Tuesday, February 23, 2010

Permohonan Menjadi Petugas Booth PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan diadakan pada bulan Mac (19hb - 28hb) di PWTC, Kuala Lumpur.

Bagi saudara dan saudari yang berminat mencari pengalaman dan wang saku sebagai jurujual dalam booth PTS, tulis emel kepada Puan Nurulhilyati.

(i) nama penuh seperti dalam kad pengenalan, (ii) alamat rumah, (iii) alamat emel, (iv) nombor HP dan (v) kelulusan akademik.

Syarat utama kelayakan adalah: (i) sudah membaca banyak buku-buku PTS, (ii) tinggal di Kuala Lumpur, (iii) dapat bertugas dari pagi hingga malam setiap hari.

Puan Nurulhilyati Abdul Halim (foto), pengarah Akademi Latihan Penerbitan PTS (Akademi PTS) memaklumkan, saudara-saudara yang terpilih nanti akan diwajibkan mengikuti bengkel latihan cara-cara menjalankan tugas kejurujualan di booth PTS. Ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan di booth-booth PTS.

Antara latihan yang akan diberikan adalah (i) adab-adab berbahasa, (ii) maklumat produk, dan (iii) pantang-larang budaya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jadual Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: PTS Menerbitkan Ciklit Islami
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/25  at  09:56 AM

salam, sy nk join.. tp sy area kajang.. blh ikut x? n lg satu, berapa upah yg akn dberi?

Web Sutera  on  02/26  at  11:11 PM

Assalamualaikum sdr Waida. Sebelum orang lain tegur, lebih baik saya yang mulakan. Tolong jangan gunakan bahasa rojak dan bahasa SMS yang sangat memualkan saya di sini.

Jika di kotak borak sosial lain atau menggunakan telefon bimbit, saya kira masih tidak mengapa.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/01  at  04:58 PM

Assalamualaikum ibunda guru yang dikasihi,

Wah, jika bukan sebab terikat dengan kerja tetap di pejabat, pasti saya akan ikut serta. Dapat pengalaman jadi petugas booth PTS, dan diajar pula adab-adab berbahasa dan pantang larang budaya dalam melayan pelanggan:)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/02  at  12:29 AM

Assalamualaikum..
Pertama sekali , saya mohon maaf di atas kesilapan saya, maafkan saya kerana menggunakan bahasa rojak..
Terima kasih kerana menegur dan mengingatkan saya..
InsyaAllah , selepas ini saya tidak akan ulangi kesilapan saya lagi..
Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.