Sunday, February 18, 2007

Perdagangan Buku Malaysia-Indonesia Berat Sebelah

Perdagangan buku, rokok, jamu dan kain batik antara Malaysia dan Indonesia tidak pernah menguntungkan Malaysia. Setiap tahun Malaysia mengimpot barang-barang itu dari Indonesia jauh lebih banyak daripada negara itu mengimpot dari kita.

Perdagangan buku yang berat sebelah ini setiap tahun semakin besar, dengan pihak Indonesia semakin untung.

Undang-undang Indonesia tidak mengizinkan buku cetakan luar negara diimpot ke negara itu. Tujuan undang-undang sedemikian adalah bagi melindungi industri percetakan dan penerbitan negara tersebut. Terbukti bahawa dasar itu berjaya membangunkan industri penerbitan dan percetakannya.

Dasar perlindungan yang diamalkan oleh Indonesia itu juga diamalkan oleh negara-negara maju di seluruh dunia.

Malaysia sebaliknya tidak mempunyai undang-undang seperti itu bagi melindungi industri penerbitan dan percetakan dalam negara ini.

Akibatnya, buku-buku yang dicetak di Indonesia, USA, UK, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Mesir, Lubnan, dan semua negara di planet Bumi ini boleh diimpot dan dijual di sini dengan sebebas-bebasnya.

Kita mengizinkan negara-negara lain mengekspot buku-buku mereka ke Malaysia. Tetapi Malaysia tidak diizinkan mengekspot buku-buku kita ke negara-negara itu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 'dalam' Apa? Previous entry: Penerbit Buku Baru
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/19  at  01:50 AM

Assalamualaikum,

Sifu dan sahabat UnikaPTS,

Bukan sekadar buku yang diimport berlambak-lambak di pasaran tempatan, tetapi juga budaya seperti filem, drama, muzik dan artis dan juga orang-orangnya sekali. Mengapakah sedemikian? Tidak adakah penapisan seperti yang dilakukan FINAS terhadap filem-filem yang hendak ditayangkan. Mungkin ada penapisan dilakukan tetapi tapisan itu terlalu jarang lubang-lubangnya sehingga semuanya masuk bolos ke negara kita? Sampai bilakah episod sebegini berterusan? Inilah nasib bangsa Melayu yang sukar diubah!
——-

Puan Ainon Mohd.  on  02/19  at  02:03 AM

Alaikumussalam, Sdr Saridah!

Kita bukan anti Bahasa Indonesia Tinggi (BIT). Kita sokong produk-produk budaya yang menggunakan BIT diimpot ke negara ini. BIT dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) di negara ini.

Yang kita tidak sokong adalah produk-produk budaya yang menggunakan Bahasa Indonesia Rendah (BIR) sebagaimana kita juga tidak menyokong produk-produk terbitan tempatan yang menggunakan Bahasa Melayu Rendah (BMR) disiarkan dengan begitu berleluasa di TV kita sekarang.

Saya turunkan apa yang pernah saya tulis dalam blog ini.

Profesor Ajip Rosidi (70) dianggap salah seorang cendekiawan Indonesia yang memiliki ciri genius, hampir disamakan dengan kegeniusan Pramoedya dan Goenawan Mohamad. Dalam ceramahnya di Rumah Gapena malam Selasa lalu, beliau memberitahu beberapa perkembangan terbaru tentang Bahasa Indonesia.

Isu ‘bahasa gaul’ di media TV Indonesia

Bahasa gaul, atau di sini disebut ‘bahasa pasar’ dipromosi habis-habisan oleh pengusaha media massa Indonesia. Apabila ditegur oleh ahli-ahli bahasa, mereka menjawab lebih kurang begini: “Bahasa gaul yang laku. Kalau ditukar ke bahasa baku, tidak laku.”

Tetapi hujah itu hanyalah hujah pembelaan pengusaha TV yang tidak berdasarkan fakta.

Terbukti apabila seniman Asrul Sani menerbitkan drama-drama yang menggunakan Bahasa Indonesia Baku, sambutan penonton lebih tinggi daripada mana-mana drama yang menggunakan bahasa gaul.

Nota: Kita mengharapkan TV kita mengimpot drama-drama BIT itu.

.

Amiene Rev  on  02/19  at  02:08 AM

Saya pun fikir begitu… seperti negara India pun, buat begini.

Persatuan penerbit dan pencetak… sila usulkan perkara ini kepada kementerian berkaitan. Ini adalah perjuangan para penerbit dan pencetak untuk para pengguna!

Ilmu itu adalah perkara yang paling utama. Saya hairan kenapa banyak benda-benda seperti ini, seolah-olah tidak ada orang dari pihak sana yang mengambil berat, mungkin kerana mereka belum sedar sebab negara kita ini negara mewah. Semua benda mudah diperolehi, tetapi bagaimana pula bagi mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan bahan-bahan import dan idea-idea asing, untuk dijanakan dalam pemikiran mereka.

rastom  on  02/19  at  03:03 AM

Ramai yang sudah mabuk BIR…. Saya masih terpinggir dari arus siber, mudah mudahan hegemoni TMnet dan lain lain monopoli perbodoh rakyat berakhir. Harapan saya juga semoga tertonggeklah semua itu selepas pilihanraya ini.

zalisa  on  02/19  at  03:15 AM

Sampai bila agaknya ketidakadilan ini akan berterusan?

Kang  on  02/19  at  03:23 AM

Sejak awal 80’an saya sudah sering menulis surat kepada beberapa menteri menyatakan kebimbangan saya kemasukan pendatang haram (juga segelintir yang halal) Indonesia. Ramalan saya mudah: suatu masa nanti jumlah mereka akan melebihi penduduk tempatan.

Yang pasti, tidak ada layanan dari pihak atasan. Pintu negara terus dibuka, dalam masa yang sama pintu negara jiran ditutup serapat-rapatnya. Pendatangnya datang berduyun-duyun dibiarkan dengan alasan yang sangat menyakitkan hati, “Serumpun sebudaya, cubit peha kanan, peha kiri terasa.” ‘Peha’ kita dicubit setiap hari, pihak ‘peha satu lagi’ gelak ketawa.

Buku, wayang, adat, budaya, jenayah, baksonya, bahasa, penyakit yang telah lupus di bumi Malaysia, gelek, rokok dan berbagai produk dibawa masuk sama.

Bila rakyatnya ramai di sini, mereka perlukan produk asal mereka. Pasaran ada—bertimbun-timbunlah produk mereka, menutupi produk kita. Timbangnya, hukumnya, ada import sudah pasti ada eksport ke arah yang sama—tapi dacing ini senget. Tak percaya? Cuba anda mengadap ubat seks di Jakarta dan membebel—tak lama kemudian anda akan masuk ke penjara. Di sini, seperti di Masjid India dan Chow Kit, hadaplah apa saja pun, bukalah kedai seluas-luasnya, juallah apa saja pun, PBT dan polis lalu sambil tersenyum—dengan syarat anda rakyat Indonesia.

Siapa yang patut dipersalahkan dan mengambil tindakan? Adakah rakyat bawahan seperti kita ini?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/19  at  04:41 AM

Assalamualaikum,

Saya berpendapat kita tak perlulah berkira sangat dengan Indonesia, antara kita dan mereka banyak persamaannya. Bahasa, budaya dan agama boleh dikatakan sama.

Perkara yang penting biarlah ada konsesus antara kita dengan mereka, yang mana kita boleh berkerjasama dan membina kekuatan ummah di rantau ini.

Saya perhatikan negara yang menggunakan pengantar bahasa Inggeris seperti US, UK, Australia dll, banyak membuat kerjasama dan membantu antara satu sama lain. Mereka jadi kuat kerana bekerjasama.

Puan Ainon Mohd.  on  02/19  at  07:48 AM

Sdr AZMI,

Saya mempunyai pandangan yang serupa dengan saudara dalam isu kerjasama kebahasaan, kebudayaan dan keagamaan. Lebih banyak kerjasama yang dijalin, lebih baik.

Janganlah macam sekarang, kerjasama dalam perdagangan produk-produk kebahasaan dan kebudayaan itu dibiarkan tanpa ada semacam panduan daripada pihak KEKKWA, ikut sedap para pengurus kantung media sahaja. Kalau ada buah yang manis, mengapa buah yang masam yang diimpot.

Orang bisnes senang diurus. Jika ada peraturan, mereka akan ikut peraturan itu, asalkan mereka dapat buat bisnes, mereka akan patuh.

Lihat sahaja di Kelantan, para pengiklan mematuhi arahan bertudung bagi model-model mereka. Tidak ada masalah! Cik Maya Karin pun patuh, beliau memakai tudung, tidak ada bantahan. Model Digi yang dari luar negara itupun memakai tudung dan berbaju fesyen kain Melayu yang longgar. Malah Digi menggunakan huruf Jawi!

Jika menteri KEKKWA keluarkan panduan supaya siri TV Indonesia yang menggunakan BIT sahaja yang diimpot, stesen TV akan ikut sahaja. Jika menteri penerangan bekerjasama dengan menteri KEKKWA dalam kes BIT, itu lebih bagus.

Namun, tentu sekali KEKKWA dam kementerian penerangan tidak boleh double-standard. Isu BIT dan BMT mestilah dikenakan ke atas siri TV impot dan siri TV bikinan tempatan.

Tetaapi nampaknya menteri KEKKWA dan menteri penerangan kita ini, kedua-duanya tidak berminat hendak mendisiplinkan para pemain industri TV dan filem kita dalam isu-isu bahasa.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/02  at  09:23 AM

Tulisan anda sangat memprovokasi, saya orang indonesia dan saya melihat mengapa harus ada kecemburuan macam ini. Bagaimanapun anda tidak perlu kecewa dengan kenyataan yang ada mengenai banyaknya produk impor asal Indonesia.

Saya juga ingin menyoroti mengenai masalah bahasa. Saya kira orang Malaysia tidak perlu risau dengan banyaknya film, serial tv asal Indonesia yang berbahasa “gaul” atau bahasa yang umum digunakan remaja Indonesia khususnya Jakarta.
itu adalah bagian dari kebudayaan kami, bukan suatu penyimpangan (BIR) tapi justru salah satu “kekayaan ” dalam berbahasa di luar bahasa baku (ejaan yang disempurnakan) atau yang biasa ditulis dalam literatur-literatur ilmiah dalam suratkabar (newspaper).

Bahasa gaul yang digunakan oleh kebanyakan remaja Indonesia atau yang diperdengarkan di dalam film atau serial tv sal Indonesia sebaiknya disikapi sebagai pengenalan budaya saja. Kalau pada akhirnya remaja Malaysia menyukainya atau sekedar ingin mengikuti cara bicara artis yang menggunakan bahasa gaul itu, menurut saya tidak akan, menjauhkan mereka dari Bahasa Melayu Malaysia.

Bagaimanapun bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia memiliki perbedaan yang mendasar. Bahasa indonesia banyak Menadaptasi bahasa etnik atau bahasa daerah yang ada di negara kami seperti bahasa Sunda, Jawa, Betawi bahkan bahasa belanda (netherland), China, Arab dan tentu saja bahasa Inggris yang mengakibatkan bahasa Indonesia lebih kaya secara perbendaharaan kata (vocabulary) nya.

Jadi jangan heran kita memang serumpun tetapi dari segi bahasa kita bisa dibilang mirip tetapi sebenarnya berbeda.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/02  at  10:51 AM

Sdr Kamila: “Tulisan anda sangat memprovokasi..”

Memprovokasi ya? Kalau anda di tempat saya dan pernah mengalami banyak hal yang tidak seimbang dalam hubungan Melayu Indonesia - Melayu Malaysia, anda tentu tidak bilang atau timbulkan isu provokasi ini.

Kita tidak risaukan soal bahasa. Tetapi keseimbangan lalulintas karya. Anda fikir sudah berjalan secara benar dan adil? Kok di pihak sana terlalu banyak kepelitannya.
Kenapa ya? Terasa pedas cilinya?

KSI

Traktus  on  04/21  at  04:14 AM

Sdr KSI dan Kamila: sebenarnya tak ada provokasi dalam tulisan di atas. Saya setuju dengan semua pandangan. Setiap negara memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lebih baik, seperti yang diungkapkan Puan Ainon Mohd, kedua negara bisa saling bekerjasama (networking) untuk memperkaya budaya negara, terutama sastera. Kalau tidak bisa dilakukan oleh pemerintah tempatan, kita bisa melakukannya melalui jejaring internet yang mudah diakses saat ini.
Di sini, sebagai orang Indonesia, saya memberikan apresiasi besar terhadap pendapat Puan Ainon Mohd. Semoga misi memajukan bahasa dan sastera semakin sukses.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.