Wednesday, October 22, 2008

Budak Lelaki, Mat Rempit, Perpustakaan Desa dan Pengetahuan ‘merchandising’

Rangkaian kedai buku elit berjaya mengajak banyak orang memasuki outlet mereka disebabkan banyak faktor. Salah satu faktor itu adalah mereka mempunyai staf yang bertanggungjawab pada fungsi 'merchandising'.

Merchandising adalah fungsi memilih item-item yang dipamerkan dalam kedai. Kalau salah pilih item, orang cuma masuk kedai satu kali sahaja. Selepas itu dia tidak mahu masuk lagi, sebab item yang dicarinya tidak ada dalam kedai itu.

Cuba lihat bagaimana buku-buku yang dipamerkan dalam kedai-kedai MPH tidak serupa antara satu kedai dengan kedai lain.

Dalam kedai MPH yang terletak dalam kawasan penduduk Cina, buku-buku Melayu tidak banyak. Buku-buku Melayu banyak dipamerkan di dalam kedai kawasan majoriti penduduknya Melayu.

Sebenarnya perpustakaan adalah sejenis 'kedai buku', bezanya buku perpustakaan tidak dijual kepada pelanggan, cuma dipinjamkan sahaja.

Jadi, kalau perpustakaan mahu banyak orang datang, aspek merchandising adalah faktor kritikal yang mesti diambil kira semasa memilih judul-judul buku.

Siapa kata budak lelaki tidak suka membaca buku? 

Isunya, buku-buku yang digemari oleh budak-budak lelaki tidak ada dalam perpustakaan.

Kalau perpustakaan mahu budak lelaki suka datang, buku-buku kegemaran budak lelaki mesti banyak dipamerkan dalam perpustakaan.

Begitulah juga, kalau perpustakaan desa mahu Mat Rempit kampung datang, buku-buku yang sesuai dengan selera Mat Rempit kampung mesti ada dipamerkan.

Mat Rempit suka buku-buku permotoran. Pamerkan buku-buku permotoran di dalam kotak iklan dinding depan perpustakaan. Cetak poster iklan dan letakkan di kedai kopi tempat Mat Rempit suka melepak di kampung itu. 

Di dalam perpustakaan pula, pamerkan buku permotoran sebelah-menyebelah dengan buku-buku lain yang bagus bagi mereka seperti buku-buku motivasi kejayaan. Apabila mereka tengok buku permotoran, mereka terpandang buku motivasi. Moga-moga mereka pinjam dan baca buku motivasi itu.

Nota: Foto hiasan disalin dari blog MARIBACA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: SABTU 1 Nov 2008: Demo Remaja Belajar Memasak di MPH Subang Parade Previous entry: Tip Survival Penerbit: Bagaimana Mengukur Prestasi Keberkesanan Aktiviti Marketing dan Promosi Buku
KakChik  on  10/23  at  07:17 AM

Assalamualaikum Pn. Ainon.

Insya-Allah kami di MariBaca cuba menyusun buku mengikut sasaran kami. Misalnya untuk budak lelaki kami letakkan sederet seperti Kaki Bola, Futsal, komik-komik, Budak Psikik dan lain-lain. Alhamdulillah, senang nak tarik minat mereka.

Terima kasih Puan kerana tolong promosikan blog kami.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.