Thursday, March 08, 2007

Penyair dan Pengurusan Bakat

Kita melihat bagaimana dalam kelompok manusia-manusia yang diberikan bakat menulis, kelompok penyair merupakan mereka yang paling corot jumlah pendapatan daripada karya yang mereka hasilkan. Penyair juga adalah golongan penulis yang paling banyak terpaksa menerbitkan sendiri karya mereka.

Bakat menulis puisi adalah bakat yang istimewa dan jarang dimiliki orang. Bakat adalah modal hidup yang dibekalkan Tuhan kepada hambanya yang amat terpilih.

Salah satu isu yang perlu diberi perhatian adalah pengurusan bakat. Inilah aspek yang tidak diberikan perhatian oleh para penyair, yakni bagaimana mereka mempergunakan dan menguruskan bakat yang Tuhan beri bagi memperoleh sumber pendapatan yang selesa.

Suatu perkataan yang patut dipelajari oleh penyair adalah 'eksploitasi' bakat. Mungkin istilah lain yang lebih lembut adalah 'pemanfaatan' bakat. Suatu perkataan lain yang patut dimengerti oleh penyair adalah 'pasaran'.

Banyak orang sebenarnya timid hendak berurusan dengan penyair sebab rata-rata mereka adalah personaliti yang sukar dibawa berunding dalam hal-hal yang melibatkan karya mereka.

Apabila bercakap tentang karya mereka, penyair mudah emosional, tidak rasional, dan mereka juga tidak mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi.

Dalam mempertahankan karya mereka, rata-rata penyair mempunyai sikap zero-sum-game. Kalau mahu, ya ambil semua, terima saja seadanya. Kalau tidak mahu ambil semua seadanya, ya sudah!

Gimana sih mau bisnis...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hari Ini! Hari Ini! Previous entry: Mengapa... Mengapa...
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/09  at  05:51 PM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Berkongsi pandangan,ada ketikanya kita tidak upaya membuat pilihan bukan kerana tiada kemampuan atau keinginan akan tetapi mungkin memikirkan tentang adanya kemaslahatan untuk berbuat demikian atau pun sebenarnya lantaran tiada faham perlu dibuat pilihan… kerana tiada sebarang soalan perlunya berandai-andaian.

Setiap urusan tidak semua perlukan penjelasan (ini yang menjadi kegemaran) namun apabila di akhir huraian, tersahih pula satu pembuktian hingga kita sering perlu mengukuh menjitukan pendirian dari pegangan keyakinan.

Kepercayan itu berbilang rasa, persepsinya menjarakkan minda namun dengan sekusut-kusut dilemma pasti akan terlerai sudahnya.

Mencubalah mencari frekuensi di sini…
——-

KSI  on  03/11  at  12:48 AM

Puan Sifu: Saya yakin PTS mampu berbuat sesuatu untuk puisi dan penyair.

Saya juga yakin Puan Sifu mampu berbuat sesuatu untuk merubah “ketidaktahuan” penyair dan mendidiknya agar terus mengahalakan panahnya ke hadapan dan bukan ke belakang.

Hidup penyair dan puisi Melayu di bawah PTS dan bimbingan Puan Sifu!

KSI

Puan Ainon Mohd.  on  03/11  at  05:59 AM

Sdr KSI,

Saya akan usaha membantu penyair memperbaiki perolehan mereka daripada karya yang terbit bersama PTS. Ini dapat kita lakukan apabila penyair mahu belajar faham bagaimana orang bisnes berfikir dan bekerja.

Semalam dalam kursus pun saudara dapat dengar daripada peserta bahawa mereka tidak faham puisi yang mereka baca. Jika individu-individu yang berbakat sastera dan berkelulusan tinggi pun tidak faham puisi yang dibaca… penggemar puisi yang terdiri daripada orang biasa-biasa, apatah lagi.

Apabila bercakap tentang puisi tidak laku, penyair mudah menyalahkan faktor-faktor eksternal (external locus) yang dituduh menyebabkan karya mereka tidak laku dijual, dan tidak dapat dimengerti oleh orang ramai.

Penyair tidak menyalahkan faktor-faktor dalaman, yakni diri mereka sendiri (internal locus).

Bahasa al-Quran itu memiliki ciri-ciri puitis yang lebih tinggi daripada puisi-puisi Melayu, tetapi bahasa al-Quran dapat dibaca, difahami dan dinikmati oleh sesiapa sahaja, penyair dan bukan penyair.

Cubalah penyair kita berpatah balik, dan kembali kepada al-Quran dan menjadikan kitab itu panduan teknik berpuisi. Tiru bagaimana al-Quran disampaikan dengan bahasa yang amat puitis.

Mengikut Guiness Book of Records, Quran adalah buku yang paling banyak dibaca manusia di planet yang bernama Bumi.

Jangan lagi disalahkan sesiapa apabila puisi Melayu tidak laku dijual….

KSI  on  03/11  at  09:21 AM

Puan Sifu: Itulah yang sedang saya pelajari dari Paun Sifu. Sudah agak banyak tip atau petua yang saya dapat dan pelajari. Apa pun, harap tidak mudah jemu meladeni karenah penyair yang kadang-kadang kelihatan seperti sedang linglung tatkala sedang dirawani oleh kata. Kalau bukan Puan Sifu yang mengajarnya agar terus menghalakan panahnya ke depan, siapa lagi?

KSI  on  03/11  at  09:22 AM

Puan Sifu: Maaf. Kesilapan taip. “Paun” sepatutnya dibaca sebagai “Puan”. Mohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan.

KSI

Mohd Fadzil Yusof  on  04/08  at  06:52 PM

Daripada apa yang diajukan Puan Ainon memang betul bahawa penyair memang mengahadapi masalah untuk mengjual karya mereka. Apa yang saya ketahui, apabila sebauh karya itu dihasilkan sebenarnya ia terlalu banyak pula bentuk dan jenisnya. Misalnya karya puisi seperti Sasterawan Negara, walaupun memang sudah ada penerbitnya(kata DBP) tetapi masalah yang terjadi selepas itu adalah karya itu dibeli siapa dan adakah ia laris seperti buku novel contohnya?.

Saya pernah juga dengar buku-buku Sasterawan Negara sendiri tidak banyak memberi keuntungan. Mungkin pembaca dan pembeli karya semacam itu hanyalah sekelompok penulis tertentu.
Saya percaya bahawa berapa orang yang mengenali buku-buku puisi yang pernah dihasilkan oleh A. Samad Said, Muhammad Hj Salleh dan lain-lain.

Hanya barangkali orang seperti saya yang minat membeli dan mendapatkan buku seperti ini.

Maka terus-terusan karya puisi Melayu berlegar dalam kelompoknya tersendiri. Jika ini berlaku, untuk 5 tahun lagi barangkali kita boleh bersifat pesimistik pada karya puisi Melayu jauh sekali untuk pergi jauh merentasi benua Asia.

Untuk mengusahakan karya puisi Melayu saya kira memang payah. Rata-rata buku puisi yang temui adalah hasil usaha penulisnya bukan usaha daripada pihak lain. Begitu beratnya penerimaan dan sokongan ‘orang berkenaan’ terhadap sastera Melayu.

Ditambah pula usaha DBP untuk melahirkan penyair-penyair muda untuk menggantikan tempat penyair-penyair lama. Tapi usaha ini usaha yang belum mengcukupi dan menyeluruh.

Entah sampai bila puisi Melayu dalam takuknya yang lama. Justeru yang penting bukan hanya mengajar menulis puisi tetapi memberikan ruang untuk mengembangkan bakat dan diberikan keseriusan.

Memang apa yang kita jumpa, penyair-penyair adalah golongan yang menggunakan gaya bahasa sendiri, idea, dan subjek tertentu yang ingin disampaikan tetapi dalam soal puisi, yang lebih penting ialah pengucapannya.

Mungkin PTS mempunyai penawar atau ubat yang mujarab menangani masalah-masalah yang disebut tadi.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: