Thursday, May 10, 2007

Pesta Buku: Brand Menang, Brand Kalah

Orang bangga apabila dirinya dikaitkan dengan brand-brand menang.

Dalam dunia kereta, brand "Mercedes" adalah brand menang. Orang bangga apabila dia menjadi eksekutif pengedar Mercedes, ataupun menjadi pakar mekanik enjin Mercedes, ataupun memandu Mercedes.

Dalam dunia novel cinta "Alaf21" adalah brand menang. Orang bangga apabila dia bekerja dengan Alaf21, ataupun novel cintanya diterbitkan oleh Alaf21.

Brand yang menang boleh jatuh taraf menjadi brand kalah.

Dulu "Proton" adalah brand menang. Sesiapa yang menerima biasiswa Proton bukan main lagi bangganya. Sekarang "Proton" adalah brand kalah.

Sepanjang pesta buku yang baru lalu, kita dapat melihat penerbit yang dahulu adalah brand menang kini sudah turun taraf menjadi brand kalah.

Dulu-dulu, di pesta buku, destinasi pertama pembeli buku bermutu adalah booth DBP. Sebut "DBP" orang teringat buku bermutu. Dahulu, beribu-ribu orang hilir-mudik, mundar-mandir di premis pesta buku dengan menjinjing beg-beg kertas dengan logo DBP - daun lontar - yang terkenal itu. Di mana-mana orang nampak logo DBP.

Sekarang brand dan logo DBP itu sudah hilang di pesta buku. Brand DBP digantikan dengan Dawama, tetapi Dawama bukan brand menang. Dawama belum jadi brand. Ataupun ia adalah brand kalah. Sebut "dawama" orang tidak teringat apa-apa. Pekerja Dawama tidak berbangga-bangga mereka adalah pekerja Dawama.

Kata pepatah Melayu, mati ayam matilah kutu.

Apabila brand DBP menjadi brand kalah, sebagaimana keadaannya sekarang, maka kalahlah penulis-penulis yang menerbitkan karya mereka dengan DBP.

Apabila pengunjung pesta tidak berpusu-pusu ke booth DBP, maka orang pun tidak berpusu-pusu membeli buku-buku pengarang DBP.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nilai Brand Menang Previous entry: Apa Pentingnya Brand
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/10  at  05:24 PM

Puan Sifu baru-baru ini saya berkunjung ke Pesta Buku. Saya teringat 2 tahun lalu sewaktu mula-mula bertemu booth PTS dan Puan Sifu sewaktu itu saya tidak mengenali sangat PTS, tetapi bila sampai ke booth PTS tahun ini saya lihat sangat ramai orang saya hendak turut berkunjung namun termati langkah apabila melihat wajah Puan Sifu yang ceria melayan pengunjung (rasa malu tidak dapat menyiapkan buku kui3). Jika tidak mesti saya dapat memakai apron seperti penulis yang lain.

Benarlah hari ini PTS telah menjadi brand yang menang dan saya berharap dapat membina brand dalam brand yang menang seperti brand Maggi dalam brand Nestle!
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/10  at  10:28 PM

Assalamualaikum Pn. Ainon,

Bukan memuji bukan memuja
PTS indah kabar indah rupa
tetapi awas di luar sana
ramai terguris dan terasa
maklum sahaja orang kita
menang dipuja kalah diketawa

Tuan Kahar, alaikumussalam.
Kalau doktor hanya menyampaikan khabar-khabar yang baik kepada pesakitnya, apakah pesakitnya akan dapat menyelamatkan dirinya daripada bertambah sakit? Brand-brand yang saya sebut sebagai brand kalah adalah GLC, adalah brand yang dibiayai oleh rakyat. Saya membayar cukai, saya berhak menyampaikan khabar buruk kepada GLC yang menderita banyak penyakit itu. - SifuPTS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: