Friday, May 13, 2011

Penulis PTS Membantu Penulis PTS Menjadi Trainer

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Puan Ainon.

Di sini kami ingin memaklumkan pihak SK Training Academy Sdn Bhd dengan kerjasama dengan beberapa penulis PTS yang juga trainer sepenuh masa ingin menawarkan ruang dan peluang kepada para penulis PTS yang berminat untuk memulakan kareer sebagai trainer ataupun penceramah.

Kami menyediakan pakej kerjasama untuk sesi latihan untuk dijayakan di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Melawati, ini bagi persediaan awal para penulis menceburi bidang latihan dan ceramah.

Kami juga menyediakan pakej ‘Train The Trainer’(TTT) untuk para penulis PTS yang sudah ada buku dan ingin menceburi dunia latihan.

Trainer untuk kursus TTT itu adalah barisan trainer yang juga merupakan penulis-penulis PTS yang dijemput bagi menjayakan modul-modul yang berkenaan dalam kursus TTT itu. Insyaa Allah puan juga dijemput bagi mengisi slot penting dalam program tersebut nanti, supaya para penulis PTS yang ingin menceburi bidang itu mendapat kemahiran yang  berkualiti tinggi.

Para penulis yang sudah mengikuti kursus itu juga diberikan bimbingan bagi mengendalikan bengkel-bengkel pendek, iaitu untuk tempoh 2 jam, sebelum dipanjangkan sehingga 1 hari di Dewan Ainon Mohd. Ini membantu para trainer baru bagi memulakan langkah yang lebih besar dan jauh selepas itu.

Program ini disediakan bagi menjadi langkah pertama para penulis yang ingin bergelar trainer. Mohon izin puan bagi mewawarkan kepada para penulis PTS yang berminat untuk menghantarkan biodata ringkas ke .(JavaScript must be enabled to view this email address) ataupun hubungi 03-4142 5300 untuk maklumat terkini. Sekian, kami suka!

Shamsuddin Kadir
Trainer dan Penulis PTS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penerbit Drama Televisyen Berminat Melesen Komik-M Siri Ultra Qalif Previous entry: Tip Mempromosi Buku Sendiri dalam Pesta Buku

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.