Monday, August 17, 2009

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Bermula Hari Ini

Pada pagi ini bermulalah Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-12 (18 - 20 Ogos) di Park Royal Hotel Pulau Pinang. Lebih 100 kertas kerja akan dibentangkan.

Saya akan membentangkan kertas sidang pleno dengan tajuk "Trend Kontemporari Pasaran Buku Terjemahan". Maklumat yang saya sampaikan adalah bagi mendorong lebih banyak pelabur memasuki sektor buku terjemahan disebabkan permintaan buku-buku terjemahan adalah baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tingkah Laku Kedai Buku Agama Tradisional Apabila Menjelang Ramadhan Previous entry: Apa Itu Dasar Editorial
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/18  at  02:13 AM

Salam…

Saya bersetuju diatas cadangan untuk menterjemahkan buku terutama untuk buku teknikal. Memang kurang , walaupun dari satu segi kita memerlukan bahasa english tetapi sukar untuk pelajar melayu kita untuk memahami english sepenuhnya. jadi penterjemahan adalah satu langkah yang terbaik.

Di Japan, mereka cepat menterjemah buku bahasa asing kebahasa jepun, dengan ini akan menambah minat pelajar kita unutk membaca serta menjadikan buku terjemahan sebagai bahan rujukan. Kita semua maklum bahawa kebanyakan buku teknikal yang diterjemah dihasilkan oleh para pensyarah universiti atau kolej. Apa kata kita membuka ruang kepada penulis bebas yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang menjadi penterjemah dengan bantuan pts sebagai “angkor”..cadangan sahaja.Ini kerana ramai pakar dalam bidang teknikal bukanlah pakar dalam penulisan.

Lagi satu cadangan agar gaya bahasa penterjemah agar diubah mengikut gaya penulisan novel , ini biar anak muda minat membaca , bahasa teknikal yang statik membuatkan kita merasa tiada garam jika membacanya.

sekian. wasalam


jangkang ..kerja teknikal sudah hampir 20 tahun

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  06:35 AM

salam puan,

saya tidak berkesempatan untuk mengikuti persidangan penterjemahan yang sedang berlangsung di usm kerana saya ditugaskan di luar daerah..jadi jika saya untuk mendapatkan prosiding berkenaan dengan seminar penterjemahan ini, dimana saya boleh mendapatkannya..jika perlukan bayaran untuk mendpatkannya saya sanggup untuk membelinya..

kamarul faizal tajaruddin
019-36838128

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  07:55 PM

Hmm.. Bilakah PTS akan menerbitkan kamus Bahasa Melayu sendiri? Bila PTS aktif menterjemah pasti banyak perkataan baru yang akan dipinjam dari bahasa asing. Kamus PTS pastinya akan memberi saingan kepada kamus DBP di samping mengenalkan perkataan-perkataan pinjaman yang kontemporari seperti dami, evergreen dan sebagainya kepada pembaca PTS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.