Thursday, December 28, 2006

Perwatakan dalam Surah Yusuf

Dalam seminar novel popular di DBP yang baru lalu, antara kritikan yang banyak kali dikongsi oleh para pembentang kertas kerja adalah kelemahan perwatakan dalam novel-novel yang dinilai.

Bagaimanakah cara menampilkan perwatakan yang kuat? Berikut adalah cara bagaimana surah Yusuf menampilkan perwatakan:

(1) Tiada sebarang keterangan berkenaan sifat-sifat tubuh badan watak-wataknya.

Kita langsung tidak diberitahu bagaimana bentuk tubuh badan, warna rambut, mata dan kulit Nabi Yusuf, Siti Zulaikha dan semua watak yang ada dalam surah itu.

(Bandingkan ini dengan cara bagaimana novel-novel cinta menerangkan bentuk tubuh badan watak-wataknya, lebih-lebih lagi bentuk tubuh badan watak utama perempuan.)

(2) Tiada keterangan berkenaan pakaian watak-wataknya.

Langsung tidak ada keterangan berkenaan pakaian yang dipakai oleh Nabi Yusuf ataupun Siti Zulaikha dan semua watak lain.

(Bandingkan ini dengan cara bagaimana novel-novel cinta menerangkan dengan sangat terperinci pakaian watak-wataknya, lebih-lebih lagi pakaian watak-watak utamanya.)

(3) Tiada ayat naratif yang menerangkan sifat peribadi watak.

Allah tidak menerangkan sifat-sifat peribadi watak-watak dalam surah Yusuf dengan menggunakan ayat naratif. Contoh ayat naratif yang menerangkan peribadi watak adalah: Arif seorang yang sangat sabar dan tabah. Ayat jenis ini tidak ada dalam surah Yusuf.

Sebaliknya, bagi menerangkan sifat-sifat watak, Allah menggunakan kata-kata sifat dalam dialog-dialog watak-wataknya.

(Bandingkan ini dengan bagaimana pengarang novel-novel cinta menerangkan sifat-sifat peribadi watak-watak mereka dalam ayat naratif.)

(4) Tiada ayat naratif yang menerangkan fikiran dan perasaan watak.

Contoh ayat naratif yang menerangkan fikiran dan perasaan watak adalah: Meskipun Leha sudah menjangka Sudin tidak akan mahu mengalah kepada pujuk rayunya, namun dia tetap amat kecewa. Ayat jenis ini tidak ada dalam surah Yusuf.

(Bandingkan ini dengan bagaimana pengarang novel-novel cinta menerangkan fikiran dan perasaan watak-watak mereka dalam ayat naratif.)

Teknik (3) dan (4) adalah sangat berlainan daripada amalan para penulis novel konvensional.

Nota: Di PTS, latihan teknik (3) dan (4) diberi tekanan bagi penulis yang terlibat dalam program penulisan kreatif.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nasib Penulis: Buku Laku tetapi Pengarang Berhutang kepada Penerbit Previous entry: Pakatan Bijak dalam Program Mentor-Mentee SifuPTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  09:27 AM

kenapa ye soal cinta sering kali dikaitan dgn surah yusuf . Boleh saya tahu hanya surah yusufkan yang membongkar ttg cinta? bagaimana dgn surah yang lain..bukan kah cinta itu luas..

dan saya juga kurang faham apa yang dimaksudkan dgn ini?

Contoh ayat naratif yang menerangkan fikiran dan perasaan watak adalah: Meskipun Leha sudah menjangka Sudin tidak akan mahu mengalah kepada pujuk rayunya, namun dia tetap amat kecewa. Ayat jenis ini tidak ada dalam surah Yusuf.


apa maksud ayat jenis ini tiada dalam surah yusuf? mmg tak da bukan? minta maaf saya cuma ingin tahu
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.