Penulis Sebagai Trainer ataupun Speaker
Penulis buku mempunyai peluang mendapat pendapatan tambahan dengan menjadi (i) trainer, ataupun (ii) speaker. Kedua-dua bidang ini sangat berbeza, macam labu dengan tembikai.
Saya adalah seorang trainer. Saya pernah menjadi trainer profesisonal selama 14 tahun dalam pasaran organisasi dan korporat. Sehingga sekarang pun saya masih menjalankan sesi training kepada bakal-bakal penulis PTS.
Saya bukan seorang speaker, itu sebabnya saya tidak menerima sebarang undangan bagi menyampaikan ceramah kerana saya tidak pandai bercakap banyak di hadapan khalayak yang banyak. Saya juga tidak masuk TV sebab saya tidak mempunyai bakat bercakap di depan lensa.
Bisnes 'speaking' banyak keserupaannya dengan bisnes menyanyi. Kedua-duanya sangat bergantung kepada kesihatan. Jika penyanyi demam batuk, dia tidak dapat menyanyi, maka pendapatannya jatuh.
Speaker pun begitu juga. Jika speaker demam batuk, dia tidak dapat berceramah, maka pendapatannya jatuh.
Justeru para penulis yang menceburkan diri ke dalam pasaran 'speaking' perlu mempunyai pelan survival kecemasan, yakni jika sekiranya si speaker demam lama, beliau perlu bersedia supaya pendapatannya tetap ada.
Sebagaimana dengan penyanyi, bisnes speaking sangat personal. Jika pelanggan sudah menempah M. Nasir yang akan datang dan membuat persembahan, jika M. Nasir demam batuk, beliau tidak dapat menghantar penyanyi lain sebagai pengganti bagi menyampaikan lagu-lagunya. Pelanggan akan mencari penyanyi lain.
Trainer lain halnya. Trainer bekerja dengan modul-modul training. Modul itu dapat difrancaiskan kepada individu-individu lain. Jadi, jika si trainer demam batuk, orang lain dapat mengendalikan sesi training itu dengan menggunakan modul yang serupa.
Bagi para trainer, mereka perlu memformalkan modul training mereka, dan mereka dapat bekerja secara berkumpulan, supaya jika salah seorang demam lama, bisnes training itu masih dapat diteruskan oleh rakan yang sihat.
Nota: Foto menunjukkan peserta sedang berlatih menulis artikel untuk terbitan akhbar dan majalah dalam bengkel yang dikendalikan oleh Trainer Zamri Mohamad. Beliau sendiri adalah seorang penulis buku dan penulis artikel akhbar dan majalah. Skill itulah yang beliau pindahkan kepada peserta bengkelnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment