Monday, February 06, 2012

Pesaing Novel Ramaja adalah Top-up

Pesaing utama penulis novel remaja bukanlah penulis lain, tetapi telco. Ini kerana pada hari ini setiap orang remaja sudah memilki handphone prepaid, oleh itu keperluan utama remaja hari ini adalah membeli top-up.

Dalam situasi sekarang, hanya remaja yang benar-benar suka membaca sahaja yang sanggup menyimpan wang bagi membeli buku. Jumlah kelompok ini sangat kecil berbanding dengan jumlah remaja yang sebenar. Mereka inilah yang diklasifikasi sebagai pembaca tegar.

Pasaran pembaca tegar inilah yang menjadi kek yang dikongsi oleh para penerbit novel remaja. Pembaca tegar akan membeli dan membaca apa-apa sahaja bahan bahan bacaan yang menarik minat mereka. Mereka tidak taksub kepada mana-mana nama penulis.

Daripada kelompok pembaca tegar itu, penulis cuba menjadikan mereka peminat tegarnya. Peminat tegar akan membeli semua buku pengarang yang diminatinya. Jadi, survival penerbit dan penulis novel remaja bergantung kepada peminat tegar masing-masing.

Jumlah pembaca tegar tidak meningkat kerana remaja akan cepat membesar dan masuk ke alam dewasa. Tempat mereka diisi oleh kanak-kanak yang membesar menjadi remaja.

Menurut Tn. Syaizul Amal, Pengurus AinMaisarah, jumlah peminat tegar AinMaisarah adalah sekitar 20 ribu. Mereka inilah yang membeli dan membaca AinMaisarah.

Jumlah 20 ribu itu lebih kurang serupa dengan jumlah peminat Datuk Siti Nurhaliza. Peminat Datuk Siti mungkin berjuta banyaknya tetapi mereka cuma suka mendengar lagu secara percuma. Hanya peminat tegarnya sahaja yang akan membeli CD beliau.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Strategi Menembusi Sektor Kelas Menengah Previous entry: Kedai Menentukan di Mana Buku Kita Dipamerkan

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: