Perceraian Korporat DBP-Karangkraf: Bagaimana DBP Mencipta Pesaingnya Sendiri (3)
Apabila DBP menarik balik 7 majalah yang diswastakannya kepada Karangkraf lalu diserahkan kepada DAWAMA, DBP tidak mengambil lebih 20 orang staf Karangkraf yang selama ini menguruskan penerbitan 7 majalah itu.
Mereka ditinggalkan pada Karangkraf, sebaliknya DBP mengambil staf baru bagi menguruskan penerbitan majalah-majalah itu.
Apakah yang hendak dilakukan oleh pengurusan Karangkraf dengan 20 orang itu? Sedangkan gaji, Socso, EPF dan insurans kesihatan mereka wajib dibayar setiap bulan.
Staf itu mempunyai pengalaman menguruskan penerbitan majalah-majalah ilmu pengetahuan untuk pasaran pelajar. Karangkraf adalah penerbit majalah terbesar di negara ini, dengan rangkaian pengedaran yang paling kuat dan paling luas.
Logik bisnesman singkek pun tahu apa jawapannya: Arahkan staf itu supaya menerbitkan majalah yang serupa! Tapi lebih cantik dan lebih murah!
Maka, dalam tempoh sehari dua ini pasaran akan mendapat majalah baru terbitan Karangkraf, dengan nama, apa lagi... @SISWA!
@SISWA dijual RM2.50 sen. Dewan Siswa dijual RM5.50 sen.
@SISWA dicetak menggunakan proses pemisahan warna dan mesin cetak berteknologi canggih. Dewan Siswa dicetak menggunakan mesin yang diwarisi daripada kilang cetak DBP.
@SISWA diedarkan oleh rangkaian pengedaran majalah terbesar negara ini. Dewan Siswa diedarkan melalui kedai-kedai DAWAMA.
@SISWA akan sampai ke kedai-kedai seluruh negara pada 22 haribulan tiap-tiap bulan. Dewan Siswa sampai 15 hari lebih lewat.
Manakala @SISWA dikendalikan oleh oleh tim editorial yang bermotivasi tinggi mahu mengalahkan Dewan Siswa, sebaliknya Dewan Siswa dikendalikan oleh tim cari makan!
Puaslah hati DBP.
Moral kes ini: Jangan mainkan orang, nanti orang mainkan kita...
.
.
Mereka ditinggalkan pada Karangkraf, sebaliknya DBP mengambil staf baru bagi menguruskan penerbitan majalah-majalah itu.
Apakah yang hendak dilakukan oleh pengurusan Karangkraf dengan 20 orang itu? Sedangkan gaji, Socso, EPF dan insurans kesihatan mereka wajib dibayar setiap bulan.
Staf itu mempunyai pengalaman menguruskan penerbitan majalah-majalah ilmu pengetahuan untuk pasaran pelajar. Karangkraf adalah penerbit majalah terbesar di negara ini, dengan rangkaian pengedaran yang paling kuat dan paling luas.
Logik bisnesman singkek pun tahu apa jawapannya: Arahkan staf itu supaya menerbitkan majalah yang serupa! Tapi lebih cantik dan lebih murah!
Maka, dalam tempoh sehari dua ini pasaran akan mendapat majalah baru terbitan Karangkraf, dengan nama, apa lagi... @SISWA!
@SISWA dijual RM2.50 sen. Dewan Siswa dijual RM5.50 sen.
@SISWA dicetak menggunakan proses pemisahan warna dan mesin cetak berteknologi canggih. Dewan Siswa dicetak menggunakan mesin yang diwarisi daripada kilang cetak DBP.
@SISWA diedarkan oleh rangkaian pengedaran majalah terbesar negara ini. Dewan Siswa diedarkan melalui kedai-kedai DAWAMA.
@SISWA akan sampai ke kedai-kedai seluruh negara pada 22 haribulan tiap-tiap bulan. Dewan Siswa sampai 15 hari lebih lewat.
Manakala @SISWA dikendalikan oleh oleh tim editorial yang bermotivasi tinggi mahu mengalahkan Dewan Siswa, sebaliknya Dewan Siswa dikendalikan oleh tim cari makan!
Puaslah hati DBP.
Moral kes ini: Jangan mainkan orang, nanti orang mainkan kita...
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Entahlah puan. Walau bagaimanapun, Dewan Pelajar dan Dewan Siswa mengalami zaman kejatuhan semasa dipegang oleh Karangkraf. Dawama baharu dua bulan menerajui majalah2 ini. Kereta pun perlu dipanaskan enjin sebelum bergerak.
Sdr MKA,
Sebagai orang tua dan bekas pegawai DBP, saya kerap menjadi tempat orang mengadu, baik dari pihak sana, mahupun dari pihak sini. Orang sana mengadu, mereka hendak cantikkan majalah DBP, sebab majalah mesti cantik, jadi mereka buat perubahan sedikit-sedikit, bukan banyak pun. Akibatnya mereka “dipanggil menghadap” dan dimarahi macam mereka budak-budak!
Tiga (3) tahun sekali majalah mesti diberi mekap baru, kalau tidak, citarasa pembeli sudah berubah, manakala majalah itu masih rupa lama, rupa orang tua! Tetapi DBP mahu mengekalkan konsep lama yang sudah tidak sesuai lagi dengan peredaran masa.
Tak usahlah saya cerita banyak-banyak. Perkara sudah berlaku.
Saudara pandai-pandailah bawa diri di rantau orang…
Mendapatkan buku separa lucah adalah lebih mudah daripada mendapat Dewan Budaya ataupun lain-lain majalah terbitan DBP.
Saya di Putrajaya terpaksa ke Shah Alam untuk membelinya.
Tertanya-tanya kenapa MPH dan rangkaian buku lain tidak menjual majalah DBP?
Salam Puan.
Mungkin persaingan ini satu rahmat.
Puan,
Saya merindui zaman semangat perjuangan bahasa dan sastera DBP yang dahulu… Moga pihak-pihak tertentu tidak seperti pihak gereja semasa ‘dark ages’ Eropah. (maaf perumpamaan yang melampau. Haha)
Semangat perjuangan bahasa oleh DBP? Saya khuatir dan bingung apabila memikirkannya, ke mana arah DBP sekarang ini? Saya selalu katakan, DBP hanya pandai cetak buku tapi jual tidak pandai!
Bagi kes Karangkraf-DBP, elok sangat pihak Karangkraf terbitkan @siswa ataupun @kosmik ataupun @ apa-apa lagi kerana saya lihat majalah Dewan di jualan gudang Dawama 2 bulan lepas, cover dan design, hampeh! Tidak seperti semasa ia dikelolakan oleh pihak Karangkraf.
Sdr Helmy,
Ya, saya pun fikir begitu, ada hikmahnya DBP dan Karangkraf bercerai. Selagi Karangkraf masih menerbitkan 7 majalah francais DBP itu, selagi itulah potensi majalah2 itu tidak dapat dieksploitasi dengan optimum.
Kini, Karangkraf dapat menerbitkan majalah2 ilmu pengetahuan yang lebih baik dengan menggunakan acuannya sendiri.
Di bawah sistem francais DBP, editor Karangkraf tidak dibenarkan membuat perubahan ke atas majalah2 itu.
Ambil contoh, majalah adalah medium iklan yang sangat penting bagi menurunkan harga jualan majalah. “Dewan Siswa” dijual RM5.50 sen sebab tidak ada iklan komersil di dalamnya.
Jikalau ada iklan, harga jualan itu dapat diturunkan. Dan ini baik bagi pembeli, terutama ibu bapa dan budak2 sekolah yang poketnya kecil.
Banyak pengiklan mahu mengiklankan barangan mereka dalam majalah2 yang targetnya adalah budak2 sekolah. Kasut sekolah, beg sekolah, makanan dan minuman berkhasiat, peralatan sekolah, skim tabung simpanan dan insurans pendidikan, peralatan sukan, dan banyak lagi.
Tetapi klausa2 dalam perjanjian francais majalah DBP tidak membenarkan perubahan-perubahan dilakukan tanpa izin pegawai DBP. Dan ini dijadikan rotan oleh pegawai DBP bagi “memanggil editor2 Karangkraf datang menghadap” dan memarahi editor2 itu macam budak-budak semasa mereka cuba memulakan perubahan.
Kandungan perjanjian yang digubal berbelas-belas tahun dahulu itu sudah ketinggalan zaman, sudah absolet, sudah purba. Ia mesti disemak dari masa ke masa, demi menyambung nyawa majalah2 itu dalam pasaran.
Sebaliknya, dokumen perjanjian itu dijadikan oleh pegawai DBP sebagai semacam kitab suci!
Tanpa dibenarkan mengambil iklan, bagaimanakah harga jualan majalah2 itu dapat diturunkan? Gaji staf naik setiap tahun. Apabila gaji naik, caruman EPF dan SOCSO oleh majikan naik.
Harga kertas dan dakwat cetak naik setiap tahun. Bil elektrik makin naik.
Tanpa iklan, promosi tidak mungkin dapat dilakukan, sebab kos promosi akan menaikkan lagi harga jualan. Penerbit majalah mesti bersungguh-sungguh mempromosi majalah, sebab hanya apabila jumlah edaran majalah naik, baru pengiklan berminat mengambil ruang iklan dalam majalah itu.
(Pengiklan mana pula yang membeli ruang iklan dalam majalah yang edarannya kecil?) Ojektif promosi majalah adalah bagi mendapatkan pengiklan.
Untuk makluman, bagi mencetak 1 muka surat 4 warna, majalah itu mesti mendapatkan 1 muka surat iklan 4 warna. Ini formula komersil paling basik. Nisbah 1:1 ini adalah nyawa sesebuah majalah, kalau ia mahu bertahan dalam pasaran.
Begitulah susahnya berniaga dengan pegawai2 kerajaan yang belum dihantar belajar bisnes….
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
“...Begitulah susahnya berniaga dengan pegawai2 kerajaan yang belum dihantar belajar bisnes…....”
Apabila sudah dihantar belajar bisnes atau kursus pun belum tentu mereka dapat menggunakan apa yang mereka belajar kepada tindakan… itu pun masih ada semacam satu halangan…
Tentang pengambilan 7 buah majalah terbitan karangkraf itu, asasnya saya setuju, pertama kerana izinkan jika rezeki itu diagih2kan tidaklah hanya Karangkraf sahaja hendak makan seorang, ini duit rakyat, berikanlah pula pada orang lain, takkan Karangkraf saja hendak sebat, kantung DBP itu duit rakyat.
Di DAWAMA pun ada orang kerja hendak makan gaji, berilah hidup, mengapa sesama Melayu kita berdengki-dengki, berilah DAWAMA peluang. Menghukum kerana kasihankan 20 orang editor Karangkraf itu semata-mata adalah tidak adil.
9 tahun Karangkraf sudah buat untung dengan majalah DBP cukuplah. Mengapa kita iri hati sangat? Kalau DAWAMA tidak boleh buat, berikan balik kepada mana-mana penerbit yang mahu… tapi berilah tempoh 3-5 tahun.
Alaikumusalam Sheikh!
Memang betul, belajar bisnes belum tentu pandai bisnes. (Banyak orang masuk kelas menyanyi, tetapi sampai tamat, tak menjadi penyanyi yang ngetop.)
Dalam kes DBP, sebagai francaisor, pegawai-pegawai DBP yang berkaitan dengan pem-francais-an 7 majalah itu perlu belajar mendengar apa yang dikatakan oleh francaisi. Jangan sibuk dia sahaja hendak bercakap, paksa francaisi dengar. Dalam bisnes, komunikasi mesti 2 hala, baru bisnes menjadi.
Assalamulaikum,
Saya merupakan penggemar kepada Majalah Dewan Masyarakat. Apa yang saya perasan, terdapat perbezaan antara sebelum, semasa dan selepas Karangkraf diberi kepercayaan menerbitkan majalah tersebut.
Dari segi muka depannya memang ada peningkatan dalam penampilannya. Jika dilihat isi kandungannya pula, ianya menjadi lebih santai berbanding dengan apa yang dilakukan oleh DBP.
Saya sebenarnya lebih mengutamakan bahan bacaan yang lebih berat yang mana sedikit sebanyak ianya mampu untuk membantu kita mempertajamkan pemikiran.
Saya juga agak runsing jika 7 majalah ini diringankan isinya hanya untuk melariskan jualan sehingga membelakangkan konsep asal mengapa ianya diterbitkan. Pada saya, jika kita mahukan bacaan-bacaan yang santai, kita boleh mencari lain-lain majalah yang ada dalam pasaran.
Bagi kes tiada jualan 7 majalah DBP ini di MPH. Mungkin pengalaman saya mencari Majalah Dewan Masyarakat di sebuah kedai buku biasa di Kuala Selangor punyai persamaan.
Saya pernah bertanya kepada seorang taukey kedai berkenaan majalah ini. Ini disebabkan tempoh langganan Dewan masyarakat saya telah tamat.
Beliau katakan bahawa pengedar sudah tidak menghantar 7 majalah berkenaan sebab tiada permintaan di sini. Saya perhatikan di kedai itu terdapat begitu banyak majalah yang berbentuk hiburan dan santai serta novel-novel remaja. Mungkin itulah bentuk bahan bacaan yang menjadi pilihan kepada pembaca di kawasan itu.
Kesimpulan yang boleh saya katakan ialah pembaca-pembaca di Malaysia ini kurang berminat untuk membaca bahan bacaan ilmiah dan informasi yang berat-berat. Mereka mahukan maklumat yang “straight foward” tanpa perlu memaksa mereka memerah otak untuk turut sama dengan penulis membuat analisis dan mencari jawapan.
Majalah-majalah keluaran DBP inilah yang masih terus kekal menyediakan bahan bacaan yang agak berat. Ianya perlu kekal begitu dan perlu diteruskan.
Wassalam.
Saya simpati dengan DBP. Saya harap mereka ada perancangan untuk meningkatkan mutu majalah DBP.
Karangkraf pula memang sudah berjaya di bidang pemasaran majalah. Kita patut rasa bangga atas kejayaan anak Melayu dalam bidang ini. Tengok balik sejarah Karangkraf. Bermula kecil dari akhbar Bacaria dan Mingguan Kanak-Kanak. Kini sudah peneraju industri.
Masalahnya orang kita ini, belum ada budaya bersaing. Setiap pesaing dianggap musuh yang perlu dihapuskan. Pesaing dianggap dengki akan kejayaan orang lain, dan ingin menjatuhkan orang lain. Budaya feudal masih tebal. Status quo tidak boleh diubah. Pesaing dianggap penderhaka dan pengkhianat.
Sebutlah bidang apa pun. Politik, sukan, bisnes. Tengok bagaimana orang politik melayan pesaing mereka. Semua yang datang dari pesaing dianggap buruk dan busuk.
Macam tidak tahu konsep pasaran bebas. Persaingan akan melahirkan market efficiency, penurunan harga, peningkatan kualiti dan keuntungan kepada pelanggan.
Selagi fikiran ‘low class’ ini tidak berubah, selagi itulah kita tidak ke mana.
Tuan JiwaRasa,
Petik: “...Selagi fikiran ‘low class’ ini tidak berubah, selagi itulah kita tidak ke mana.”
Fikiran ‘low-class’ inilah yang banyak sedang menduduki kerusi-kerusi pemandu dalam bilik ketua-ketua jabatan, seksyen, dan unit.
Pemandu-pemandu low-class itu bukan hanya tidak tahu bersaing, malah, lebih buruk lagi, berkerjasama dengan rakan niaga sendiri pun mereka tidak pandai.
Salam.
Jumlah sekolah di Malaysia lebih kurang 10,000. Dawama “kuat” dalam gelanggang ini. DBP pula sememangnya di bawah Kementerian Pelajaran. Saya lihat sekurangnya jualan 30,000 naskhah di sini (3 naskhah setiap sekolah). Mengapa tidak dilakukan?
Ia umpama menyemai benih. Anak sekolah yang membacanya, kelak apabila dewasa (jika minat) akan menyumbang kepada jualan. Majalah sebegini harus “sampai” kepada pelajar.
Benar. Hinggakan walau kerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang, majalah 3D World yang berharga RM 45 tetap dibeli - walaupun kerja car wash.
Ini perceraian yang baik, harga produk jadi murah dan lebih kualiti. Ada juga pernikahan yang tak raksi (serasi) yang lebih baik dibubarkan saja. Satu lagi kemenangan untuk golongan yang berinisiatif!
Saya berpendapat, jika hendak berikan peluang, bukan kepada Dawama, tetapi kepada syarikat baru selain daripada Karangkraf dan Dawama. Berilah peluang, tetapi bukan kepada Dawama.
Dawama patut bercuti. Buku-buku yang diambil alih itu belum lagi menembusi pasaran antarabangsa, kenapa sudah mahu diserahkan kepada Dawama? Kalau mahu serahkan pun, serahkan satu sahaja untuk Dawama belajar bertatih, bukan kesemuanya. Karangkraf patut diberi peluang untuk jauh ke hadapan.
Mana tahu, ada antara terbitan-terbitan tersebut boleh dipertingkatkan lagi untuk peringkat yang lebih tinggi. Cabaran baru hendak bermula, sudah diberikan kepada orang lain.
Uuuwoop! Uuuuwoop! (bentuk ketawa yang diciplak daripada seorang blogger).
Namun, setelah saya fikirkan kembali. Ada baiknya kalau dibuat analisis isi kandungan. Maksudnya, kalau benar-benar majalah tersebut sesuai untuk bahan bacaan berat, barangkali boleh DBP boleh mengambil alih.
Saya bersetuju dengan pendapat saudara Mohammed Zakir Husin, sebab sejak berlakunya penswastaan, saya sudah jarang membaca Dewan Siswa kerana isi kandungannya sudah agak ringan, maksudnya tidak begitu sesuai kalau tujuan pembacaan kita adalah untuk mendapatkan bahan-bahan yang bertahap tinggi. Isi kandungannya lebih kepada tujuan komersil (lebih santai dan menyenangkan pembaca).
Namun, perlu ada penyelarasan isi kandungan supaya dapat diterima oleh semua golongan. Juga perlu dititik beratkan dari segi cara untuk mengurangkan kos penerbitan supaya dapat dijual pada harga yang mampu dibeli. Ilmu itu bukankah percuma? Yang perlu dibayar adalah usaha untuk menyusun bahan, kos-kos penerbitan dan pengedaran. Kalau kos dapat dikurangkan, tidak mustahil ramai orang akan kembali mempertimbangkan untuk membeli majalah-majalah ini kembali.
Usaha pihak Karangkraf menerbitkan majalah alternatif untuk mengubat rindu terhadap kehilangan majalah angkatnya cukup baik. Di sini sudah wujud satu persaingan sihat. Kedua-dua pihak berusaha untuk menyediakan bahan bacaan terbaik untuk pembaca. Jadi apa yang perlu dititikberatkan ialah dari aspek kualiti bahan yang dipaparkan dan teknik penyampaian yang digunakan dalam majalah masing-masing.
Mulakan persaingan yang sihat! Siapa malas (malah berfikir, malas membuat pembaharuan, malas mencari bahan berkualiti, malas mahu mencari kaedah yang menarik untuk menarik perhatian pembaca terhadap bahan bermutu yang dimuatkan, malas melakukan penyelidikan operasi untuk mengurangkan harga majalah), dia kalah!
Saya fikir kalau orang Melayu hendak maju dalam perniagaan, peluang hendaklah diberi kepada orang berkebolehan dan sudah membuktikan kejayaan. Mereka yang baru hendak belajar seharusnya diberi sedikit2 dulu….
Sdr Azmi,
Saya sependapat dengan saudara bahawa projek hendaklah diserahkan kepada yang pakar, jika tidak, macam kata hadith, tunggulah kerosakan!
Salam puan,
Majalah DBP akan kekal terus mewarnai rak buku perpustakaan, sebab itu kurang di pasaran, DBP sudah banyak puas hati agaknya..
Saya pernah jumpa bekas editor Dewan Siswa di bengkel novel popular DBP Desember lepas..
Perkataan pertama saya ingin lafazkan: Tahniah..
Saya andaikan DBP itu sebagai luncai, haha..
p/s: Baru2 ini sebahagian yang berdemonstrasi itu termasuk pengerusi forum novel popular berkenaan… saya tergelak sendirian saja….
Kadang-kadang, kita pun jadi orang bongok juga… Kenapa cukup dengan Dewan Siswa dan @Siswa sahaja? Kenapa kita tak ‘bina’ lebih banyak lagi majalah utk remaja? iSiswa, iSiswi, iSiswazah, Siswawi, SiswaSiswi, Mahasiswa, MerahJambuWarnaAyu, etc - misalnya!
PTS terbit satu, Ameen terbit satu, PENA terbit satu, Penataran Ilmu terbit satu, Utusan Karya terbit satu, <b>Sasbadi</i> terbit satu, bla bla bla…
Jadi, ceritanya, kalau Puan Ainon nak cari Dewan Siswa di Kedai Buku DBP (yang di bawah seliaan Dawama tu) tak jumpa - Puan Ainon beli sajalah iSiswa or iSiswa or etc…
Moralnya, kenapa cukup dengan 2 majalah sahaja untuk remaja kita?
By the way, berdasarkan pengamatan saya sejak baca majalah DBP—DS bukannya best pun (seperti ramai orang kata). So, kenapa penerbit lain tak terbitkan majalah yg seumpama dgn.nya dengan lebih best lagi?
Masalah KDN? Or, masalah pengedaran? Well, don’t worry, MDK dan MDD dah takde dah… so, takde monopoli nyeee… Ha ha. Masalah kalau nak buat majalah kena ada editor dan reporter yang ramai? Takde masalah… kite hired freelancer… ekekekekekee…
Dewan Pelajar??? Ha ha. Majalah Kuntum (under the Star ek?) pun ok gak… Murah, tapi banyak ruang iklan laaa….
Saya? Saya baca ANA MUSLIM.
ANA MUSLIM lagi best dari DP. Hak hak hak!
Oh ya, soalan terakhir (utk kali ini): yang kita dok sayangggggg sangat kat DBP, kat Karangkraf, kat Dawama ni kenapa?
Nandayo! (((Saya benci mereka!!!!))))))))))))))))))))))))))))))
Ha ha.
Semasa saya mengikuti kursus penulisan anjuran IKIM pada September 2006 di Dewan Besar IKIM, terdapat sebuah “booth” yang dibuka oleh pihak DBP bagi tujuan promosi dan mencari penulis-penulis baru. Sempat juga saya bertanyakan kabar majalah kegemaran saya iaitu Dewan masyarakat kepada petugas di situ.
Pada masa itu beliau telah jelaskan DBP akan ambil semula hak penyiaran daripada Karangkraf lalu saya bertanyakan mengapa boleh jadi begitu. Petugas berkenaan enggan memberitahu lalu saya pun mula membuat tekaan bahawa mungkin berpunca daripada mutu bahan dan penulisan. Beliau tidak menafikan dan tidak pula mengiakan sambil tersenyum sinis dan berkata “mungkin”.
Pada saya, 7 majalah tersebut mempunyai kelasnya yang tersendiri. Mungkin DBP lebih mementingkan pengekalan kelas majalah-majalah berkenaan. Majalah-majalah tersebut juga mempunyai golongan sasarnya yang tersendiri juga.
Wallahu A’lam
Ya. Saya sokong Naga. Ada orang beranggapan, kalau Karangkraf tidak dapat Dewan Siswa, maka habislah remaja kita. Ini pandangan salah, biarlah kalau Dewan Siswa itu diambil balik. Pihak penerbit perlu buat pula majalah baru. Kalau benar terbitan Karangkraf itu lebih baik berbanding apa yang dibuat oleh DBP dan si Dawama, maka secara tidak langsung, peristiwa penarikan semula Dewan Siswa itu, akan menaikkan reputasi Karangkraf (promosi mudah) untuk majalah @Siswa.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini. Jangan kerana Dewan Siswa itu diambil balik, kita sudah hilang semangat. DBP dan Dawama boleh menarik majalah, tetapi tidak dapat menarik balik semangat, pemikiran, kepakaran dan orang-orang yang memperjuangkan majalah ini dahulu. Jadi apa masalahnya? Kita serang balas dengan jauh lebih baik! Material dan ilmu/kepakaran adalah dua perkara berbeza. Material boleh berpindah milik, ilmu/kepakaran tetap milik seseorang.
Saya rasa ini satu perkembangan menarik. Lebih banyak majalah remaja, lebih banyak saingan, lebih berkualiti majalah kita. Dalam taburan normal, pasti ada majalah yang berkualiti dan tidak berkualiti. Kalau sekadar dua sahaja tidak cukup. Kami, golongan pembaca majalah remaja intelektual mahu lebih banyak lagi, lebih menarik lagi… siapa yang bagus, kita beli dan sokong! Hak-hak pengguna mesti dipenuhi.
Saya rasa, faktor nama. Dewan Siswa, namanya pun Dewan. Sebab itu DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), sayang akan majalah ini, lalu diambil balik atas faktor nama itu. Tak apalah.
Itu bukan penutup pintu rezeki dan pintu usaha. Asalkan niat kita baik, tujuan kita ikhlas, keperluan pengguna dipenuhi, pasti akan disokong lagi, biarpun sudah bertukar nama. Patah tumbuh, hilang berganti.
Post a comment