Thursday, May 03, 2007

Pesta Buku: Buku Lembu

Sempena pesta, PTS PROFESSIONAL menerbitkan siri buku "Mula BISNES".

Antara buku siri ini, buku "LEMBU" adalah judul paling laris. Lebih 50% buku yang terjual dibeli oleh perempuan.

Hairan... Mengapakah perempuan membeli buku "LEMBU"?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Bisnes
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Ceramah Paling Top Previous entry: Pesta Buku: Tidak Semua Peserta Seronok
MBA  on  05/07  at  09:15 AM

Mengapa perempuan membeli buku “LEMBU”?.

Jawapan saya ialah barangkali buku “KAMBING” belum keluar.

Menternak kambing lebih mudah dan menguntungkan berbanding lembu. Seorang rakan saya, usahawan ICT telah mengubah haluan kepada menternak kambing ICT. Sila lihat di http://www.kambing.com.my/ jika anda berminat untuk turut menternak.

Tuan MBA-san,
Saya pernah berbual dengan sepupu saya di Kampung Endah yang membela kambing. Menurut beliau, membela kambing adalah lebih mudah. Apabila kambing sakit, dia dapat dukung kambing itu, bawa ke jabatan haiwan naik kereta buruknya. Kalau lembu, dia tidak berdaya mengangkat lembu itu, dan harus sewa lori pula. Itu semua meningkatkan kos!

——-

Riduan Khairi  on  05/07  at  10:07 AM

Saya setuju dengan apa yang Tuan MBA kemukakan. Ayah saya seorang pegawai veterinar. Dia banyak bercerita tentang penternakan kambing dan lembu.

Ramai penternak lebih suka menternak lembu berbanding kambing. Sedangkan hasil ternakan kambing jauh berlipat kali ganda. Susu lembu sekilo sekitar RM 1 - RM 2. Sedangkan susu kambing sekilo lebih RM 10.

Tapi ramai memilih ternakan lembu kerana nampak lebih gah. Kan lembu lebih besar dari kambing!

Kik! kik! kik! Hmm… lembu lebih gah daripada kambing!!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/07  at  11:14 AM

Mungkin ramai perempuan yang beli buku LEMBU itu kerana editornya Mat Jan. Kih kih kih!

ez  on  05/07  at  11:16 AM

Tiba-tiba sahaja saya teringat setiap kali balik kampung ayah sediakan susu kambing panas setiap pagi untuk kami. Tetapi sekarang semua itu tinggal kenangan. Ayah sudah tiada lagi.

Fable Fox  on  05/07  at  01:30 PM

Sebab Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kita merai Hari raya Korban. Di sini adalah sure-profit.

Zeti  on  05/07  at  03:38 PM

Puan, ketika di kaunter semalam, saya dengar ada orang bertanya, “Buku kambing bila nak keluar?”

Jawapannya, “Bulan depan.”

P/S: Pasang telinga

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: