Sunday, April 29, 2007

Pesta Buku: Ann Wan Seng Masih Kekal di Tangga Top

Hingga saat ini, laporan dari tapak pesta menunjukkan pengarang paling ngetop jualan bukunya adalah Ann Wan Seng dengan buku Rahsia Bisnes Orang Cina mengekalkan kedudukannya bagi tahun ke-2 berturut-turut sebagai buku paling laris.

Beiau juga menjadi pengarang paling laris. Tiga buah penerbit Inbdonesia sudah menghubungi beliau secara direct meminta beliau menulis judul-judul baru untuk mereka.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan perkara itu perlu dirundingkan melalui PTS kerana beliau adalah penulis PTS. (Inilah contoh etika pengarang yang terpuji.)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Siapa Beli Buku Bisnes PTS Previous entry: Pesta Buku: Sarah dan Kasut Tumit Tinggi Licin
alang kelana  on  04/29  at  06:01 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah Sdr Ann Wan Seng dan tahniah juga untuk PTS.
——-

fudzail  on  04/29  at  07:10 AM

Salaam Puan Sifu

Saya ada membeli buku tersebut di sebuah kedai mamak jalan TAR, begitupun secara peribadinya, setelah habis membaca, saya rasa tertipu dengan isi kandungannya dalam LRT sewaktu pulang ke Kelana Jaya. Mungkin ekspektasi saya terlalu tinggi kerana apa yang ditulis sebagai rahsia bukanlah sesuatu yang baru untuk dibongkar, atau mungkin itu adalah realiti mengenai rahsia orang Cina berniaga (sebab saya juga keturunan Cina sebelah ibu) dan bukan rahsia.

Begitupun, kejayaan ini menunjukkan yang memang PTS pakar dalam strategi memasarkan buku.

Tahniah PTS dan AWS.

Fudzail
(sekarang di Pulau jadian Dubai, Palm Jabel Ali)

Nota Sifu: Pulau Jadian! Saya tengok di saluran Discovery. Nanti apabila saya ke Dubai, bawalah saya ke sana!

Puan Ainon Mohd.  on  04/29  at  07:29 AM

Alaikumsalam Tuan Fudzail,

Berbual tentang isu ‘rahsia’-‘rahsia’-an ini, orang yang tahu dunia perniagaan memang tidak percaya adanya apa-apa rahsia berkenaan kejayaan dalam perniagaan.

Hanya orang yang belum terjun ke dalam dunia perniagaan sebenar yang percaya pada benda-benda ‘rahsia’ kejayaan. Yang disangka ‘rahsia’ oleh mereka itu memang ‘rahsia’ bagi mereka.

Semua formula, strategi, teknik, dan taktik perniagaan sudah dituliskan dalam buku-buku yang beribu-ribu judulnya dalam pasaran. Mana ada rahsianya lagi bagi orang yang membaca buku macam kita-kita ini.

Kita di PTS pun banyak kali ditanya, “Apa rahsia PTS?”.

Kita jawab: Kita buat, kita cuba, tak jadi, buat lagi, cuba lagi, kita beli baby-SAP, gunakan SAP, analisis data jualan, cuba lagi…. Itulah ‘rahsia’ PTS.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/29  at  05:24 PM

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya rasa memang benar sekarang ini banyak rahsia perniagaan yang sudah terbongkar.Tiada rahsia lagi… cuma saya teringat pesan nabi kita, 99% rezeki adalah daripada perniagaan. Menuntut walaupun sampai ke negara Cina.

Mungkinkah ada rahsia dalam kata-kata ini?

Saudara Fudzail,

Di Dubai suami saya telah mengerjakan projek Pulau Jadian itu, pemandangannya cantik pada waktu malam. Saya hanya melihat dari jauh… tentu Saudara Fudzail tenang di situ dengan angin lautnya.

Entah bila saya akan ke sana… sekarang suami meneruskan projek di Mina pula. (Inilah pengorbanan saya demi anak-anak yang masih kecil!)

Nota Sifu: Puan Duyung, untuk makluman, “Menuntut walaupun sampai ke negara Cina.” bukan hadis, cuma kata-kata pujangga Arab.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/30  at  03:45 AM

Mati-mati saya pun ingat “tuntutlah ilmu sampai ke negara China” itu hadis.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.