Perihal Penyanyi, Penulis dan Beg Klub Golf
Banyak penyanyi mampu hidup selesa sebagai penyanyi sepenuh masa. Namun, adalah normal tidak semua penyanyi akhirnya mampu hidup selesa dengan pendapatannya sebagai penyanyi. Banyak penyanyi dapat bertahan lama dalam pasaran. Namun, lebih banyak yang gagal bertahan.
Demikianlah juga dengan penulis. Tidak semua penulis mampu hidup selesa daripada royalti buku-bukunya.
Dalam apa jua industri dan bidang yang memerlukan bakat -- seperti pelbagai bidang seni, sukan dan sastera -- mereka yang dapat hidup selesa sebagai pemainnya mempunyai banyak skill dan ilmu dalam bidang masing-masing.
Pemain golf yang hidup sepenuh masa dengan bermain golf mempunyai beg golf yang diisi dengan banyak klub golf. Klub-klub golf itu adalah alat kerja mereka. Lebih banyak klub yang mahir digunakannya maka semakin tinggi mutu permainannya, maka semakin tinggi pendapatannya.
Teori-teori sastera adalah klub golf bagi penulis kreatif. Semakin banyak teori sastera yang digunakannya semasa berkarya, semakin tinggi mutu karyanya, semakin panjang hayat karyanya dalam pasaran, dan semakin tinggi pendapatannya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sejahtera,
Wah… sejak bila Sifu tahu hal-hal berkaitan dengan golf?
Maksimum klub yang boleh dibawa oleh seorang pemain golf adalah 14. Bagaimanapun, bilangan klub golf di luar beg jauh melebihi daripada angka 14.
Maksudnya, pemain golf akan membawa yang paling berguna kepada mereka.
Jangan pula jadi macam pemain golf yang memberitahu isteri yang kunjungan ke Jakarta untuk bermain golf tetapi bila salah satu klub [putter] ditukar dengan batang penyapu tidak pula beliau perasan.
Post a comment