Perpustakaan Taipei Beli Buku PTS
Ini berita baik untuk penulis-penulis buku PTS.
Baru-baru ini perpustakaan awam bandaraya Taipei membeli 60 judul PTS bagi kegunaan para pengunjung perpustakaan itu.
Pada waktu yang sama Perpustakaan Negara Malaysia memilih 90 judul PTS untuk dibekalkan ke perpustakaan awam dan desa di seluruh negara, menjadikan PTS pembekal judul terbanyak bagi tahun 2006.
Tahniah kepada semua penulis PTS yang bukunya dipilih oleh kedua-dua perpustakaan itu. Ia adalah bukti buku-buku saudara itu berkualiti!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam.
Wah tahniah buat PTS dan sifunya!
——-
Sdr Helmy, terima kasih atas ucapan tahniah itu. Ini semua berkat para penulis dan penerbit bersatu hati dalam perjuangan menghasilkan buku-buku Melayu yang berkualiti.
Pada zaman sekarang kita mesti bekerja secara team-working, barulah kerja2 kita itu berkesan.
Saya berdoa kes surat PNM kepada saudara itu akan dapat dipercepatkan tindakannya oleh pegawai yang menulis surat itu, maklumlah sudah hujung tahun!
bagus, bawa nama Malaysia ke sana. semua penulis PTS bakal di anugerahkan dato,(apa kaitannya?)
Tahniah. tahniah, tahniah….
Dan semoga bila travelogue Sudan siap, ianya juga mendapat tempat di perpustakaan2 tersebut, dan juga keluar negara…
Tahniah!
Baru beberapa hari lepas bercerita tentang potensi buku bahasa melayu ke luar negara. Puan bagaimana hubungan dengan perpustakaan luar diwujdkan?. Oh ada sahabat (pembaca buku PTS) mencadangkan PTS hantar buku ke Jabatan Bahasa Melayu di universiti Beijing, German dan lain-lain :D
Entri ini mengingatkan saya kepada seorang pelancong bernama Slyvia Winck dari Perancis. Datang ke Kuala Lumpur semata-mata hendak membeli karya Dato Lat di KLCC.
Mereka masih menghabiskan perjalanan sepuluh bulan melawat negara-negara Asia Tenggara bersama suami dan dua anaknya. Katanya jika dia membeli buku-buku di negara yang dilawati, dia akan berkongsi maklumat tentang buku dan negara di laman web bersama-sama rakan-rakannya di perpustakaan Paris.
Alhamdulillah. Saya akan cepat-cepat dapatkan komputer gantian (baru atau lama) untuk menyiapkan semula kerja yang saya mahu buat.
Sebab saya ada banyak member di banyak negara (kawan-kawan gamedev dan demo scene)
Post a comment