Penulis Yakjuj & Makjuj Diterbangkan dari Jakarta
Berikut adalah maklumat berkaitan program :-
1. SABTU 30 Mei 2009 - 3.00 petang hingga 4.00 pertang - Diskusi Buku di MPH Mid Valley.
2. AHAD 31 Mei 2009 - 11.00 hingga 1.00 petang - Forum Diskusi di Pentas Utama, Pesta Buku Read Malaysia, The Mines (Rakaman bersama IKIM.FM dalam rancangan Duniaku Buku)
Panel: Bapak Muhammad Alexander (Penulis Buku Yakjuj Makjuj)
: Dr Muhd Rumaizuddin Ghazali (Pensyarah USIM)
Moderator: Ustaz Zamri Zainal Abidin
3. AHAD 31 Mei 2009 - 3.00 petang hingga 4.00 petang - Diskusi Buku di MPH Alamanda, Putrajaya.
4. AHAD 31 Mei 2009 - 7.30 Malam - Kuliah Maghrib di Masjid Putra Nilai, Nilai.
5. ISNIN 1 Jun 2009 - 7.30 Malam - Kuliah Maghrib di Surau An-Naim, Seksyen 4, Wangsa Maju.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih Puan kerana memasukkan maklumat promosi ini. Semoga program ini mendapat sambutan, amin.
Assalamualaikum.
Kalau singgah di Nilai, jemputlah singgah di kedai kami. Dekat sahaja dengan Masjid Putra Nilai. Kedai Shabab Variety Services, bersebelahan dengan restoran cina Kam Loi.
penemuan terbaru oleh NASA, mole people yang tinggal 20 batu di dalam kerak bumi. dikatakan tinggi 8-10 kaki, benarkah mereka ini wujud dan jika benar, benarkah ini yang dikatakan sebagai yakjuj dan makjuj? wallahu’alam
Alhamdulillah…
Kuliah yang best! Walaupun petir sabung-menyabung, sistem audio putus terhubung, kubah bocor air bertakung, layar kecil terpaksa meneropong, & Tuan Alexander yang letih bersambung-sambung, namun isi kuliahnya sangat menarik.
Di kanan saya Tuan Faris, kebetulan beliau telah mendengar 3 kali, baharulah saya agak jelas isi kuliah. Sempat juga bersembang-sembang di dalam masjid semasa pengkuliah mengajar! (Isy…Tak baik sungguh)
Tiba-tiba, pelajar UIA dari Kyrgistan di sebelah kiri saya menyampuk apabila mendengar nama Lembah Firgana,
“Eh, itu negara saya!“kata beliau yang sedari mula tidak faham satu apapun tentang tajuk kuliah. Dia belajar bahasa Melayu. Tapi tentu tidak faham lagi bahasa Indonesia. Selepas kuliah, segera dia bertemu Tuan Alexander. Saya tidak menyertainya, tetapi, yang saya tahu, pelajar bernama Mika itu bertemu ilmu baru!
Post a comment