Saturday, June 16, 2007

Perhimpunan Penulis Muda

Semasa menghadiri seminar sastera perbandingan, Sifu sempat makan semeja dengan Pengarah Sastera DBP, Puan Izzah Aziz dan Puan Zalila Shariff.

Maka timbul rancangan supaya DBP mengadakan perhimpunan penulis-penulis muda. Kita amat menyokong idea itu.

Perhimpunan seperti itu amat banyak manfaatnya, baik kepada penulis-penulis muda, mahupun kepada penerbit yang sedang mencari-cari penulis muda.

Salah satu perkara yang penulis perlu fahami adalah undang-undang hakcipta dan bagaimana mereka perlu belajar menguruskan harta intelek mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nilai RM Tanda Bacaan Previous entry: Direkomen: Baca Blog Ulasan Buku Ini
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/16  at  03:22 PM

Assalamualaikum..

Antara bahasa-bahasa harian yang agak selalu di gunakan di klinik haiwan ialah pts.. put to sleep, euthanasia. Maaf, sekadar berlawak. Bagi penulis muda, sentiasa hendak cepat merupakan suatu anomali, pada isi tulisan dan gaya tulisan, but time is money, isn’t it?

di gunakan (SALAH) = digunakan (BETUL)

Gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya apabila menulis di sini sebagai menghormati perjuangan UNIKA mendaulatkan Bahasa Melayu.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/16  at  05:09 PM

Assalamualaikum Pn. Sifu yang dihormati.

Idea DBP itu sememangnya bagus jika dilaksanakan. Banyak perkara boleh dimanfaatkan dari perhimpunan seperti itu. Perkara mengenai hakcipta seharusnya menjadi topik utama.

Para penerbit tanahair (termasuk penerbit drama dan filem) juga harus dijemput sama bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sosial untuk memandaikan bangsa bukan sekadar untuk mengejar keuntungan dan berpesta semata-mata.

Wassalam.

tanahair (SALAH) = tanah air (BETUL)

Zamri Mohamad  on  06/17  at  12:18 AM

Saya rasa dalam perhimpunan seperti ini perlu ada aktiviti susulan pada waktu-waktu lain.

Pertama perhimpunan dengan fokus meningkatkan kesedaran terhadap hakcipta.

Kedua pembentangan kertas kerja oleh penulis baru dan lama secara berperingkat dengan menggunakan universiti sebagai lokasi dari satu tempat ke satu tempat.

DBP masih memainkan peranan dalam perkembangan ini dengan menjadikan majalah mereka sebagai majalah rasmi dalam melaporkan perkembangan dan aktiviti susulan ini.

Ketiga, DBP sudah ada ruang di dalam akhbar Berita Harian dan mempunyai akhbar sisipan sendiri. Ia boleh digunakan sebagai medium untuk memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti ini kepada khayalak.

ilhami hisham  on  06/17  at  11:26 AM

Salam. Sangat setuju dengan cadangan itu. Pasti banyak perkara baru akan dapat didedahkan pada semua penulis muda.

Amat tidak wajar dilambat-lambatkan…

panaharjuna  on  06/17  at  01:04 PM

“Kedua pembentangan kertas kerja oleh penulis baru dan lama secara berperingkat dengan menggunakan universiti sebagai lokasi dari satu tempat ke satu tempat.”

Idea saudara Zamri ini menarik hati saya, apa kata kalau kita jadikan semacam tutorial kerja. Jikalau kertas kerja tidak bekerja saya fikir tidak menarik, jadi sebagai menunjukkan kesungguhan, selepas sessi kertas kerja itu kita adakan semacam satu usaha menulis sinopsis dan merangka bab demi bab tajuk, dimana pada masa inilah kaedah Jalan cerita dan Kawakita Jiro boleh di tunjukkan. Perlu juga kita gesa setiap penulis agar menulis bab pertama setiap novel yang bakal di hasilkannya kerana saya fikir pada ketika itu semangat perserta kursus perbincangan kertas kerja ( tutorial) tadi berada pada tahap tertinggi.

dimana (SALAH) = di mana (BETUL)
di tunjukkan (SALAH) = ditunjukkan (BETUL)

panaharjuna  on  06/17  at  01:09 PM

Menjauh dari itu, dalam fikiran saya, kita boleh mulakan dengan memperkenalkan tema, kemudian memperkenalkan genre (supaya penulis boleh kenal yang mana genre sastera dan yang mana bukan genre sastera), lalu bermula dengan menghasilkan perenggan pertama dahulu untuk sesebuah novel (ini dengan andaian semua kad dan jalan cerita sudah siap dibina), kemudian dari seperenggan menjadi semuka, dari semuka menjadi dua atau tiga muka dan seterusnya.

Ini hanya satu syor.

Allahlah yang lebih mengerti.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: