Perihal Pegawai Keselamatan MPH Midvalley
Saya salin di bawah ini posting di blog Kubu Buku:
Sebenarnya, saya baru nak melambung-lambungkan nama MPH Mid Valley (kalau nak tunggu buku saya dijual oleh mereka, tak payahlah, tapi itu cerita lain) kerana apa yang mereka sudah buat untuk Sastera Malaysia, tetapi ada dua insiden yang telah menyinggung perasaan saya. Oleh sebab di MPH tidak banyak kerusi, jadi terpaksalah saya duduk atas tangga batu di kawasan tengah MPH. Tiba-tiba saya didatangi seorang pegawainya meminta saya jangan duduk di atas tangga dengan amat kasar sekali (biasalah, orang Malaysia). Saya tanya dia, di mana perlu saya duduk kalau begitu. Dia menunjukkan saya sebuah bilik legar yang mana, berderet pelanggan yang duduk membaca. Entahlah, saya tak tahu strategi MPH tetapi saya kini sudah faham sangat, kalau mahu berlibur dengan buku sambil membelinya, pergilah ke Borders Berjaya Times Square, Times Pavillion atau Kinokuniya KLCC yang tidak pernah menyinggung saya. Tetapi jika mahu terus pilih (browse) dan keluar cepat-cepat, pilihlah kedai buku MPH Mid Valley ya tuan-tuan dan puan-puan.
Hal keduanya, saya telah ditegur oleh pengawal keselamatannya kerana menangkap gambar rak buku ITNM yang ingin benar saya kongsikan kepada para pembaca tentang ANUGERAH buat kami para pembaca ini tentang rak ITNM ini. Ya, saya diminta untuk jangan ambil foto. Entahlah, saya tak tahu bagaimana lagi pencinta buku hendak berkongsi hal yang baik kepada kawan-kawannya tentang kemajuan MPH Mid Valley ini.
Baiklah, begini, ada dua perkara, malah berita baik buat para pembaca Sastera Malaysia.
Pertamanya, kelihatan koleksi buku berbahasa Melayu penuh dalam satu sudut di MPH Mid Valley, PENUH (menggantikan sudut buku-buku Nasrani yang kemungkinan kurang penjualannya). Malah tempat sasteranya juga bagus, bukan seperti yang berlaku tahun lepas apabila diletakkan (jauh) daripada pandangan pembaca. Malah ada pula rak PILIHAN MENARIK buat pelbagai buku terbitan pelbagai syarikat penerbit (dipilih oleh MPH, semacam Highlights atau Must Read). Syabas MPH Mid Valley!
Keduanya, ya rak buku yang mempamerkan buku-buku terbitan ITNM, wahhh! Saya sungguh teruja, malah sempat membeli beberapa buku terbitannya. Ada buku sastera Malaysia yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan ada juga buku antarabangsa yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Antara yang menarik adalah buku sastera Rusia yang dikumpulkan oleh Dr. Victor Pogadev (fonnya agak kecil), novel terjemahan Abdullah Hussain yang amat susah hendak dicari sekarang, novel terjemahan novel Shaari Isa yang amat ditunggu-tunggu, terjemahan Dunia Sophie (Sophie's World), dan pelbagai lagi judul-judul yang terus mengujakan saya (saya jujur, kalau saya tidak fikirkan wang, saya sudah tentu borong semua judul sastera di rak itu). Syabas ITNM! Syabas MPH Mid Valley kerana perkembangan baru ini!
Nota: Pemilik blog Kubu Buku adalah Tn. Fadli al-Akiti
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tuan/Puan,
Saya sudah lama tidak ke Kinokuniya KLCC. Minggu lepas saya ke sana dengan niat ingin merayau-rayau melihat buku baru. Hampir semua buku dibalut. Ini menjengkelkan saya. Apabila ingin membeli buku menjadi kebiasaan untuk melihat isi kandungan buku sepintas lalu, font digunakan, setting dan sebagainya.
Saya mengadu kepada pekerja di sana, jawapannya ialah banyak buku yang rosak dan merugikan syarikat. Maka mereka terpaksa membalutnya. Jika minat sesuatu buku sila bawa ke kaunter perkhidmatan dan mereka akan membuka balutan tersebut.
Saya “benci” dengan kedai buku sebegini. Membeli buku bukannya seperti membeli surat khabar. Tengok muka depan, muka belakang terus ambil dan bayar. Saya adalah jenis pembeli buku yang akan berpusing-pusing mencari buku tanpa sebarang judul, penulis dan penerbit di fikiran.
Apabila berkenan sesuatu buku, saya akan melihatnya luar/dalam dan barulah membuat keputusan untuk membeli. Jika saya terpaksa berulang kali ke kaunter perkhidmatan hanya untuk melihat sepintas lalu kandungan buku tersebut, saya ucapkan “sayonara” sahaja kepada kedai tersebut seperti juga kedai buku milik pekedai mamak.
Memang benarlah apa yang dinukilkan oleh saudara Fadli al-Akiti bahawa MPH tidak mesra pelanggan. Saya lama sudah tahu dan sedar akan hal ini. Sebab itu sudah lama saya enggan ke kedai buku MPH lagi.
Kinokuniya, Popular dan Borders pula lain. Di ketiga-tiga gedung buku ini saya siap boleh bersila atas lantai dan bersandar di tepi dinding bagi membelek-belek halaman buku. Tiada siapa yang marah.
Ah! MPH memang saya tidak suka.
Salam,
Boikot MPH? Mungkin tidak kot. Pemilik saham majoriti dengarnya muslim. Lagipun melepak-lepak di lantai kedai sambil melunyaikan barang yang dipamer adalah sungguh tidak islami sekali. Juga bukan budaya nusantara. Teringat satu buku motivasi islami terbitan PTS tentang si burung kecil yang menyiram2 air dari paruhnya sewaktu melihat Nabi Ibrahim a.s. dibakar.
Jarang orang hendak beli buku yang terkelepet muka depannya. Inikan pula yang lunyai dibelek. Biasanya si pembelek capai buku yang lebih segar rupanya untuk dibeli. Jarang mereka bayar ‘copy’ yang dibelek dan dilunyaikan. Rasanya langkah Kinokuniya itu adil. Sewa di KLCC mahal. Pembaca pula ganas-ganas. Margin untung jual buku kecil. Tak percaya cuba rujuk posting lepas2 di sini.
Saya beli di MPH. Saya beli di Kinokuniya. Mungkin tidak di Borders. Ada fatwa boikot produk/kampeni negara yang menganiaya saudara seagama di timur tengah sana. Ingat lagi si burung.
Saya terkadang lebih suka beli di kedai-kedai ‘kecil’ walau harganya mungkin tiada diskaun. Ini adalah kononnya dakwah saya. Harapnya Tuhan terima. Masih segar di ingatan kisah pakcik kedai runcit yang terpaksa gulung tikar pasal pasaraya hyper kafur dibuka di jalan seberang taman.
Maaf dan ampun kiranya butir tulisan menyinggung perasaan.
wassalam
walking the talk
Assalamualaikum wbt.
Bagi kedai-kedai buku terutamanya kedai buku yang besar seperti MPH, saya mencadangkan seperti berikut:
1) Mesra pelanggan.
2) Sediakan tempat duduk membaca khas.
3) Bagi setiap buku, buku perlu dibalut dengan rapi dan sediakan juga satu atau dua buah buku yang khusus untuk dibuka, dibaca dan dibelek. (Ramai pembaca-pembaca buku ingin mengetahui isi kandungan sesuatu buku sebelum membelinya. Apabila disediakan sebuah atau dua buah buku khas untuk dibelek, secara tidak langsung akan mengelak dari pembaca membeli buku yang terkelepek atau rosak.)
(Hal keduanya, saya telah ditegur oleh pengawal keselamatannya kerana menangkap gambar rak buku ITNM yang ingin benar saya kongsikan .... )
- Dia betul, saudara salah. memang salah untuk mengambil gambar stok/buku atau apa2 dalam premis perniagaan kerana itu melibatkan maruah, keselamatan atau apa2 sahaja. sepatutnya saudara meminta kebenaran dahulu.
Tiada kompromi. Itu saya pelajari dalam kosep 5S tadi.
keselamatan apa ya yang ada pada kedai-kedai buku, melainkan keselamatan “strategi promosi” yang sememangnya, sekali lagi, bersikap kapitalis.. oh, saya lupa, kita dalam dunia bertuhankan kapitalisme, jadi jika kita “cucuk” sedikit, “maruah” dan “keselamatan” pembuat duit akan terganggu..
maaf, orang marhaen pinta lalu..
(dah lama tak masuk MPH)
Post a comment