Tuesday, December 08, 2009

Perihal Konsultan Jolok

Saya baru pulang ke pejabat daripada makan tengah hari dengan beberapa orang editor PTS, yang kebetulan mereka semua sudah duduk makan di gerai bawah pokok itu sewaktu saya tiba. Jadi, apabila terpandang mereka saya pun terus duduk, kebetulan ada kerusi kosong.

Sambil berbual-bual, salah seorang editor PTS bercerita bagaimana minggu lalu beliau dan seorang penulis PTS sengaja-sengaja pergi ke pejabat sebuah penerbit Mamak yang terkenal di kalangan komuniti penerbit disebabkan Mamak itu selalu mendapat kontrak jutaan ringgit bagi membekalkan buku-buku terbitannya kepada sebuah kementerian. Pejabat penerbit itu terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Apabila mereka memasuki pejabat penerbit itu, mereka diperkenalkan kepada seorang lelaki Melayu yang duduk di meja khas dengan nama jawatannya tertulis "publishing consultant". Maka mereka pun berbual-bual dengan publishing-consultant itu.

Si publishing-consultant bertanya, "Encik dari mana?"

Dijawab oleh si penulis PTS, "Saya penulis buku, saya sedang mencari penerbit."

Kemudian dia bertanya kepada si editor PTS soalan yang serupa.

Dijawab oleh si editor PTS, "Saya dari PTS," sambil menghulurkan kad bisnesnya.

"PTS?..." si publishing-consultant bertanya, jelaslah dia tidak tahu wujudnya PTS.

Dalam masa berbual-bual itu, si publishing-consultant tersebut dengan gaya bangga memberitahu kejayaannya membantu syarikat penerbit Mamak itu mendapat kontrak tahun demi tahun. Dia memberitahu, "Kalau kontrak RM10 juta, RM6 juta sudah tentu dalam kocek kami."

Sebelum editor dan penulis PTS meninggalkan pejabat penerbit itu, si publishing-consultant berkata, "Kalau syarikat awak mahu dapat kontrak, hubungi saya. Ini kad saya."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Mencari Editor Fiksyen Previous entry: Testimoni: Mengapa Saya Sangat Menyukai Novel-novel Indonesia

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: