Perpustakaan Negeri Sarawak Paling Bagus
Di kalangan orang-orang perpustakaan, sesama mereka mengatakan bahawa Perpustakaan Negeri Sarawak adalah perpustakaan negeri yang paling bagus daripada sudut koleksi buku dan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Kebagusan itu bukan hanya pada peringkat perpustakaan di bandaraya Kuching tetapi juga pada peringkat perpustakaan daerah-daerahnya.
Perpustakaan Negeri ditubuhkan oleh kerajaan negeri, dan peruntukannya pun datang daripada bajet kerajaan negeri. Manakala Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memberi bantuan peruntukan tambahan.
Nota tambahan: Gosip-gosip di kalangan orang perpustakaan mengatakan perpustakaan negeri yang paling corot kebagusannya adalah Perpustakaan Negeri "M". Wallahua'lam....
.
.
Kebagusan itu bukan hanya pada peringkat perpustakaan di bandaraya Kuching tetapi juga pada peringkat perpustakaan daerah-daerahnya.
Perpustakaan Negeri ditubuhkan oleh kerajaan negeri, dan peruntukannya pun datang daripada bajet kerajaan negeri. Manakala Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memberi bantuan peruntukan tambahan.
Nota tambahan: Gosip-gosip di kalangan orang perpustakaan mengatakan perpustakaan negeri yang paling corot kebagusannya adalah Perpustakaan Negeri "M". Wallahua'lam....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pn Sifu,
Saya belum pernah menjejaki Sarawak tapi jika orang perpustakaan sendiri sudah berkata perkara baik sebegitu tentulah boleh kita terima.
Namun kalau perpustakaan`M` saya telah masuk beberapa kali dan berpendapat lebih baik daripada perpustakaan negeri saya yang bernama `negeri nombor`itu.
Cuma saya bersyukur negeri saya kini sudah membina perpustakaan baru dan sementara menunggu siap mereka gunakan bangunan yang disewakan.
Lokasi yang strategik di tengah bandar dan amat hampir dengan terminal bas membuatkan pengunjungnya kelihatan bertambah ramai.
Namun apalah gunanya perpustakaan cantik jika masih diisi dengan buku-buku `cedera parah` (koyak) dan buku buruk-buruk (lama) termasuk buku zaman 60-an.
——-
Assalamu’alaikum,
Saya pernah ke sana. Lokasinya di tepi tasik sememangnya saujana mata memandang. Bercerminkan dindig kaca, hmm…tidak kusangka ia perpustakaan negeri paling bagus di Malaysia! Syabas!
Kenapa tulis “M”. Tulis separuh-separuh ini buat imprassion macam tak ikhlas, macam tak menyampah kat orang Melaka aje.
Survey bacaan tahun 2003, mengatakan penduduk negeri Melaka adalah penduduk yang paling kurang memabaca, sekitar 4 ke 5 lima surat sahaja. Manakala jiran terdekat iaitu Negeri Sembilan merupakan Negeri yang paling banyak membaca. Saya sendiri sangat kurang membaca. Itu sebab saya tidak diterima oleh esastera? Permohonan saya nak ikuti bengkel penulisan PTS pun tak dapat respond.
Orang Melaka mistik-mistik belaka, baca ikut kaedah dalam ihya’ ullumiddin kisah pelukis Rom dan pelukis Cina. Kira orang Melaka Pelukis Cina kut…kidding.
Saya tidak faham lawak saudari Mardhiah.
Salam Saudari Mardhiah,
Untuk hadiri bengkel, datang sahaja pada hari dan masa yang ditetapkan. Maklumat pendaftaran itu PTS minta untuk memaklumkan jika ada aral yang menyebabkan bengkel terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. Ini supaya peserta tidak melakukan perjalanan yang sia-sia pada hari tersebut. Ada pelajar datang dari jauh, contohnya dari Pulau Pinang, Johor Bharu dan Pantai Timur.
.
Ya, betul. Salah satu aral yang setiap tahun berlaku di pergunungan Janda Baik adalah tanah runtuh ataupun pokok besar tumbang merentangi jalan keluar ke lebuhraya Karak, apabila ada hujan lebat yang lama. Hanya ada 1 jalan keluar dari kampung Janda Baik!
Pustaka Sarawak memang hebat. Tengok sahajalah tangga kacanya, kehebatan program pendidikan pembacanya, sistem perpustakaan yang mesra pelanggan dan lain-lain lagi.
Mereka memenangi anugerah Perpustakaan terbaik pada tahun lepas bagi kategori perpustakaan awam yang dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia.
Banyak sekali perpustakaan yang ‘cantik’ dari segi keindahan bangunan, koleksi dan perkhidmatan di Sarawak.
Post a comment