Persatuan Penulis Buku Pembangunan Diri akan Ditubuhkan
Assalamualaikum Puan Ainon, Semoga Allah menempatkan Puan sentiasa dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah di dunia dan di akhirat. Amin.
Puan, kami iaitu Tuan Fadzli Yusof, Tuan Zamri Mohamad dan saya sendiri, sedang dalam proses bagi menubuhkan Persatuan Penulis Buku Pembangunan Diri 'Self Help' di peringkat nasional. Kami ketika ini sedang meneliti beberapa nama penulis yang menulis dalam bidang pembangunan diri 'self help' bagi menganggotai AJK protem bagi persatuan yang bakal ditubuhkan dengan izin Allah itu. Kami sedang mencari beberapa orang lagi individu yang boleh bekerja dan memberi sumbangan sebagai AJK Protem. Mesyuarat biasanya akan di adakan pada waktu pejabat sahaja, oleh itu kami memerlukan penulis yang benar-benar komited sahaja.
Kami juga mengalukan kepada penulis-penulis buku pembangunan diri yang bermastautin di luar lembah kelang untuk turut serta, kerana persatuan ini adalah di peringkat nasional. Kami amat berbesar hati jika Puan Ainon sudi bagi mencadangkan beberapa nama penulis yang sesuai dan komited bagi menganggotainya. Jemputan kami ini juga tidak terhad kepada penulis PTS sahaja.
Di peringkat awal perbincangan kami bertiga sebulat suara ingin menjemput Puan Ainon Mohd sebagai salah seorang penasihat kepada persatuan ini jika mendapat perkenan Puan Ainon nanti. Insyaa-Allah jemputan rasmi akan menyusul apabila semua persiapan sudah lengkap. Sekian, saya suka.
Shamsuddin Kadir
Trainer & Author
11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300
H/P: 019 300 1 200
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Asssalammualaikum.
Saya juga seorang penulis dan penerbit. Adalah menjadi harapan kita sebagai penerbit bumiputera untuk bangun bagi sama-sama mengisi perjuangan sebagai penulis dan penerbit untuk mengisi ruang yang sedia ada untuk kita membangunkan generasi baru dalam melahirkan bahan-bahan bacaan yang berkualiti tinggi dalam bahasa dan kesusasteraan. Inilah tanggungjawab penulis dan penerbit kerana amanah itu terlalu berat untuk kita lakukan tetapi dengan kesedaran yang tinggi kita harus memperjuangkan hak dan amanah kita untuk melahirkan generasi Malaysia yang tanpa sempadan pemikiran,budaya, agama dan juga nilai bahasanya. Bahasa menyatukan ilmu dan budaya menjadi sesuatu yang unik. Apatah lagi kita harus menyatukan anak cucu kita dalam satu pemikiran ilmu yang gitu tanpa ada diskriminasi.
Puan Saloma Mat Lajis
Penulis dan Penerbit Saloma Intelek
Assalamualaikum,
Saya menyokong satu organisasi yang memperjuangkan pembangunan generasi muda negara ini berlandaskan acuan Islam. Pandangan saya, untuk organisasi ini berjaya, ia memerlukan satu perjuangan yang agung dan perlu mengelakkan adanya kepentingan peribadi. Insya Allah, jika ia berjaya ditubuhkan, saya akan memberi sokongan sekadar kemampuan saya dari jauh (Tg. Malim).
Saya ketua pusat sumber IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru sedang merancang menubuhkan kelab penulis dalam kalangan pensyarah IPG .Kelab kami akan menyokong usaha puan dalam menjayakan kelab penulisan buku pembangunan diri.Moga Berjaya. mohon contoh kertas kerja penubuhan kelab buku Terima Kasih
Post a comment