Wednesday, October 03, 2007

Perlukah Ditubuhkan “Badan Pelindung Hakcipta”?

Baru-baru ini isu penulis menjadi mangsa penerbit yang tidak beretika bangkit lagi dan timbul usul supaya ditubuhkan semacam badan yang melindungi hakcipta para penulis tempatan.

Jika ada mana-mana pihak mencuri karya saudara, saudara boleh melakukan dua tindakan:

(1) Buat laporan polis. Perbuatan mencuri hakcipta orang lain ada jenayah di bawah hukum kanun kesiksaan. Si pencuri boleh dihukum penjara, tetapi penulis tidak mendapat pampasan.

(2) Bawa kes saudara ke mahkamah sivil. Tindakan ini sesuai bagi mendapatkan pampasan gantirugi. Tetapi ini adalah tindakan yang tinggi kosnya, dan mengambil masa yang lama.

Justeru Polis dan Mahkamah adalah 2 "badan" yang melindungi hakcipta penulis negara ini.

Penulis mesti tahu implikasi apa yang dia sendiri lakukan ataupun tidak mahu lakukan. Kalau dia "main sain sahaja" apa-apa kertas yang diberikan oleh penerbit, dengan tidak peduli hendak membaca dan memahami huruf-huruf kecil yang tercetak atas kertas itu, yang sebenarnya mengatakan bahawa dia setuju menjual menjual karyanya kepada penerbit itu, maka tidak ada mana-mana "badan" yang dapat menolongnya lagi.

Mahkamah pun tiak dapat menolongnya. Faktor "saya tidak tahu" bukan alasan yang membolehkan penulis mengadu minta tolong kepada polis ataupun mahkamah.

Itulah sebabnya, selagi penulis tidak mahu meningkatkan pengetahuannya tentang undang-undang hakcipta, selagi itulah dia terdedah menjadi mangsa kepada pihak yang tidak beretika.

Langkah terbaik mengelakkan penulis daripada ditipu, pilih penerbit dengan hati-hati, macam hendak memilih isteri ataupun suami.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gosip Kontrak Kementerian Pelajaran Previous entry: Novelet Sejarah

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: