Thursday, March 27, 2008

Peringatan! Jangan Menterjemah Sebelum Mendapat Lesen Hak Terjemahan

Assalamualaikum.
 
Saya (nama dirahsiakan) dari Miri Sarawak. Saya telah siap menterjemah buku tulisan Roald Dahl yang saya kira amat digemari oleh pembaca-pembaca sastera Inggeris - Charlie and the Chocolate Factory.

Apa yang saya usahakan ialah memperkenalkan kepada pembaca-pembaca buku-buku Bahasa Malaysia khususnya kanak-kanak dan remaja hasil tulisan Roald Dahl yang bagi saya amat menarik dan unik. Sekarang saya sedang menterjemah tulisan-tulisan Roald Dahl yang lainnya juga terutamanya Charlie and the Great Glass Inventor, James and The Giant Peach dan sebagainya.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, salah satu cerpen tulisan Roald Dahl - 'The Sound Machine' - sedang digunakan dalam pembelajaran Bahasa Inggeris tingkatan 4. Maka Roald Dahl pastinya sudah tidak asing lagi bagi remaja-remaja ini.
 
Saya ingin tahu respon daripada pihak PTS tentang buku ini. Sekian, terima kasih. Wassalam.

................

Nota Sifu: Surat di atas adalah contoh surat sepertinya yang banyak sampai ke jabatan editorial PTS. Kita menasihati para penterjemah supaya jangan menterjemah apa-apa karya sebelum mendapatkan lesen hak terjemahannya daripada penerbit ataupun penulis asal, kerana perbuatan itu melanggar undang-undang harta intelek. 

Dalam dunia bisnes penerbitan, penerbitlah yang semestinya mendapatkan lesen hak terjemahan itu, bukan penterjemah, sebab ia melibatkan hak menterjemah, menerbitkan, mencetak, menyimpan, mempromosi, mengedarkan dan menjual karya itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Taja Pameran PEKOMIK Sempena Pesta Buku Previous entry: Pesta Buku dan Kontrak Buku KPM

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: