Sunday, May 03, 2009

Persepsi Tentang Novel Cinta Islami

Dalam FaceBook, saya menulis: Sekolah-sekolah agama mengharamkan novel-novel cinta di kawasan sekolah. Mereka percaya membaca novel-novel cinta memberi banyak kesan negatif kepada pelajar perempuan. Namun pada Pesta Buku lalu, banyak pelajar perempuan sekolah agama yang datang ke gerai PTS tidak takut membeli novel PTS. Malah ada yang memberitahu ada ustazah mereka yang meminjam dan tumpang membaca.

Tn. Mohd. Jamizal menulis respon begini: Pn Ainon, janganlah kerana keuntungan kita sanggup hidangkan buku cinta islamik pun, kerana walaupun islamik, elemen khayalnya masih ada, pelajar perlukan buku berkuasa tinggi, bukan hampas

Tn. Firdaus Zolkifli menulis: Haha.. Dah macam zaman Plato yang melarang seni melalaikan bagi mewujudkan negara ideal. Daripada ustazah melarang lebih baik mencipta perasaan keterujaan anak muridnya membaca buku novel yang lebih tinggi. Buku Pak Hamka contohnya. Tetapi sebelum itu ustazah kenalah rajin membaca. Janganlah membaca novel cinta manusia sahaja. Cuba baca novel Ateis oleh Achadiat Kartamihardja, Protes oleh Shahnon Ahmad, Sophie World, Anna Karenina oleh Lleo Tolstoy... barulah meriah soal jawab agama dalam kelas....

Tn. Subki Tajjudin menulis: Sebagai seorang Melayu Islam, kita sepatutnya menyokong tindakan menyekat para pelajar daripada tenggelam ke alam khayalan. Saya sokong jika novel cinta Islami dibenarkan, tetapi untuk novel cinta kosong saya tidak berapa setuju. Kita hidup di zaman yang remajanya berjiwa kosong dan semakin jauh dari nilai Islam. Kalau mereka dapat menghayati kisah-kisah cinta seperti dalam Al-Quran, alangkah indahnya.

Baca lagi respons-respons lain yang saya terima di sini

Dalam posting saya itu, saya menerima lebih 30 respon. Banyak respon itu adalah reaksi negatif daripada komen positif, sehingga ada respon yang menuduh saya sebagai seorang 'saudagar agama' yang sanggup 'menyapu' apa sahaja demi duit. 

Komen-komen negatif yang saya terima itu menunjukkan banyaknya orang mempunyai pandangan yang amat negatif terhadap penerbit novel-novel cinta, dan terhadap karya novel-novel cinta itu sendiri. Ini adalah suatu realiti dan cabaran bagi penerbit novel-novel cinta Islami, yakni bagaimana mahu memasarkan genre baru ini dalam situasi yang tidak mendukung itu. 

Mereka yang berpandangan negatif itu pula adalah lelaki-lelaki yang berpelajaran tinggi dan sangat pro-Islam. 

Pasaran yang menjadi target novel cinta Islami adalah perempuan-perempuan remaja dan muda, yakni di bawah 40 tahun. Tentu sekali majoriti pasaran itu adalah pelajar sekolah menengah atas kerana memang pada usia itu mereka sangat berminat membaca cerita-cerita alam percintaan.

Ertinya, di luar sana, novel-novel cinta Islami bersaing dengan novel cinta popular bagi mendapatkan pasaran braket usia yang sama. Justeru, penerbit novel Islami seperti halnya PTS, memerlukan idea-idea kreatif bagi mendorong pembaca novel cinta popular supaya mahu mencuba membeli dan membaca genre novel cinta Islami.

Manakala novel cinta popular mengandungi babak-babak asmara, yakni formula dan unsur yang berjaya melariskan jualan genre itu saat ini, di satu pihak lagi, novel-novel cinta Islami tidak mengandungi babak-babak asmara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku untuk Siapa? Previous entry: Nona Manis Bertudung Labuh di Grai PTS
ropidi  on  05/03  at  06:11 AM

Salam dari Melbourne

Pn Sifu. Saya peminat novel Islami. Saya fahami keresahan yang melanda penerbit seperti PTS yang sentiasa berusaha memandaikan bangsa dan umat.

Anggaplah pandangan negatif itu sebagai cabaran dan pemangkin untuk membuktikan perkara sebaliknya. Moga usaha Pn. Sifu dan team PTS dirahmati Allah. Ameen.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/03  at  11:28 AM

Salam Puan Ainon,

mungkin pemisahan antara “Novel Cinta Islami” dan “Novel Islami” itu perlu.

Riduan Khairi  on  05/03  at  11:57 AM

Saudagar agama!

Puan,

Gelar itu boleh membawa maksud yang sangat baik.

Kita menjual agama untuk ditanamkan kukuh dalam hati-hati pembeli kita. Bukankah Nabi Muhammad kita itu pun sepanjang hidupnya menjadi Rasul produknya hanya agama.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: