Thursday, June 05, 2008

Persidangan Penerbitan Buku Kanak-kanak Asia-Pasifik 2008

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dengan kerjasama International Board on Books for Young People (IBBY) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Persidangan Penerbitan Buku Kanak-kanak Asia-Pasifik 2008. Persidangan ini akan diadakan pada 1- 3 Julai  2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL, pada 1-3 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

Tema: Menginspirasikan Minda dan Kreativiti Kanak-Kanak (Inspiring Young Minds and Creativity).

Tujuan: Persidangan ini akan membincangkan isu-isu penting tentang perbukuan kanak-kanak dan remaja dengan menemukan para penggiat sastera dan perbukuan kanak-kanak khususnya penulis, penerbit, editor, ilustrator, pemasar buku, pendidik, pustakawan, penyelidik dan ibu bapa. 

Aktiviti: Persidangan akan meliputi pembentangan kertas kerja, bengkel dan pameran. Penceramah jemputan dari IBBY serta beberapa  penceramah dari organisasi lain akan membentangkan kertas kerja. Empat bengkel akan diadakan serentak dan setiap satu akan memberi tumpuan pada bidang-bidang tersendiri iaitu penulisan, ilustrasi, promosi dan aktiviti pembacaan dan pemasaran buku. Ruang pameran disediakan untuk memperagakan poster atau bahan-bahan penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Pada hari akhir persidangan, anda dijemput untuk menyertai acara lawatan ke studio seni dan  organisasi  penerbitan.

Penyertaan: Pihak penganjur mempersilakan  anda untuk menyertai persidangan ini sama ada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja. Borang pendaftaran yang telah lengkap  hendaklah dikemuka kepada: Urus Setia Persidangan: Pn Suzliana Abd Hamid/Cik Norhafidah Ehawan. Faks: 03-55196045 atau e-melkan kepada: .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Yuran Persidangan: USD250.00 (Peserta Luar Negeri); RM600 (Peserta Tempatan). Yuran  termasuk kit persidangan, jemputan Majlis Perasmian, Majlis Makan Malam serta jamuan sepanjang Persidangan/bengkel. Bayaran boleh di buat melalui tunai/LO/cek di atas nama: "Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia" atau melalui Public Bank: No Akaun 3132226416

Pertanyaan: Sebarang pertanyaan lanjut  mengenai pendaftaran, sila hubungi Puan Suzliana Abd Hamid / Cik Norhafidah Ehawan di talian 03-55197667 ext 128 /202. Emel: .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Masuk Ulang Cetak Jun 2008 Previous entry: Apa Ini?

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: