Sunday, April 29, 2007

Pesta Buku: Booth PTS Sesak Lagi, Lebih Banyak Judul Licin

3.45 petang

Laporan dari tapak pesta mengatakan booth PTSĀ lebih sesak daripada semalam. Buku-buku yang penulisnya datang, habis licin.

Penulis yang datang hari ini adalah Imad, Ezee Rahmani, Shamsudin Ab. Kadir, Umbut, Kusyi Hirdan, Saridah Hamid, Ain Maisarah, Majidah dan Lia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Judul Asli Disangka Terjemahan Previous entry: Pesta Buku: Siapa Beli Buku Bisnes PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/29  at  08:42 AM

Alamak! Kalau semua sudah habis, orang yang datang lambat macam mana? Saya bercadang hendak ke sana 1 Mei ini dari Kemaman, Terengganu.

Saifuddin.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  04/29  at  09:25 AM

Tuan Saifuddin,

Lori PTS setiap hari hantar bekalan ke PWTC. Petang pekerja dalam lori ambil senarai buku licin dan stok rendah, malam balik ke setor PTS, isi lori, pagi-pagi lori hantar stok ke PWTC dan tunggu di parking lot sepanjang hari sampai petang, sebagai setor support booth di atas. Dari booth mereka telefon ke lori di bawah, apa buku yang habis, pekerja angkut buku baik.

Kes buku licin itu, ertinya setok yang ada dalam lori pun habis terjual. Kena tunggu esok pagi baru dapat stok baru!

ez  on  04/29  at  10:21 AM

Tahniah kepada semua kakitangan PTS yang bertugas di booth PTS yang begitu ramah melayani pengunjung-pengunjung.

Itu tarikan pertama orang ke booth PTS. Kemudian barulah membelek buku dan novel yang tersusun rapi.

Emio  on  04/29  at  02:20 PM

Ya tahniah juga buat Kak EZ.. terkejut saya apabila isteri saya kata buku kak EZ tinggal 1 copy semasa dia berbual dengan kakak.. Tahniah juga buat PTS dan penulis lain.

Mya Marja  on  04/29  at  05:10 PM

Assalamualaikum,
Puan Sifu yang dihormati,

Saya turut berkesempatan berkunjung ke booth PTS siang tadi. Memang ramai pengunjung. Tahniah! Sempat juga menyapa Puan Ezee Rahmani, Encik Faris dan Puan Nor Hazizam. Saya mencari-cari sesuatu, tetapi tidak ketemu. Akhirnya saya bertanya, jawaban diberi Puan Nor Hazizam: Sedang dicetak. Apakah yang saya cari? Sajak teaser..

Kepada yang berhajat berkunjung ke pesta buku itu, dan membawa anak-anak kecil pula, berhati-hati dengan perangkap-perangkap yang dipasang oleh penerbit buku di situ (kecuali PTS). Andai termasuk peangkap itu, melayang RM ribu-ribu. Percayalah!

Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/29  at  10:42 PM

Assalamualaikum, Sifu,

Tahniah! Saya ucapkan kepada kakitangan PTS yang tidak menang tangan hendak melayan pelanggan.

Laluan trafik yang tidak terkawal!

Cantik sekali apron yang menjadi gimik PTS. Dan juga pari-pari (tidak sempat hendak lihat sepenuhnya sebab masa itu hendak balik).

Saya insya Allah akan berada di booth PTS pada hari-hari cuti umum.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.