut-ikutan yang 'terbakar tangannya'. Dalam mengejar untung besar, langsung kerugian yang dialami.
Justeru buku BOS ini mengajar kita supaya jangan masuk ke dalam wilayah Red Ocean, sebaliknya masuklah wilayah Blue Ocean, yakni kita menjadi jerung yang berenang dalam lautan yang airnya masih biru.
Biarlah ALAF21 dan Creative menjadi jerung novel cinta. Times, Utusan dan Rythm yang cuba masuk lautan itu pun gagal memakan Alaf21 dan Creative. Punca kegagalan mereka adalah persepsi.
Peminat novel cinta percaya novel-novel cinta yang diterbitkan oleh Times, Utusan dan Rythm tentu sudah ditolak oleh Alaf21 dan Creative!
Dalam kategori buku motivasi, perkara yang serupa berlaku. PTS menerima banyak proposal daripada penulis baru yang hendak menulis buku motivasi, khususnya motivasi pandai belajar dan pandai menjawab kertas peperiksaan.
Pasaran buku motivasi pelajar cemerlang sudah bertaraf Red Ocean. Sudahlah! Air laut di situ sudah merah!
Tulislah buku motivasi bisnes. Di situ airnya masih biru!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

betul. kebanyakan kontek buku motvasi panduab belajar sudah boleh diagak. tetapi tidak ada orang yang berani menulis motivasi belajar untuk peringkat universiti. setakat ini belum ada yang benar-benar layak untuk dikatakan belajar untuk peringkat universiti. tak ada satu pun yang benar-benar layak.
semua lebih ke arah sekolah menengah ke bawah.
——-
Jenama penerbit dan corak penerbitan terdahulu juga membentuk persepsi pembeli buku-buku. Bagaimana ini boleh melewatkan BOS yang diamalkan oleh penerbit?
Saya boleh katakan, BOS adalah pendekatan mencipta trend yang kemudian diikuti yang lain. Kemudian pencipta trend juga bergerak ke zon blue ocean yang lain.
Sdr Zamri,
BOS mengajar kita supaya jangan lama sangat seronok dengan kejayaan produk2 kita sekarang. Kita perlu dari waktu ke waktu mencipta produk2 baru. Kalau tidak, orang lain akan cipta produk baru yang menyebabkan produk kita terkucil keluar dari pasaran.
Elok kita gunakan banyak2 lateral thinking bagi mencipta idea-idea baru.
Apa buku baru saudara? 77 TIP MERAMPAS SEMULA KEKASIH ANDA?
ish, puan sifu buat saya tak senang dengan laut merah di dekat tanah arab sana! hehehe
YA, tulislah juga motivasi teruna-dara cepat kerja-cepat kahwin, motivasi andalusia jangan terlalu cerewet, motivasi anak dara belajar mengambil hati “bakal” akak. Juga motivasi isteri senior redha dan ikhlas menerima ahli keluarga baru dalam satu perkongsian pintar. Mesti guna formula menang-menanglah. Ini semua topik yang berkategori laut biru.
Puan Zalisa,
Sheikh kita itu menulis buku travelogue. Itu Laut Biru! Beliau seorang sahaja ‘jerung’ yang ada dalam lautan itu!
Isi traveloguenya sungguh menarik. Macam-macam ada. Memang sedap dibaca. Ditulis gaya CERTOT.
Tuan RASTOM,
Topik poligami ini memang dijangka laku keras. Cepatlah tulis sinopsisnya!
Tan Sri Kang kita ke mana dia? Sudah lama tak masuk.
Assalamu’alaikum Puan Sifu, Pak Rastom, Zalisa, Zeti, et al,
...“dan salah satu contoh topik yang mendapat pelbagai pendapat dan dari pelbagai sudut, yang dalam, cetek, tinggi, rendah, tajam, tepat, lucu, mencakupi bidang-bidang berkaitan ialah…....ialah topik…POLIGAMI dan topik PEMINAT JATUH CINTA DENGAN PENULIS…...
ehehehe…
...“Bukan sekadar Penulis Novel Cinta sahaja yang boeh menggunakan teknik BOS, tetapi juga di dalam mencari tip-tip berPOLIGAMI dan MENCARI CINTA pun boleh dicuba teknik BOS ini…
(oh ya…Sudan berpantaikan Laut Merah…ehehe)
Ada, ada… namaku disebut. Selain masalah streamyx adalah masalah hati yang tak tenang lagi mengenangkan keengganan pihak atasan menukar balik pelajaran sains dan matematik ke dalam bahasa asal yang tidak ada masalah apa-apa. Dah elok-elok, tak ada masalah, ditukar kepada keadaan yang merosak sekarang dan akan datang. Kita tidak akan putus asa!
Sesiapa yang hendak menang dalam perniagaan bahkan dalam kehidupan seharian, mesti membaca Strategi Laut Biru yang diceritakan oleh Mbakyu dengan panjang lebar.
Pada 3 Ogos 2006, Dr Azman Ching, ikon industri MLM Malaysia singgah ke rumah saya setelah berceramah dalam segmen Motivasi Pagi, TV3. Beliau mengajak saya ke warung dan mula mengajar saya tentang Laut Merah dan Laut Biru. Jual nasi lemak dan warung dijadikan contoh. Bagaimana hendak keluar dari Laut Merah (berdarah kerana pertempuran) dan berganjak ke Laut Biru yang damai. Kontroversi, “value added”, penglipurlara diperlukan untuk berganjak ke Laut Biru. Itu hanya sebahagian yang amat kecil dari Strategi Laut Biru yang popular di kalangan usahawan Cina.
Kopi di warung sama saja dengan kopi di Kopitiam di kompleks-kompleks besar, tetapi mengapa orang sanggup bayar lebih dari harga di warung?
Motivasi Bisnes berada di Laut Biru? Hari itu ada cadangkan pada Nazrul untuk cabang baru—“Fiksyen Inspirasi” yang seakan “Motivasi Bisnes”. Iklan, iklan: Alhamdulillah, saya telah menghasilkan 4 Motivasi Bisnes yang akan diterbitkan oleh PTS PRO—Jutawan MLM (sudah terbit), Tukang Gunting Jutawan, Kampung Kaya, Rahsia Dari Damansara—dalam fiksyen ada cerita bisnes.
Maaf komen yang panjang…
Tan Sri Kang,
Nampaknya Tan Sri suka minum di warung kopi. Apabila bercakap tentang warung kopi dan kopitiam dalam mall, saya pun teruja mahu bercakap tentang Laut Merah gerai makan.
Kita mempunyai paradigm warung untuk orang kantung kecil, kopitiam untuk orang kantung besar.
Di Lembah Kelang, ya, paradigm itu lazimnya betul, warung untuk orang kantung kecil, kopitiam untuk orang kantung besar sebab orang kaya banyak pilihan. Di mana-mana sahaja kedai makan untuk orang kaya yang dingin dan selesa memang banyak. Mereka tidak terpaksa makan di warung2.
Jumlah pelanggan sahaja tidak cukup. Cuba ikut mentaliti pengurusan hotel. Mereka bukan setakat bercakap tentang berapa orang pelanggan yang menginap di hotel itu, mereka juga bercakap tentang berapa malam setiap pelanggan mereka menginap.
Semakin lama pelanggan itu menginap, semakin banyak dia menggunakan perkhidmatan2 yang disediakan oleh hotel. Pelanggan yang tidur satu malam cuma menyewa bilik sahaja, tetapi pelanggan yang tidur beberapa malam menggunakan perkhidmatan membasuh baju, menyewa talian internet, mesin fotokopi, faks, room service, makan di restoran, gym, dan banyak lagi.
Bagi pelanggan korporat, semakin lama mereka menginap, semakin banyak mereka menggunakan dewan persidangan, bilik mesyuarat, khidmat bankuet dan macam-macam lagi.
Di pekan-pekan kecil tidak ada kedai makan yang dingin dan selesa, justeru orang berduit, yang kebetulan ada urusan di situ, terpaksa singgah makan di warung.
Bagaimanakah caranya warung dapat menarik pelanggan orang berduit? Mengapa orang kantung besar tidak suka duduk lama apabila mereka singgah makan di warung2 kecil? Habis makan, mereka terus bangun.
1. Pertama, mereka tidak dilayan sebagai orang berduit. Petugas warung membahasakan sesiapa sahaja yang datang dengan panggilan pakcik, makcik, abang, kakak dll.
2. Kedua, warung kita hingar-bingar dengan radio ERA dan TV wrestling. Radio2 dan TV2 dipasang untuk hiburan budak2 yang bekerja dalam gerai, bukan untuk hiburan pelanggan!
Orang berduit menghargai suasana yang aman dan tenang, bukan yang hingar-bingar, supaya mereka boleh duduk makan sambil terus menjalankan kerja-kerja bisnes jenis mental dan sosial.
Apabila orang bisnes datang makan ataupun minum, mereka mahu berbincang-bincang tentang projek buat duit dengan rakan niaganya, tetapi apakah yang disediakan oleh pemilik warung? Gangguan mental dari semua penjuru, sampai hendak mendengar rakan semeja bercakap pun tak dapat.
Kalau orang bisnes itu singgah dengan isteri muda (yang masih disorokkan daripada pengetahuan isteri pertama) dia tetap mahu suasana aman dan tenang sebab, maklumlah, orang tua yang sedang dilamun bahagia, macam orang muda juga, memang suka berbual-bual dengan nada rendah, makin berbisik-bisik, makin bahagia pula rasanya.
Apabila pasangan (lelaki tua, isteri muda belia) singgah, jangan tengok mereka dengan pandangan semacam! Tutup mata. Layan mereka seolah-olah kita tidak perasan bahawa mereka itu macam bapa dengan anak.
Panggil si tua itu Dato’, panggil si rambut perang itu Datin. Jangan peduli apakah si tua itu dato’ ataupun bukan dato’. Biar salah ke atas, jangan salah ke bawah. Percayalah, si tua dan si rambut perang itu akan datang lagi dan datang lagi ke warung kita.
Kasihan peniaga2 kecil Melayu! Mereka tidak pernah menjadi orang kaya, oleh itu mereka tidak tahu keperluan psikologi orang-orang kaya. Akibatnya, orang kecil hanya dapat duit orang kecil.
Kursus usahawan yang mereka hadiri pun tidak mengundang orang2 kaya menjadi penceramah supaya mereka dapat diberi penerangan bagaimana cara yang betul memujuk dan menggoda orang2 yang berduit supaya suka datang makan-minum dan duduk lama sedikit, dan berbelanja lebih, di warung kecil.
Tan Sri Kang,
Ini tajuk kursus dan ceramah Laut Biru untuk motivator semacam Tan Sri. Ajarkan prinsip BOS: Jangan berebut pelanggan yang ada. Goda mereka yang belum jadi pelanggan.
77 TIP MERAMPAS SEMULA KEKASIH ANDA?
Eh itu buku rampas-rampas bahaya. Nanti kes tarik-tarik rambut dan tudung pula….
Cakap tentang warung/restoran melayu. Semalam seorang sahabat membawa saya dan rakan-rakan ke warung sup gear box sekitar Gombak. Katanya sedap dan murah (murah ya…ceh)
Datanglah seorang gadis yang cantik dengan kertas dan pen.
Belum kami sedap-sedap duduk. Dia menyergah (bukan bertanya, salam jauh sekali)
“Hah NAK MINUM APA!”
Terkejut kami dibuatnya. Hilang keayuan dek bahasa yang indah digunakannya. Hmmm
Tetapi adiknya berbeza pula. Lelaki, tubuh gempal-gempal dan berkaca mata tebal. Dengan memberi salam dia mengambil pesanan.
Selepas itu siap beri cadangan menu ala restoran lima bintang lagi.
“Bagaimana kalau saya cadangkan abang sup gear box 18 dan 20 (harganya) Sesuai untuk hidangan tujuh orang.” selepas ambil pesanan, “Ada apa-apa lagi abang? Tunggu sebentar ya. Terima kasih.”
Ditinggalkan kami dengan senyuman. Mukanya cukup berpuas hati (untuk apa saya tidak tahu) Percayalah, adik lelaki kakak jelita yang menyinga telah menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Mungkin anak murid Puan. Heheheh
Puan Sifu, Zamri, et al,
Berkemungkinan juga adik lelaki itu telah membaca banyak novel-novel jibunsyi keluaran PTS…sedangkan kakaknya yang menyinga itu lebih minat kepada buku-buku lain atau tidak suka membaca…
Sdr ZAMRI,
Selepas membaca buku “77 TIP MERAMPAS SEMULA…” karangan sdr itu nanti, mereka tidak akan gunakan teknik tarik-tarik rambut!
Pergi berjumpa bomoh pun tidak perlu lagi.
Habislah bisnes Tok Batin Yat di Janda Baik! Antara pelanggannya, datin2 dan perempuan2 rambut perang… (Jangan2 si Datin dan si ‘atin’ tak tahu mereka rupa-rupanya pergi ke bomoh yang serupa! Pulak….)
Puan Sifu, Pak Rastom, Zamri, et al,
Selain daripada menulis buku “77 TIP MERAMPAS SEMULA” apa kata kalau tulis juga buku “buku 77 TIP MENGELAKKAN PERAMPASAN” dan terbit serentak..?? Berkemungkinan mendapat jualan berganda…:)
Sheikh Alang,
:shock::roll: Kik kik kik… Ya tak ya juga! Ini baru betul Laut Biru!:lol:
Sdr ZAMRI,
Cik Kak gerai sup gear box tu marah-marah barangkali disebabkan wajah sdr ada ira-iras macam Dato’ yang sudah jumpa ‘Atin’ baru kot?
Saya tahu, banyak dato’2 suka sup gear box.
Pasaran sup gearbox pun sudah mulai berada dalam Laut Merah. Mesti tahu bedakan yang betul betul ada ISO, sekarang banyak yang ceroi-ceroi saja. Bila makan cuma prsikologi saja rasa kuat, tapi hahahahahahah ........
Tuan Rastom,
“ceroi-ceroi” itu apa? Itu BM Tinggikah?
Ceroi ertinya di utara sudah tidak likat atau pekat. Gearbox pun yang hampas atau serpihan saja
Assalamu’alaikum Puan Sifu, Pak Rastom, Sdr Zamri, Zalisa, Puan EZ, et al,
Adakah puisi ini termasuk kategori “Laut Biru” atau “Langit Biru” (?):
“PHOENIX ASTEROID”
Telah kuberitahu pada angin malam
di waktu senjakala
sebelum terbit bintang Kejora
Telah kubilang sama gerimis malam
setelah awan kumulus menutupi bulan purnama
betapa aku masih menanti
langit malam akan cerah semula
Telah kutahu di mana letaknya kau
wahai Phoenix Asteroid
cakerawala pengembara di langit ketujuh
betapa kutahu kau tiada berteman
namun kau tetap di orbit mu
sehingga Hari Kemusnahan Alam
Telah kutahu wahai Phoenix Asteroid
kau telah melihat perjalanan sejarah manusia
sejak Nabi Adam AS sehingga mutakhir
alaf ketiga sudah menjelma
namun kau masih mengembara bersendirian
Telah ku tahu rajah perjalananmu
wahai Phoenix Asteroid
merentasi galaksi Bima Sakti
dan “Bear Constellations”
serta menemui Comet Halley
merasai kepanasan mentari-mentari
di setiap sistem solar dan
juga kedinginan Planet Pluto
Telah kutahu kau telah cuba membilang
galaksi yang bertaburan di angkasa raya
namun kau telah maklum betapa banyaknya
galaksi itu sehingga manusia di planet bumi ini
masih belum selesai mengkatalogkannya di dalam CD-ROM
Selamat tinggal Phoenix Asteroid selamat tinggal
semoga perjalanan mu penuh diberkati
kerna bila kau melintasi di sini lagi
aku mungkin telah tiada di dunia fana ini….
(C) hakcipta terpelihara alang kelana@alang bidara
18 Nov 2006
cinta apa ada dengan cinta benar kah cinta itu membuat kita bahagia atau di sebalik nya derita.hati aku berkata satu harin nana akan hadir nya cinta sejati aku betul nak kan cinta sejati bukan hanya main-maina.cinta itu datang dari hati yang suci aku cuba buka pintu hati ku buat lelaki tapi aku terlalu takut dengan lelaki aku tak tahu nak buat macam mana lagi aku telah cuba banyak kali tapi aku gagal untuk mencintainya apa yang harus aku lakukan ....
Post a comment