Monday, September 28, 2009

Perkataan Mempunyai Nilai Komersial

Sesetengah perkataan mempunyai daya tarikan dan nilai komersial yang tinggi, yakni apabila perkataan itu digunakan, buku, ceramah, ataupun bengkel kita laku, manakala ada perkataan yang sebaliknya. Maka itulah sebabnya, kita perlu memilih-milih perkatan-perkataan yang digunakan, khususnya bagi mencipta judul buku, tajuk ceramah, bengkel dan seminar.

Apabila menulis buku, perkataan-perkataan yang kita gunakan dapat menyebabkan buku kita dibeli orang ataupun sebaliknya.

Contoh perkataan yang tidak mempunyai nilai komersial adalah 'masalah'. Justeru perkataan 'masalah' tidak sesuai digunakan sebagai judul buku, seminar ataupun bengkel.

Bagi penulis yang juga bergiat aktif dalam bisnes bercakap (speaking) dengan menjadi hos radio, rancangan talk-show di TV, memberi kuliah, tazkirah, bengkel dan berceramah, supaya audiens suka mendengar kita bercakap, jangan sebut perkataan 'masalah', sebaliknya gantikan dengan perkataan situasi.

Contoh-contoh:

(a) Masalah remaja zaman sekarang.... (SALAH)

(b) Situasi remaja zaman sekarang.... (BETUL)

Dengan tidak menggunakan perkataan masalah, kata-kata yang kita ucapkan menjadi lebih sedap didengar, tutur kata kita menjadi lebih lunak dan manis, oleh itu kita dapat menaikkan mutu perkhidmatan kita, dan jumlah undangan akan meningkat.

Dalam percakapan harian pun begitu juga, jangan sebut perkataan masalah supaya orang di sekeliling kita suka mendengar percakapan kita. Hasilnya, ramai orang suka berinteraksi dengan kita, dengan itu kita dapat meningkatkan jumlah rakan-bisnes dan pelanggan kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bukti Buku-buku Inggeris Tidak Laku Previous entry: Mengejutkan! Mengapa DBP Mati Akal Dibuat oleh Dawama
kucing males  on  07/29  at  10:03 AM

cakep adik..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.