Sunday, July 29, 2007

Perempuan Cantik dalam Sai-Fai

Salah satu isu yang ditimbulkan dalam bengkel sai-fai Sabtu lalu adalah isu karekter perempuan.

Otai Mat Jan dan Profesor Kecil Firdaus Ariff mengatakan sudah menjadi ciri sai-fai, watak perempuan hanya seorang, dan perempuan itu tidak perlu jelitawan. Wajah biasa-biasa pun dapat menghasilkan filem yang ngetop!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Fiksyen Sains & Fantasi
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Peluang Ikut En. Martias Menjalankan Kajian Sejarah di Kuala Tembeling Previous entry: Penerbit Cari Penterjemah Inggeris-Melayu
Nazri  on  07/30  at  09:57 AM

Artikel yang infomatif dan berilmu.

Tapiā€¦

Saya tak setuju seratus peratus;

Dalam Siri TV Firefly ada tiga watak perempuan utama yakni Zoe, River Tam dan Kaylee.

Dalam GUNDAM SEED juga ada tiga karakter perempuan yang memainkan peranan sama penting dalam konflik perang iaitu Cagalli Yula, Flay Allster dan Lacus Clyne

Dalam siri Battlestar Galactica ada karakter Presiden Laura Roslin, Kara Starbuck, Sharon Boomer Valerii dan Number SIX yang dibina cukup kuat untuk mengukuhkan plot (tiada seorang, plot jadi lemah).

Dalam Aliens Ressurection ada dua perempuan yang sama handal (Ellen Ripley dan Call).

Filem Resident Evil juga mempunyai dua watak utama (Alice dan Jill Valentine)

Malah Filem Transformers yang sedang ditayangkan sekarang pun mempunyai dua karakter wanita yang sama kuat, kedua-duanya ada peranan dalam plot.

Semua contoh di atas adalah karya fiksyen sains.

Kemudian, Buffy The Vampire Slayer membuktikan bahawa meletakkan wanita sebagai karakter utama juga boleh membuatkan sebuah cerita diterima peminat. Buffy dikarang oleh seorang lelaki.

Saya juga tidak bersetuju dengan teori SATU perempuan melambatkan cerita. Ia bergantung kepada plot yang direka. Bergantung kepada jalan cerita. Semuanya bergantung kepada kreativiti si penulis itu sendiri.

Kebanyakan penulis lelaki (era 50-an, 60-an, 70-an) terdorong dari sentimen memandang rendah kaum perempuan/prejudis jantina (ini boleh dilihat dalam kulit depan majalah fiksyen-sains zaman itu yang memaparkan perempuan berpakaian seksi sebagai simbol kerendahannya). Tapi sentimen itu sudah banyak berubah sejak 1990-an dengan kemunculan generasi penulis lelaki yang banyak menulis karakter perempuan seperti Joss Whedon, Cameron Crowe, John August, Alaqn Ball, Kevin Smith dan ramai lagi.

Harapnya agar lebih banyak rujukan digunakan selain Star Wars dan Stargate. Terima kasih.

Teruskan menulis.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  11:07 AM

Nazri: Inilah salah satu sebab mengapa saya mahu sangat-sangat saudara hadir dalam bengkel tempoh hari. Supaya, semasa sesi perbincangan, ada orang boleh beri input dan perbincangan menjadi hangat. Apakan daya, saudara ada hal lain.

Kami membincangkan Star Wars dalam bengkel Sabtu lepas. Dalam Star Wars, ada seorang sahaja perempuan dalam trilogi pertama (Leia Organa) dan seorang sahaja perempuan dalam trilogi kedua (Padme Amidala).

Semoga saudara dapat hadir dalam bengkel ketiga nanti.

fadz  on  08/29  at  08:17 AM

Kalau saya ikut sama boleh?

Dalam Dune (buku pertama James Herbert dari Chronicles of Dune), terdapat empat watak perempuan yang kuat, misterius dan cantik, Jessica (ibu kepada Paul Atredeis dan Duke Atredeis), Reverend Mother (menyekat kemaraan Jessica mengandungkan Paul), Alia of the knife (adik perempuan Paul yang cepat membesar sebagai gadis yang cantik sekali gus pelik) serta isteri Paul, anak penghulu Freeman. Di dalam filem 1980-an arahan David Lynch, 4 watak ini ditonjolkan sebagai watak-watak bulat dan penting dalam sarwajagat Dune, memberi pengaruh yang kuat terhadap Paul (sebagaimana susastera saga/sejarah barat). Princess Irulan, walaupun tampak ‘tiada’ dalam buku pertama dan filem Lynch, mula mengambil tempat dalam novel kedua dan seterusnya karya James Herbert ini.

Foods of the Gods, tulisan HG Wells memaparkan beberapa watak perempuan jelita yang turut mengambil bahagian dalam sebab akibat plot.

novel-novel fiksyen sains feminis seperti karya-karya Margaret Atwood (The Edible Woman, The Handmaid’s Tale, Lady Oracle) turut memaparkan watak-watak perempuan yang bulat dan berpengaruh.

Kebiasaan dalam generalisasi lelaki yang tampak lebih ‘lebat’ daripada watak perempuan dalam ‘sai-fai’ adalah kerana pengaruh pop, seperti yang sudah dibincangkan, memaparkan ‘diskriminasi halus’, seperti yang dikatakan Nazri, bagaimana novel dan filem terkenal waktu itu, dibarisi dengan ‘masculine made world’ dengan watak-watak lelaki sebagai penggerak cerita: (1984, Clockwork Orange, Planet of the Apes, Hitch Hiker’s Guide to the Galaxy, I, Robot, 2001, The Day of the Triffids, Star Wars, Star Trek versi 60-an).

Hanya dengan kemasukan beberapa penulis wanita barat dalam penulis fiksyen sains, dan kemudian filem ALIEN (Ripley sebagai watak utama di mana SEMUA LELAKI MATI) telah melancarkan ‘revolusi’ bagaimana sai-fai diperlihatkan, kerana selepas itu, filem-filem adaptasi Micheal Crichton (Andromeda Strain, Terminal Man, Congo, Jurassic Park, Spehre, Timeline), Terminator, E.T., Stepford Wives, Demon Seed, Close Encounters, Star Trek TNG, mini siri V, sampai kini seperti Matrix dan X-Men, banyak memaparkan watak-watak utama perempuan yang cantik sekali gus sekuat lelaki.

SILZACK KHAIROL  on  05/15  at  03:07 AM

Watak wanita dalam filem Sai-Fai memanglah satu keperluan tetapi tidak semestinya.  Bergantung pada cerita sesebuah filem.  Namun, tidak bolehlah dipertikaikan kepentingannya. Apapun kewujudan wanita dalam sesebuah cerita alaha seperti konsep Yin dan yang…
Barulah cerita itu nampak best! Barulah ada keseimbangan yang lojika.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.