Penulis Sai-Fai Perlu Belajar Bercakap di Hadapan Peminat
Para penulis sai-fai dan fantasi perlu belajar dan berlatih bercakap dengan fasih, lancar dan persuasif apabila tampil di hadapan audiens.
Mereka sangat pemalu, merendah diri, dan juga amat sopan. Namun kemunculan mereka tidak berapa dapat meningkatkan minat hadirin.
Kemahiran bercakap di hadapan khalayak sangat berguna bagi tujuan mempromosi diri penulis dan karyanya.
PTS sentiasa berusaha mencari peluang membolehkan pengarang-pengarang PTS muncul di skrin televisyen dan bercakap tentang karya mereka. Justeru pengarang perlu bercakap dengan cara-cara yang berkesan dan disukai oleh penonton TV.
Foto menunjukkan sebahagian daripada penulis sai-fai dan fantasi PTS.
Dari kiri: Tn. Nuriazam Ismail, Tn. Silsoh Khairul dan Tn. Hasbullah Abu Bakar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Maaf Puan Sifu,
Mungkin gugup kerana pertama kali berucap untuk mempromosikan buku.
Insya’Allah akan cuba diperbaiki dari semasa ke semasa
Salam,
PTS harus buat kursus PERCUMA bagaimana cara menjadi penulis idola.
Ohya, ulang suara ‘PERCUMA’
..dan suara itu pun bergema dan gema dan gema lagi.
Saya bersedia berkongsi ilmu komunikasi berpengaruh secara PERCUMA berdasarkan kandungan buku Ilmu Pengaruh.
Saya ada di situ, di hari kejadian.
Post a comment