Sunday, October 14, 2007

Buku Agama: Perbualan dengan Mualaf Pandai

Baru-baru ini Sifu berbuka puasa dan duduk semeja dengan seorang mualaf yang berpelajaran tinggi. Beliau dulu Katolik, kemudian ateis, kemudian masuk Islam kerana yakin Islam adalah agama yang betul, dan kemudian berkahwin dengan pasangan Islam yang tidak sembahyang.

Dalam perbualan itu beliau bertanya apakah saya yakin Nabi Muhammad itu seorang buta huruf.

Si mualaf ini tidak yakin Nabi Muhammad buta huruf atas alasan orang yang buta huruf tidak mungkin pandai berniaga.

Saya katakan kepadanya, "Karen Amstrong pun mengakui Nabi Muhammad buta huruf." Tetapi mualaf ini belum membaca buku Karen "History of God" itu. 

Dia berkeras mengatakan tidak mungkin Nabi Muhammad itu buta huruf. "Kalau dia buta huruf, bagaimana dia mengira perniagaannya."

Saya berkata dalam bahasa Inggeris, "Madam... Kita boleh cari Orang Asli (saat itu saya teringat kepada Tok Batin Yat, Janda Baik) yang buta huruf, dan kalau kita tanyakan kepadanya, dia ada berapa batang pokok durian, nanti dia akan jawab 12 batang, sebab Orang Asli yang tidak kenal huruf masih dapat mengira!" 

Si mualaf itu terkebil-kebil, dia tidak faham apa yang cuba saya terangkan, yakni otak manusia dapat mengira tanpa kenal huruf. Barangkali contoh Orang Asli yang saya gunakan itu tidak dapat dia connect sebab dia tidak kenal Orang Asli.

Maka saya terkenang perlunya kita menulis buku-buku yang memperkenalkan Islam dan Nabi Muhammad dengan mengambil kira cara berfikir mereka yang kita jadikan target. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bakat Menterjemah Previous entry: Buku Agama untuk Pembaca Moden
elmaaniq  on  10/16  at  02:04 PM

Salam,
Arwah datuk saya juga buta huruf tapi ada sebuah kilang membuat roti dan sebuah kedai runcit!

Memang buta huruf tapi celik angka. Memang tak kenal ABC tapi kenal 123. Memang tak tau membaca tapi tau mengira.

Kalau benar Nabi Muhammad itu buta huruf, apakah benar juga beliau seorang hakim yang menyelesaikan banyak masalah antara kabilah?

Mohd Nadzrin Wahab  on  10/18  at  10:14 AM

Salam UNIKA,

Perkara ini sudah lama dibincangkan di kalangan ulama muktabar yang dikasihi. Kita perlu mencari titik pertemuan antara makna ‘ummiyyi’ dalam Al Qur’an dan ‘buta huruf’ dalam bahasa Melayu.

Lazimnya ‘buta huruf’ bermaksud tidak boleh membaca, membawa implikasi orang itu tidak cerdik. Namun, kecerdikan itu merujuk kepada kebolehannya menuntut dan mempelajari ilmu yang dikomunikasi menerusi catitan. Maksudnya, pelajaran daripada manusia kepada manusia.

Seringkali, kita lupa bahawa Rasulullah tidak diajar ilmu oleh mana-mana manusia tetapi Allahlah yang mendidik baginda sehingga menjadi Rasul yang besar.

Ini tidak menafikan kecerdikan genius Rasulullah yang dikurniakan, yang mampu mempelajari menerusi pencerapan dan pengalaman. Tetapi, status ‘buta huruf’ itu sendiri menjadi hujjah bahawa Rasulullah tidak mencedok Islam daripada kitab-kitab terdahulu agama-agama Yahudi dan Nasrani.

Jika Puan mengambil kisah Tok Batin sebagai contoh, saya pula ingin mengambil kisah Lim Goh Tong, Eric Chia dan Jackie Chan, tiga orang seasal yang berjaya walaupun mereka buta huruf (maknanya tidak boleh membaca).

Lim Goh Tong membina empayar perjudian yang besar hasil kebuta hurufannya. Apabila beliau berkata, “Aku akan bina kota di atas awan”, ramai yang mengetawakannya, tetapi kini?

Eric Chia dulunya kanak-kanak pencuri telur ayam kerana terlalu miskin mendapat makanan berkhasiat, akhirnya menjadi pemandu lori. Hasil simpanan RM80, beliau menyewa kereta Mercedes untuk 3 jam dan isi minyak RM10 semata-mata mendapat kontrak pembuatan. Menggunakan LO itulah beliau mendapat pinjaman bank.

Jackie Chan hanyalah budak belasahan Bruce Lee, tetapi menyimpan cita-cita tinggi untuk menerbitkan filemnya sendiri. Kesukaran mendapat watak kerana tidak boleh membaca skrip tidak menghalangnya. Beliau menghafal sahaja daripada bacaan rakan-rakannya. Kini, nama Jackie Chan antara warga Asia yang paling terkenal di dunia.

Apakah kejayaan tidak dapat dikecapi jika huruf itu tidak dikenali? Bahkan, orang-orang celik huruf yang sentiasa dimatikan semangat oleh had-had yang disampaikan orang lain melalui penulisan mereka.

Dikatakan kecerdikan Einstein terletak bukan pada pelajarannya (yang tidak diusahakannya dengan bersungguh-sungguh pun), tetapi kerana imaginasinya tidak dibendung kesempitan pemikiran ulama-ulama sains yang terdahulu.

Jika semua ini diambil kira, apakah besar sangat celik huruf kita berbanding dengan buta huruf Rasulullah? Bahkan, kecelikan kita takkan dapat menyampaikan kita kepada setitis lautan ilmu yang dipelajari baginda.

Jika benar, maka saya insafi kebenaran Allah.
Jika silap, harap betulkan.
Jika salah, harap padamkan.
Jika penting, harap sampaikan.
Jika hampa, harap abaikan.

Salam Syawal daripada saya.

naimadnin  on  10/19  at  06:50 PM

Salam Puan Sifu, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam eid al fitr.

Seperti saudara elmaaniq,Nenek saya juga buta huruf, tidak kenal ABC, malah angka pula, hanya kenal sehingga nombor 12 ( angka-angka pada muka jam ).

Bukan sesuatu yang mustahil, boleh membilang walaupun buta huruf. Asasnya hanyalah menggunakan jari sepuluh. Saya mengkaji bagaimana cara nenek saya ini membilang. Sebagai contoh, katakan untuk mengira

125 X 5

Nenek saya dalam kepala otaknya, ( sambil mulutnya berbunyi sekali, jadi saya boleh mengikuti pengiraannya ) mengambil 100 dan dikali lima, jadi 500. kemudian lebih 25 empat kali cukup 100, ada baki sekali lagi 25

kumpulkan semua, 500 + 100 + 25 = 625

Kalau kita yang celik huruf, sebelum otak kita bergerak, kita cenderung menggunakan kalkulator atau pensil dan kertas dahulu untuk mengira. Hasilnya orang yang buta huruf seperti nenek saya ini lebih cepat mengira dari orang yang celik huruf!

Siti Hajar  on  10/19  at  08:12 PM

Salam,

Selamat Hari Raya.

Saudari Naimadnin,
Saya tertarik dengan kaedah mengira yang saudari ceritakan. Begitulah antara kaedah mengira yang diajar oleh ayah saya, seorang guru, yang boleh mengira di luar kepala.

Kaedah mengira yang saudari ceritakan itu jugalah antara kaedah mengira yang diajar oleh guru-guru matematik sewaktu saya bersekolah rendah di sebuah sekolah cina.

Abdul  on  12/10  at  04:17 AM

Thanks that was good.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: