Perjuangan GMP Bertambah Payah
Datuk Najib, bakal perdana menteri, tegas tidak mahu memansuhkan PPSMI.
Datuk Muhyiddin Yassin, bakal timbalan perdana menteri, sudah melafazkan janji setianya kepada Datuk Najib. Dia akan patuh apa jua kehendak Najib.
Datuk Hishamuddin tegas tidak mahu memansuhkan PPSMI.
Sembilan puluh peratus (90%) anggota Majlis Tertinggi (MT) yang baru dipilih adalah penyokong Datuk Najib. Mereka akan menjaga kepentingan kedudukan masing-masing dengan tidak menentang apa-apa sahaja kehendak Datuk Najib.
Apabila Datuk Najib memilih anggota kabinet barunya nanti, dia akan memilih menteri pelajaran yang menyokong dasar PPSMI.
Jika menteri pelajaran itu membawa isu PPSMI ke kabinet, maka kabinet baru itu nanti adalah kabinet Datuk Najib. Tidak akan ada menteri yang berani menolak kehendak Najib.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Sifu,
Apa kata kalau kita perkukuhkan dulu penggunaan dan pilihan fungsi penterjemahan Bahasa Melayu ke dalam bahasa asing dan sebaliknya menerusi dunia siber; Google, Blogger, Wordpress sebagai satu usaha mempelbagaikan lagi penggunaan Bahasa Melayu di internet.
KLIK DI SINI UNTUK KE ENTRI BERKAITAN
Segera atur langkah berkesan pejuang bahasa pejuang bangsa sekalian sebelum kita karam di lautan kebaratan yang amatlah mengerikan mengikis nilai Islam dan budaya sendiri.
Saya cadangkan banyakkan penterjemahan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Sekurang-kurangnya tohmahan Azimah tu dapat kita atasi.
Dan lagi, sampai bila pun aku tak percaya kat UMNO lagi.
Salam.
Bahasa Melayu boleh diselamatkan dengan mengangkat pimpinan Pakatan Rakyat mentadbir negara pada PRU Ke-13 nanti. GMP wajar memberi sokongan politik kepada PR daripada sekarang.
Sekian.
Post a comment