Thursday, January 25, 2007

Penulis & Penerbit: Patuhi Undang-Undang Penyerahan Buku ke PNM

Adakah saudara baru belajar menerbitkan buku?

Bagi makluman saudara, ada undang-undang di mana saudara wajib menyerahkan kopi semua bahan bercetak, termasuk buku, majalah, akhbar, kertas kerja seminar, brosur dan lain-lain, yang saudara terbitkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia.

Kesalahan boleh didenda RM3,000.

Bagi penerbit buku, jangan ambil ringan perkara ini. PNM memilih buku-buku yang dibeli untuk perpustakaan awam seluruh negara dengan menilai buku-buku yang diserahkan kepada PNM.

Jika buku terbitan saudara tidak ada dalam simpanan PNM, maka buku terbitan saudara takkan terpilih.

Bagi penulis self-published, walaupun saudara terbitkan sendiri buku saudara, jangan ambil ringan perkara ini, mana tahu buku saudara mungkin terpilih!

Seperkara lagi, banyak penerbit kecil-kecil yang tidak ambil pusing tentang undang-undang ini. Sikap begini amat merugikan penulis kerana kecuaian penerbit itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Status Karya Terjemahan Previous entry: Puisi Indah buat Si Jelita
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/25  at  08:11 AM

Assalammualaikum w.b.t,

Akta Penyerahan Bahan itu perlu dipatuhi bagi memastikan khazanah buku terbitan tempatan terpelihara. Bagi bahan bercetak perlu menyerahkan 5 naskah ke PNM. Bahan bukan bercetak seperti Cd-Rom 3 salinan (jika tidak silap).

Apa yang saya ketahui pegawai terlibat di PNM menghadapi kesukaran untuk mengesan penerbitan yang dilakukan kerana tidak semua penerbit akur dengan akta tersebut. Lebih-lebih lagi bagi kes yang tidak memohon ISBN / ISSN untuk penerbitan masing-masing.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/25  at  11:09 AM

Maksudnya kena buat POD dulu 5 naskhah untuk PNM atau hantar manuskrip sahaja?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/25  at  11:27 AM

Saudara Azree,

5 naskah bahan yang sudah siap dicetak. Sebelum dicetak kena dapatkan International Standard Book Number (ISBN) borang ada di lawam web PNM juga maklumat tentang akta penyerahan bahan itu.

Helmy  on  01/26  at  01:17 AM

Salam.

Benar, penyerahan kepada PNM penting. Selain mematuhi undang-undang, jika terpilih akan menguntungkan penerbit dan penulis.

Saya baru serah 5 naskhah DSKLP beberapa hari lalu. Tadi petang ada yang menelefon (dari PNM) bertanya tentang stok…

Saya bermimpikah? Bukankah ini baru Januari?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: