Monday, June 30, 2008

Perbualan dengan Tuan Zamri Mohamed: Bisnes dan Perjuangan

Pada hari Sabtu lalu, selepas tamat bengkel hakcipta dan penulisan buku bisnes, Sifu sempat minum teh dengan Tuan Zamri Mohamed, penulis bersama buku Rahsia Bisnes Mamak. Bersama minum adalah En. Aizat, editor perolehan projek buku bisnes di PTS PROFESSIONAL.

Kehadiran kedua-dua bengkel itu amat baik. Semua kerusi penuh!

Tuan Zamri adalah antara beberapa orang mentee saya yang paling komited mahu hidup sebagai penulis sepenuh masa. Justeru saya sangat mengambil berat kemajuan beliau ke arah itu.

Banyaklah topik perbualan kami. Antaranya, Tuan Zamri bercerita bagaimana apabila dalam ceramah yang pernah beliau sampaikan, beliau menyebut bahawa PTS adalah sebuah syarikat yang mempunyai perjuangan, hadirin menunjukkan sikap skeptis, tidak percaya. Bagi mereka, bisnes adalah membuat keuntungan maksimum, justeru tidak selari dengan perjuangan.

Lalu beliau bertanya kepada saya bagaimana PTS dapat berjuang sambil sekaligus menjalankan bisnesnya.

Saya katakan kepada beliau bahawa, dalam kes PTS, saya pun pada awalnya tidak tahu apa manfaatnya dari sudut kewangan menjadikan perjuangan "memandaikan bangsa" menjadi cogan kata bisnes PTS. Hanya selepas beberapa lama barulah saya mendapati ada 2 manfaat besar menjalankan bisnes dengan mempunyai agenda perjuangan yang jelas.

Manfaat pertama, apabila PTS komited kepada perjuangan menerbitkan buku-buku berbahasa Melayu bagi tujuan memandaikan bangsa, automatis golongan penulis yang mendukung nilai yang serupa memberikan sokongan mereka kepada usaha-usaha PTS itu. Barangkali inilah faktor yang mendorong banyak penulis datang mengikuti bengkel-bengkel PTS, sekaligus komited mahu menghasilkan buku-buku bermutu untuk PTS.

Manfaat kedua, disebabkan penulis-penulis PTS faham akan perjuangan PTS, mereka mempunyai sangka baik terhadap prosedur-prosedur dan tataniaga yang diamalkan oleh PTS, sehingga berurusan dengan mereka menjadi amat mudah. 

Di samping itu, secara automatik penulis buku-buku yang isi kandungannya tidak memandaikan bangsa tahu sendiri bahawa buku mereka tidak selaras dengan PTS, oleh itu mereka tidak menghantar manuskrip mereka kepada PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Boutique Previous entry: Kedai Buku Berkawan dengan Bank

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: