Penulis PhD Temberang
Pendedahan ini terbit Ahad 27 April, dalam KOSMO.
Dalam internet perkara ini sudah lama diperbualkan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum..
Ruangan Forum di dalam lawan web ‘pakar’ motivasi berkenaan tidak lagi boleh diakses. Ditulis di situ laman forum berkenaan telah digodam oleh forumer sendiri. Digodam ke atau…... heheheh
Puan Sifu,
Assamualaikum, moga-moga perjuangan PTS memandaikan bangsa terus diberkati Allah.
Sebelum bekerja dalam sektor pengajian tinggi, saya sering kagum dengan mereka yang mempunyai PhD kerana bagi saya, mereka adalah golongan yang sanggup berkorban untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dan mempunyai pengalaman yang luas.
Ternyata persepsi saya itu tidak terserlah seratus peratus kebenarannya kerana ada di antara mereka yang mempunyai PhD tidak mencerminkan kredibiliti yang harus dimiliki oleh mereka. Ada yang tidak langsung tahu menulis sehingga dokumen yang disediakan oleh mereka terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehingga membuatkan saya berasa musykil - bagaimana mereka ini boleh mendapat PhD sedangkan untuk mendapat ijazah PhD, mereka perlu menulis kertas tesis? Ada juga yang tidak mencerminkan kredibiliti PhD yang diperolehi oleh mereka. Jika ada, hanya segelintir sahaja.
Adalah merugikan masyarakat kita jika kita kekurangan ahli-ahli akademik yang berwibawa dan mempunyai komitmen telus untuk mendidik anak bangsa. Terutama sekali mereka yang sanggup “membeli” ijazah untuk meletakkan nama mereka dalam senarai ahli akademik/konsultan/trainer yang disegani. Ijazah boleh dibeli tetapi kebolehan sebenar akan terserlah jua satu hari nanti.
Wallahualam.
Wallahualam.
Post a comment