Sunday, May 20, 2007

Perangkap 80 – 20

Dalam bidang pengurusan kerja, salah satu punca seseorang itu gagal menyiapkan bukunya adalah apa yang disebut “Perangkap 80 – 20”. Bagaimanakah saudara boleh terjebak dalam perangkap kegagalan ini?

Begini: Saudara menulis banyak buku serentak. Itu strategi yang betul. Tulis sekurang-kurangnya 5 buku serentak.

Dari waktu ke waktu, semak kemajuan tiap-tiap buku yang sedang ditulis. Semuanya separuh jalan. Saudara banyak buat kerja, tetapi satu pun tidak ada yang siap.

Cara keluar daripada perangkap ini adalah begini: Pilih buku yang sudah 80% siap dan SIAPKAN yang 20% peratus lagi. Jangan tunggu ada mood, baru hendak disiapkan. Paksa diri menyiapkan buku itu, dan segera hantar kepada editor saudara supaya dapat diberi feedback.

Jangan tergoda hendak menyiapkan buku yang baru 20% dimulakan.

Prinsip No. 1 mengurus kerja yang banyak: Buat banyak kerja, tetapi siapkan satu-demi-satu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siapa Setuju dengan Rayuan Ini? Previous entry: Untungnya Menyusun dan Menerbitkan Kamus
Fable Fox  on  05/20  at  01:10 PM

Hmmm…
30 skrip serentak…
4 jibunsyi…
4 buku IT…
sempat buat Dune 2 save game editor lagi grin http://www.fablefox.com
——-

Emio  on  05/21  at  10:39 AM

Salam sejahtera,

Wah! Tabik ‘spring’ saya kepada Encik FF kerana 30+4+4+2..

Err.. Encik FF bekerja pejabat 9 - 5?

Wasalam

Fable Fox  on  05/21  at  01:36 PM

Kenapa campur 2? ‘Dune 2’ adalah nama permainan yg saya buat perisian untuk edit save game grin

sebab saya ada 30 skrip adalah kerana saya ada jln cerita untuk permainan komputer sejak umur 12 lagi. bila masuk tingkatan 4, ada idea untuk jalan cerita animasi pula. tetapi peluang jadi game programmer tak ada, 3d animator pun tak ada. selepas baca blog UPTS tentang puan sujiah salleh, maka saya pun bercadang untuk menurunkan kesemua jalan cerita ini kepada skrip. saya tulis mengikut idea datang. kadang kala idea untuk skrip yang ini, kadang kala skrip yang itu. dapat idea, buka fail dan tulis. empat dari skrip itu adalah berdasarkan jibunsyi saya, jadi senang sikit dapat idea.

tentang buku komputer, untuk dua syarikat berlainan. yg DBP, saya tengah tunggu surat jawapan sebelum teruskan.

buat masa sekarang menganggur. lepas raya naik KL cari kerja balik. sudah 2 kali raya berterusan di perantauan.

Amaran Sifu: Sdr Fox! Gunakan huruf besar apabila memulakan ayat baru, dan eja semua perkataan dengan ejaan sempurna!!!

Fable Fox  on  05/21  at  01:41 PM

Lagi satu, saya ada min-ten-rule. setiap hari mesti siapkan 10 mukasurat, minimum. tak kisahlah mana-mana skrip, jibunsyi atau buku. tulis mengikut idea datang. kalau ada banyak masa lagi, buat yang mana berkenaan. tetapi sehari mesti minimum 10 mukasurat.

Fable Fox  on  05/21  at  01:48 PM

Gunakan Excel untuk keep track of everything. So you know the big picture and detail. create a date list and see how many pages you wrote per day, etc,etc. you get my point grin

which book has the most pages, blah,blah,blah.

Gunakan Bahasa Melayu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: