Wednesday, March 31, 2010

Peri Pentingnya Penulis Sastera Remaja Mempunyai Perancangan Kewangan Masa Hadapan

Pada masa ini majoriti penulis sastera remaja di PTS adalah dalam braket usia antara 25 - 30 tahun. Ini bermakna mereka masih sangat muda. Perjalanan hidup mereka masih sangat jauh. 

Adalah sangat penting karya-karya yang mereka hasilkan itu dapat terus menerus diulangcetak sehingga usia mereka meningkat tua, dengan demikian mereka dapat menikmati pendapatan royalti yang berpanjangan. Malah, lebih penting lagi supaya mereka menjadi semakin tua semakin kaya.

Jika pada hari ini mereka mampu menggunakan wang royalti RM60 ribu bagi membayar wang pendahuluan membeli rumah dengan mengambil pinjaman bank sebanyak RM300 ribu selama 20 tahun, maka sangat penting mereka mempunyai pendapatan secukupnya bagi membayar hutang bank itu.

Jika tidak, rumah yang mereka beli itu tidak mampu mereka servis hutang banknya kerana mereka juga akan membeli kereta, berkahwin, mempunyai anak-anak, seterusnya menyekolahkan anak-anak di mana semakin hari mereka memerlukan semakin banyak duit bagi memenuhi keperluan hidup seharian.

Ini bererti, mereka perlu menghasilkan karya-karya yang berciri evergreen. Dengan demikian wang royalti karya mereka dapat terus menerus digunakan bagi membayar hutang rumah yang dibeli itu.

Sebagai perbandingan, buku-buku Enid Blyton sudah lebih 70 tahun diterbitkan tetapi masih laku dalam pasaran hingga saat ini. Di PTS, buku-buku Rejab FI sudah lebih 35 tahun usianya, tetapi masih dapat diterbitkan semula dan dipasarkan.

Salah satu ciri yang menyebabkan buku dapat bertahan lama dalam pasaran adalah ciri bahasa.  Apabila buku ditulis menggunakan bahasa-bahasa trendi, maka gaya bahasa itu cepat menjadi out-of-date. Kesannya, buku itu tidak sedap dibaca lagi oleh generasi baru. 

Buku-buku cerita yang berdasarkan teknologi semasa cepat menjadi out-of-date. Sebagai contoh, cerita-cerita yang berkisar pada teknologi internet, SMS, MMS, blog, chatroom dan seumpamanya cepat ketinggalan zaman kerana teknologi itu amat pantas berubah. 

Budaya dan gaya hidup juga ada yang bersifat trendi. Ada aktiviti sosial yang trendi, ada yang evergreen. Contoh aktiviti sosial yang trendi adalah sukan futsal, manakala bolasepak adalah evergreen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Puan Nurulhilyati Abd. Halim Bertukar Status Previous entry: Bajet RM30 Ribu bagi PTS Melancarkan Kempen Melebarkan Pengedaran Buku-buku Agamanya
Syafiq Zulakifli  on  04/02  at  03:53 AM

Salam.

Pandangan ini amat berguna kepada pengarang karya remaja hari ini.

Kita perlu risau bahawa karya-karya kita tidak evergreen…

Risau…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.