Monday, August 08, 2011

Penulis Tegur PTS

Saya doakan semoga Puan Ainon berada dalam keadaan yang dirahmati Allah sentiasa.

Tujuan saya menulis surat ini adalah bagi menyatakan rasa tidak puashati saya terhadap cara PTS melayan penulis-penulisnya.  Saya terkejut apabila membaca artikel ‘Fenomena novel cinta berunsur agama’ dalam Mingguan Malaysia bertarikh 7 hb Ogos 2011.  Antara kandungan artikel itu menyatakan Salju Sakinah hasil karya Zaid Akhtar sebagai novel Islam sulong PTS.

Sepanjang pengetahuan saya, novel Curahan Cinta Niagara hasil karya Maya Iris adalah novel Islami sulong PTS.  Saya tidak pernah lupa bagaimana saya diberitahu dan didorong oleh Encik Fauzul Naim bagi menghasilkan novel Islami sulong itu.  Saya juga tidak lupa bagaimana saya telah diasak oleh Encik Fauzul Naim sehingga novel Curahan Cinta Niagara terpaksa melalui pembetulan sebanyak 4 kali pusingan sehinggalah beliau berpuashati dan novel itu berjaya diterbitkan.

Mungkin gelaran novel sulong tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan yang besar kepada saya ketika ini.  Tetapi, apabila hasil karya orang lain diberikan gelaran novel sulong walhal hakikatnya novel Curahan Cinta Niagara pernah diberikan gelaran itu, ia seolah-olah menafikan hak novel Curahan Cinta Niagara ke atas pengiktirafan itu.

Saya kurang pasti di mana silapnya, tetapi artikel itu telah membuat saya sedih.  Saya harap pihak PTS akan lebih telus dan adil dalam layanan terhadap penulis-penulisnya.  Jangan sampai penulis terasa PTS mengamalkan sikap pilih kasih dan kemudiannya membawa diri ke penerbit yang lain.

Akhir sekali, saya memohon maaf jika surat saya ini melukakan hati sesiapa di dalam PTS. Wassalam.

Yang benar,
Mariah Abdul Rahim (Maya Iris)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku-Buku PTS Sudah Mula Dijual di 27 Cawangan TESCO Previous entry: DAWAMA Tumbang, Pencetak Ketawa

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: