Penulis Tanpa Ijazah
Sifu menerima sepucuk emel daripada seorang yang tidak memiliki ijazah tetapi amat berminat menjadi penulis. Beliau berasa ragu apakah mungkin beliau menjadi penulis.
Tidak semua buku perlu ditulis oleh mereka yang memiliki ijazah. SN Dato A Samad Said tidak memiliki ijazah, tetapi perpustakaan peribadi beliau amat besar sehingga beliau menggunakan sebuah rumah teres 2 tingkat khusus bagi menyimpan buku-bukunya sahaja.
Jika saudara tidak memiliki ijazah, faktor itu tidak menghalang saudara menjadi penulis. Yang penting adalah ilmu pengetahuan saudara dalam bidang yang saudara mahu menulis.
Sebanyak manakah ilmu yang saudara miliki, ia tergambar dengan mengira sebanyak mana saudara membaca, dan sebesar mana koleksi buku dalam perpustakaan peribadi saudara.
Kata pepatah Tamil, "Apa yang ada dalam senduk, itulah yang ada dalam periuk...."
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sejahtera Puan,
Keraguan seperti inilah yang selalu bermain-main di benak fikiran saya. Isssyy.. kena buang jauh-jauh.
Saya tertarik dengan pepatah Tamil itu Puan.
Sdr Emio,
Saya suka pasangan seperti saudara dan isteri saudara… saling dorong-mendorong dalam dunia penulisan. Setiap kali saya terpandang wajah saudara berdua dalam kursus PTS, hati saya berkata-kata, “Alangkah bahagianya pasangan mentteeku yang berdua ini!”
——-
Saya pula cuma seorang penganggur berdiploma
)
(lepas raya nanti mungkin naik KL balik. cuma sekarang mahu siapkan jibunsyi cepat-cepat. ada sesiapa mahu dermakan laptop
Sdr Fox (dengan marah)! Gunakan huruf besar apabila memulakan ayat baru!!!
Salam hormat buat Bonda Ainon.
Terasa semakin bersemangat untuk memulakan “tugas baru @ aktiviti baru”.
Bak kata mantan PM - “dah lama dah”.
Sudah terlalu lama menyimpan hasrat untuk menulis dan berkongsi pengalaman.
Hurm.
Baru tadi ada orang cadangkan saya tulis buku mengenai kewangan untuk pelajar selepas dia membaca blog saya. Terus sahaja saya jawab, “Ijazah pun tiada, siapa hendak baca nanti?”
Nampaknya persoalan sudah terjawab. Cuma mampu ataupun tidak sahaja seseorang penulis itu.
Salam kenal buat Puan Ainon. Saya baru sahaja sertai diskusi ini. Banyak lagi perkara yang saya perlu belajar dan banyak yang saya boleh belajar daripada Puan Ainon. Tentang buku Origami Faizul itu saya setuju kalau ada buku origami versi tempatan (Melayu) sebab saya tidak pandai baca buku Jepun.
Assalamualaikum Puan Ainon,
Saya mengikuti Kursus Penulisan Karya Fantasi pada hari Sabtu lepas. Sepanjang kursus tersebut banyak ilmu yang saya dapat. Namun begitu timbul persoalan dalam fikiran saya adakah individu yang setakat habis sekolah menengah seperti saya diterima untuk menghasilkan karya. Bagaimanapun kenyataan Puan Ainon di atas telah meleraikan persoalan yang bermain difikiran saya itu. Terima kasih.
Saya ada menghadiri sebuah bengkel penulisan, dari bengkel itu kesimpulan yang saya dapat dari apa yang penceramah cuba sampaikan ialah, untuk membuat sesuatu buku yang bukan bidang kita, kita hendaklah rajin membuat kajian(research). Penceramah itu pernah membuat buku herba yang mana dia tidak ada kaitan dalam bidang herba. Dan banyak lagi buku yang dihasilkan dan bukan dalam bidangnya. Dia rajin membuat kajian dengan mengumpul bahan dan banyak membaca buku.
Post a comment