Penulis Perlu Mencipta Peri-peri Bahasa
Sekolah tidak mengajar pelajar-pelajar mencipta ayat-ayat yang indah, sedangkan ayat-ayat yang indah mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sekolah hanya mengajar ejaan dan tatabahasa. Ejaan dan tatabahasa yang betul menghasilkan ayat-ayat yang betul, tetapi tidak tinggi nilai ekonominya.
Penulis-penulis novel PTS diseru mencipta dan memasukkan bunga-bunga bahasa ke dalam karya mereka supaya gaya bahasa dan gaya penceritaan menjadi lebih indah.
Peribahasa mudah dicipta. Ia menggunakan perkataan seperti, umpama, bagaikan dan ibarat.
Jika saudara belum mahir mencipta peribahasa yang 100% baru, saudara boleh ambil peribahasa yang sedia ada dan tukar salah satu unsur pada peribahasa lama itu. Contoh:
Lama: Bagai si kudung diberi cincin.
Baru: Bagai si bisu diberi mikrofon.
Sambung...
.
.
Penulis-penulis novel PTS diseru mencipta dan memasukkan bunga-bunga bahasa ke dalam karya mereka supaya gaya bahasa dan gaya penceritaan menjadi lebih indah.
Peribahasa mudah dicipta. Ia menggunakan perkataan seperti, umpama, bagaikan dan ibarat.
Jika saudara belum mahir mencipta peribahasa yang 100% baru, saudara boleh ambil peribahasa yang sedia ada dan tukar salah satu unsur pada peribahasa lama itu. Contoh:
Lama: Bagai si kudung diberi cincin.
Baru: Bagai si bisu diberi mikrofon.
Sambung...
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum.
Sifu,
Entri peribahasa ini mengingatkan saya kepada wartawan alam sekitar, Karam Singh Walia yang `amat kaya` dengan peribahasanya.
Kadangkala buat kita boleh `tercengang monyet` dengan peribahasa yang tidak pernah kita dengar selama ini.
Pada pendapat saya, meskipun peribahasa yang dituturkannya nampak asing ( mungkin kerana ketidak-arifan saya ), rasanya betul dan logik.
PTS sepatutnya memujuk Karam Singh Walia untuk membukukan koleksi peribahasanya, mungkin dengan judul `PERIBAHASA KARAM SINGH WALIA - Satu Koleksi`.
Bagaimana Sifu ? jangan lupa Karam Singh memang sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri termasuk saya.
——-
Sebelum membuka entri saudara adnan saya memberitahu kepada isteri saya supaya mencipta seperti Karam Singh Walia. Rupanya saudara Adnan juga mengagumi beliau. Kata-kata saudara Adnan itu bernas.
Saya bersetuju 100% bagi membawa Karam Singh Walia bagi menulis koleksi peribahasanya dengan judul `PERIBAHASA KARAM SINGH WALIA - Satu Koleksi`.
Assalamualaikum, sekalian.
Mengikut ceritanya, dari apa yang saya baca di akhbar Berita Harian (seingat saya) beberapa tahun lepas, peribahasa Melayu yang diucapkan oleh Karam Singh Walia adalah datangnya daripada keprihatinannya.
Mengapa saya sebut ‘keprihatinan’? Menurut laporan akhbar tersebut, sebelum Karam Singh Walia melanjutkan pelajarannya ke England, beliau berjiran dengan seorang guru Melayu.
Pada suatu hari, dia ternampak guru itu membuang sebahagian bukunya (saya tidak pasti sama ada ‘sebahagian besar’ ataupun ‘sebahagian kecil’) ke dalam tong sampah. Atas sikap ‘prihatin’ ini, beliau menyelongkar tong sampah jirannya itu, dan menjumpai naskhah himpunan peribahasa Melayu.
Naskhah itu kemudiannya dijadikan khazanah oleh beliau dan semasa melanjutkan pelajaran ke luar negara, naskah itu dibawanya bersama.
Kisah seorang Melayu yang membuang khazanah dan seorang pemuda bukan Melayu yang mengabadikan khazanah.
1. Bagaikan pesakit diabetis diberikan gula
2. Bagaikan sirabun diberikan cermin mata
Assalamualaikum Sifu,
Izinkan saya menambah, ‘Umpama penulis diberi ilham’.
Kangap bercakap benar, saya juga ada baca artikel itu
.
Kangaq - lah!
Post a comment