Perkembangan Mutakhir Falsafah Pengajaran Bahasa Melayu di Singapura: Apa Malaysia Dapat Teladani
Pada 24hb Januari lalu, 8 orang pegawai dari Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Singapura membuat kunjungan rasmi ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam rangka kunjungan itu mereka sempat membuat lawatan rasmi ke PTS.
(Pihak PTS menerima ketibaan mereka di Kelab Century Park, Taman Melawati disebabkan PTS belum mempunyai bilik mesyuarat yang mampu menampung 15 orang!)
Tujuan lawatan mereka adalah bagi menjalin hubungan kerja yang lebih rapat dengan PTS supaya buku-buku terbitan PTS dapat membantu pihak KPS meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah-sekolah republik itu.
Dalam dialog yang diadakan itu ada beberapa perkara menarik yang kita catatkan:
1. Subjek Bahasa Melayu adalah subjek wajib bagi semua murid keturunan Melayu.
2. Ada murid-murid bukan Melayu yang mengambil pelajaran BM sebagai subjek elektif.
3. Pihak KPS sedang menyemak semula kurikulum BM. Dua objektif utama semakan itu adalah:
(a) Bahasa Melayu yang diajarkan di pulau itu mesti "forward-looking".
(b) Pengajaran Bahasa Melayu disesuaikan dengan sikap serantau.
Kementerian Pendidikan Singapura tidak mahu lagi subjek BM diajarkan dengan sikap insular, yakni setakat bagi memenuhi keperluan orang Melayu Singapura sahaja.
Mereka mahu pengajaran BM dalam kurikulum baru itu nanti disesuaikan dengan konteks survival Singapura dalam rantau Asia Tenggara.
Bagi tujuan itu, pemerintah republik itu menokok peruntukan kewangan yang besar bagi pengajaran BM, antaranya bagi membolehkan pelajar-pelajar BM dibawa ke bandar-bandar utama di Brunei, Sumatera, Pulau Jawa dan sudah tentu Semenanjung.
Kita tertanya-tanya, apakah agenda besar di sebalik falsafah dan strategi baru kurikulum BM Singapura itu. Sebagai negara yang hidup dengan mentaliti bisnes world-class, apakah yang mendorong perubahan kurikulum itu?
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Mungkin hendak jadikan Indonesia dan Malaysia sebagai pasaran utama, terutamanya untuk produk berbahasa (seperti filem, musik, buku). Kalau anda mengikuti perkembangan game dev dan 3d animation di Singapura, memang mereka berusaha bersungguh-sungguh (sebab Singapura adalah negara tanpa sumber asli). kalau drama Melayu berada di takuk lama, jangan terkejut suatu hari nanti tv akan dipenuhi drama ‘Melayu’ buatan Singapura. Begitu juga buku. Kalau ITNM masih di takuk lama, mungkin Singapura bukan sahaja mengendar buku dari UK dan US, tetapi turut memasarkan buku-buku terjemahannya.
Nampaknya para penterjemah tempatan turut gigit jari, bukan sekadar pencetak, dsb.
——-
pasaran kerjaya dan produk komersil barangkali
Assalamualaikum,
Saudara Fable Fox,
Kami penterjemah bukan bergantung kepada industri penterjemahan tempatan sahaja. Pemberi tugasan datang daripada pelbagai negara, hinggalah negara-negara seperti Czechoslovakia, yang jika diikutkan logiknya tidak memerlukan terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Jadi jika di Singapura, melainkan mereka mengehadkan penyertaan penterjemah hanya untuk rakyat mereka sahaja, kami juga akan mendapat tuahnya. InsyaAllah.
Sebenarnya jika kita menawarkan khidmat seperti ini pasarannya, pasaran global. Seperti kuliah sebelum ini yang memberitahu pelukis grafik Filipina mendapat kepercayaan Disney untuk melukis grafik bagi mereka, pelukis grafik atau mana-mana pembekal khidmat yang hasilnya boleh dihantar melalui e-mel, boleh menawarkan khidmat kepada mana-mana agensi di serata dunia. Yang penting mutu kerja kita bertaraf dunia, kita boleh bersaing dengan mereka.
Bila saya membaca kebolehan saudara di sini sebenarnya saya iri. Tahukah saudara kebolehan saudara itu membolehkan saudara menjana pendapatan yang lumayan dan saudara boleh terus tinggal di Kelantan dan tidak perlu kembali ke KL untuk merebut peluang itu?
Sudah tiba masa kita semua keluar kotak dan melihat pasaran kepakaran kita dengan memakai topi yang lain pula. Yang kuning barangkali?
Bak kata saudara Jamal Pak Tongko, saudagar unta ( dibaca Onta) dari Basrah…, WOW !
Saya pernah didatangi oleh seorang pakar pengurusan pengetahuan (knowledge management). Belia seorang Cina Singapura yang bekerja di sebuah syarikat antarabangsa yang terkenal. Sepanjang 1 jam taklimat yang diberikan dalam subjek KM tersebut, tidak sepatahpun perkataan Inggeris digunakan. Malahan bahasa Melayu beliau amat bagus dan puitis. Kadang-kadang memetik kata-kata indah dari novel-novel yang pernah saya baca (rasanya). Saya jadi kaget. Saya jadi kagum.
Bukan hanya Cina Singapura, Cina Malaysia malah Melayu Singapura atau Melayu Malaysia sekalipun saya tidak pernah jumpa yang boleh bercakap subjek teknikal sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Bila saya tanya, jawapannya dia mengkagumi BM dan dia berguru dengan SN A.Samad Said. Dia hanya gunakan BM dalam percakapan walaupun dia fasih dalam Mandarin, BI dan Korea.
Paling menakjubkan ialah dia kata, dia fasih berbahasa Korea (bercakap, menulis membaca) hanya dengan 3 hari belajar bahasa tersebit. B.Korea amat berstruktur dan paling mudah belajar dan memahaminya ujar beliau. Ia disahkan benar oleh rakan lain dan kawan saya lulusan universiti Korea bahawa b.Korea amat senang dipelajari bagi mereka yang telah mahir dengan tulisan kanji (Cina, Jepun).
Oleh kerana tertarik dengan kepetahan BM beliau, saya berjanji akan berjumpa dengan beliau lagi tahun ini untuk meneruskan projek pengurusan pengetahun tersebut.
Itulah barangkali strategi $ingapura ‘-)
Siti Hajar, jangan iri akan dihidupan saya. Bak kata puitits Ibiet G. Ade dalam lagu ‘khabar untuk kawan’
“Sayang, kau perlu berada di sampingku kawan,
banyak cerita yang perlu kau saksikan”
Saya cuma bukan seorang yang suka ‘basuh baju kotor ditempat awam’, kecuali di dalam jibunsyi, yang mana nama dan lokasi telah diubah…
Oh ya, Siti Hajar, adakah anda ahli yahoogroup teraju untuk penterjemah? Err.. boleh saya hubungi saudari untuk maklumat penterjemahan lebih lanjut?
Assalamualaikum,
Saudara Fable Fox,
Benar sayalah juga Siti Hajar yang selalu bikin kecoh di sana itu. Untuk hal-hal berkenaan terjemahan saudara boleh e-mel saya di .(JavaScript must be enabled to view this email address)
ITNM = Institut Tukang Nujum Malang.
Kisah Benar tentang terjemahan di Malaysia.
Cari dan baca.
Dokumen bawah tanah yg top ten 10 tahun dulu.
saya ingin mempelajari bahasa korea dengan lebih mendalam lagi. terutamanya dari segi bahasa dan tulisan, dan saya memohon meneruskan pelajaran saya ke korea.
Post a comment