Sunday, April 02, 2006

Perbualan dengan En. Norden Mohamed

En. Norden Mohamed adalah pengurus besar Alaf21. Beliaulah pengurus besar syarikat penerbitan yang paling banyak berjalan-jalan sekitar dewan pameran dan melawat gerai-gerai orang lain. Pengurus besar lain pun berjalan-jalan juga tetapi tidak sebanyak beliau.


Buat kali ketiga semalam beliau datang menjenguk booth PTS dan dalam keadaan sesak-sesak itu kami sempat berbual-bual dengan suara tinggi kerana keadaan yang hingar-bingar.


“Banyak sangat manuskrip novel cinta,” kata beliau.


“Ya. Ya.”


“9 dari 10 yang dihantar kepada Alaf, kita tolak.” Begitulah kata En. Norden.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tindakan KDN Merampas Quran Terbitan Mesir dan Saudi Arab Memalukan Previous entry: Sejarah Kehadiran Pesta Buku
Zaid Akhtar  on  04/02  at  01:29 PM

Puan, saya lihat karangkraf produk novel baru. Mgkin ada anak sykt baru - Buku Prima. Apa bentuk novel2nya tu?
——-

Hamdi Hanapi  on  04/02  at  09:58 PM

Puan,
Sebagai anak muda, saya melihat ada satu konflik yang begitu rumit untuk ditentukan siapa benar atau salah di antara pertembungan tiga kumpulan ini.

1)  Kumpulan sentimentalis ilmu, yang begitu ingin melihat masyarakat didedahkan dengan budaya ilmu.

2) Pada masa yang sama, syarikat penerbitan mengalami masalah ‘survival’ syarikat untuk menerbitkan bahan tuntutan kumpulan sentimentalis tadi. Maka, yang dipilih ialah penerbitan yang laris, mengikut permintaan.

3) Kumpulan pembeli. Difahamkan, dan melihat pada ‘9 daripada 10 ditolak’ tadi, jelas menunjukkan budaya ilmu tuntutan sentimentalis tadi terlalu sukar untuk diserap. Maksudnya, masyarakat kita terlalu gemarkan bahan penerbitan yang ringan.

Pertembungan nilai antara pejuang masyarakat, perniagaan dan budaya masyarakat inilah sesuatu yang sangat melecehkan.

Apa pandangan Puan selaku ‘master’ dunia penerbitan?

The Interviewer  on  04/03  at  12:53 AM

setiap jenis novel harus dibenarkan wujud tetapi apa yang menjadi masalah ialah tidak adanya keseimbangan antara novel ringan dengan novel berat, novel cinta pop dengan novel serius.

terbitlah novel cinta pop sampai 1,000 judul sekali pun tetapi terbitkanlah juga novel yang serius.

bantulah pembangunan dunia sastera. bukan saja membantu, tetapi mencari, memupuk dan membimbing bakat-bakat baru.

so, how now?

The Interviewer  on  04/03  at  12:57 AM

saya juga ingat alaf21 ada masalah dari segi branding. penulis mungkin tidak nampak dia mahu terbit novel-novel selain cerita cinta.

itulah dia…. (di sini sebenarnya saya hendak masukkan peribahasa. saya nak beli kamus peribahasa di gerai pts tadi, puan ainon, tadi tapi tak ada cash.)

Puan Ainon Mohd.  on  04/03  at  08:04 AM

Sdr Zaid,
Ya, kita tahu Buku Prima. Ia adalah salah satu syarikat dalam Kumpulan Karangkraf. Sebagai pemerhati dan penganalisis dunia buku Melayu, kita tidak dapat membaca permainan KK menubuhkan 2 buah penerbit novel cinta di bawah satu bumbung. Barangkali para pemegang sahamnya mahu KK menerbitkan lebih daripada 2 novel sebulan sebab Alaf21 mensasarkan 2 novel sahaja sebulan. Barangkali….

Puan Ainon Mohd.  on  04/03  at  08:23 AM

Sdr Hamdi,

Kita berpegang pada pendapat “yang ringan tidak semestinya sampah”. Memang banyak sekali sampah dijual dalam pakej produk ringan-ringan yang menggunakan bahasa Melayu. Jika ada peniaga pandai menjual sampah dalam bahasa Melayu, itu adalah game bisnes si penjual sampah-sampah itu.

Al-Ghazali dalam bab “Dosa-dosa Lisan” dalam kitab Ihya, mengatakan adalah suatu perbuatan berdosa apabila kita bercakap dan menulis menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh si pendengar ataupun si pembaca. (Gaya bahasa buku-buku agama kita banyak yang termasuk dalam kategori susah difahami.)

DBP ditugaskan menerbitkan sastera tinggi. Jadi DBP mesti melaksanakan tugasnya itu. Jangan berdolak-dalik dengan menggunakan alasan penswastaan DAWAMA. Dawama itu hanya mencetak dan mengedar, si penerbit masih tetap DBP.

Penerbit-penerbit swasta bolehlah menerbitkan sastera popular dan sastera ringan yang tiada mengandungi sampah sarap di dalamnya. (Sastera yang dilabelkan ‘tinggi’ itu jangan disangka tiada sampah sarap di dalamnya, ya!)

PTS akan mula masuk pasaran fiksyen yang mudah difahami, dengan jalan ceritanya bermutu tinggi, dan bersih daripada sampah-sarap, dengan izin Tuhan. Tunggu, ya! Kita akan melancarkan angkatan sasterawan Islami aliran surah Yusuf.

Tidakkah saudara berminat masuk angkatan PTS in?

Puan Ainon Mohd.  on  04/03  at  08:26 AM

Sdr the interviewer,

Kita setuju sangat dengan pandangan saudara itu. Sangat setuju!

Panaharjuna  on  04/03  at  02:59 PM

Saya sempat berbicara dengan Pak Samad lewat hari ahad terakhir.Promosi buku puisi Pak Samad dan beberapa buah bukunya lagi di boot PTS.
“Ya, kalau saudara menulis untuk berjuang dan bukan menulis untuk wang, saudara harus bersedia untuk merasa susah. Itu lumrah”
Fuh!, mujur saya tulis buku perjuangan kanak-kanak!.

Puan Ainon Mohd.  on  04/03  at  03:35 PM

Sdr Panah!

Kah! Kah! Kah!

Blog Rasmi Motivasi Minda  on  04/03  at  07:57 PM

kemudian abg panah meninggalkan saya terkulat-kulat di sebelah Pak Samad.. menghilang selama hampir sejam setengah….tapi bagus, saya belajar bercakap dengan orang besar….dapat ilmu yang yang besar nilainya….

Blog Rasmi Motivasi Minda  on  04/03  at  07:59 PM

Oh ada satu lagi pak samad, kata “Hati-hati. Dia penulis yang membahayakan masa hadapan orang lelaki….habis dibocorkan semua rahsia…(sambil ketawa)...”

Puan Ainon Mohd.  on  04/04  at  07:08 AM

Sdr Zamri,

Pak Samad silap orang. En. Panah bukan lelaki berbahaya. Lelaki berbahaya adalah yang bernama Zamri disebabkan oleh bukunya “77 Tip Melembutkan Hati Lelaki”. Habislah…. saudara semua akan berhati lembut di tangan perempuan-perempuan yang membaca buku itu. Lelakilembut….

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: