Monday, April 28, 2008

Perkembangan Positif di MPH Alamanda

Majoriti penduduk bandar Putra Jaya adalah kelas menengah Melayu yang berkerja dengan sektor kerajaan. Justeru kita sentiasa mengikuti perkembangan jualan buku-buku PTS di outlet MPH dalam kompleks membeli-belah Alamanda, Putra Jaya, disebabkan apa yang berlaku dalam kedai buku itu adalah menggambarkan perubahan citarasa bacaan golongan itu.

Pada masa ini nilai buku-buku yang dibekalkan oleh PTS kepada MPH Alamanda adalah purata RM50 ribu sebulan. Jumlah ini semakin hari semakin meningkat.

Siapa kata golongan Melayu terpelajar di bandar-bandar besar tidak membaca buku-buku Melayu?

Yang menjadi isu adalah buku-buku yang dimahukan oleh golongan terpelajar Melayu itu yang tidak banyak dalam pasaran. Kita perlukan lebih banyak buku yang ditargetkan kepada golongan ini.

Selama ini kita dimomok-momokkan kononnya orang Melayu tidak membaca buku, kononnya buku-buku Melayu tidak laku, sehingga orang tidak berminat menulis buku dalam bahasa Melayu, dan penerbit tidak mahu menerbitkan buku-buku ilmu dalam bahasa Melayu.

PTS sedang mengambil langkah menerbitkan judul-judul terjemahan yang sesuai dengan kehendak golongan profesional. 

Dua buku ini adalah contoh jenis-jenis buku terjemahan yang ditargetkan kepada pembaca kelas menengah Melayu di bandar-bandar utama. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Trainer Komersial dan Prosedur Memetik Bahan Terbitan Previous entry: Novel Comel sebagai Merchanise
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/29  at  12:48 AM

Puan,

Sebagai salah seorang warga Putra Jaya saya bangga membaca posting ini. Ini menunjukkan kakitangan kerajaan tidak kedekut membelanjakan wang mereka untuk membeli buku.

Saya merasa senang sekali melihat buku-buku yang diterjemahkan oleh PTS khususnya berkaitan kerjaya dan bina diri. Sebelum ini saya “terpaksa” berpuas hati dengan buku-buku terjemahan dari Indonesia.

Mudah-mudahan PTS turut menterjemah novel-novel “best seller” tulisan Dan Brown, Tom Clancy dan sebagainya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: