Monday, October 12, 2009

Pertanyaan: Sudah Lulus tetapi Diuji Lagi

Assalamualaikum, Puan. Semoga Puan sihat sejahtera di bawah rahmat Ilahi.
 
Saya membaca entri puan dengan penuh minat. Sememangnya buku-buku asing perlu diterjemah bagi memastikan bangsa kita terus melonjak di persada ilmu. Cuma saya sedikit musykil. Sebelum ini, saya pernah menghadiri bengkel yang puan kelolakan, iaitu bagi penterjemahan Inggeris-Melayu dan juga Indonesia-Melayu. Dalam kedua-dua bengkel itu, saya sudah pun dikira lulus. Namun begitu, mengapakah setiap kali saya ingin ambil job dari subsidiari PTS, saya dimestikan mengambil ujian lain pula, padahal saya sudah pun lulus dalam latihan dan ujian yang diadakan semasa bengkel puan? Terima kasih.
 
Ashadi Zain
 
.......................
 
Tuan Ashadi yang dihormati,
 
Bengkel yang saya jalankan itu adalah bengkel mengenalpasti calon yang mempunyai bakat menterjemah. Sayalah yang menguji dan mengenalpasti calon-calon yang berbakat itu. Kemudian nama-nama calon yang terpilih itu saya serahkan kepada editor-editor PTS yang memerlukan penterjemah.
 
Editor mempunyai kriteria sendiri apabila memilih bakat yang sesuai dengan jenis buku yang akan diterjemah, itulah sebabnya mereka mengadakan sesi ujian lagi. Apabila editor sudah mengenali tuan dan bakat tuan dengan akrab, maka urusan seterusnya adalah seperti yang lazimnya.
 
Proses pemilihan penterjemah di PTS memang cerewet kerana kualiti terjemahan adalah faktor paling penting yang menentukan buku terjemahan laku dalam pasaran.
 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kempen Marketing Besar-besaran PTS Previous entry: Mengapa PTS Mencari Bakat Menterjemah
Wan Nor Ainon Wan Abdullah  on  10/14  at  10:03 AM

Assalamu’alaikum Puan,

Saya pernah lulus ujian terjemahan Bahasa Indonesia-Melayu.  Tatkala saya meminta izin untuk menghadiri kursus terjemahan anjuran Puan, suami berkata, “Lebih baik tulis buku sendiri daripada terjemah karya orang lain”.  Suami saya seorang pensyarah perubatan dan biasa dengan penulisan bahan ilmiah.  Dia juga melihat saya sebagai seorang yang mempunyai idea sendiri. 

Secara peribadi, saya melihat usaha menterjemah buku orang lain dapat menambah ilmu kepada penterjemah itu sendiri.  Apa pendapat Puan mengenai pandangan suami saya di atas?

Terima kasih.

Puan W Nor Ainon

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: